omniture

Zoomlion Hantar 200 unit Peralatan ke Australia, Arab Saudi, Turkiye dan Indonesia

Zoomlion
2023-12-01 10:28 47

CHANGSHA, China, 1 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Komited kepada strategi penyetempatan untuk membawa produk dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna global, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") terus meninjau peluang perniagaannya di Asia-Pasifik, Timur Tengah serta Eropah dan baru-baru ini menghantar lebih 200 unit peralatan ke Australia, Arab Saudi, Turkiye dan Indonesia. 

Zoomlion menghantar lebih daripada 40 unit mesin pengorek tanan besar, 40 unit mesin pengorek siri G serba baharu dan 50 trak pencampur konkrit. Prestasi dan kebolehsuaian produk unggul dengan pelbagai keadaan kerja menjadikan produk peralatan Zoomlion sebagai pilihan utama dalam kalangan kontraktor pembinaan.

"Ini merupakan kali pertama trak pencampur konkrit Cina dieksport ke pasaran Australia. Model ini dibangunkan berasaskan kepada kajian pasaran yang menyeluruh dan pemahaman mendalam tentang keadaan kerja tempatan serta keperluan praktikal pelanggan. Produk ini menonjolkan reka bentuk termaju, fungsian komprehensif, prestasi unggul, penampilan bergaya, keselamatan dan keandalan tinggi, kebolehgerakan mudah serta pengalaman pengendalian yang selesa," kata Ouyang Wenzhi, pengurus besar unit perniagaan trak pencampur Zoomlion.

Zoomlion menekankan penyetempatan sebagai teras dalam operasi perniagaannya dan mengintegrasikan secara berterusan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan produk, pengurusan operasi dan perkhidmatan ke dalam pembangunan ekonomi dan sosial tempatan. Selain daripada membina pasukan bakat setempat yang profesional dan praktikal yang amat cekap, Zoomlion menyesuaikan, beradaptasi dan menaik taraf produk mengikut keadaan kerja tempatan bagi mencipta nilai lebih besar untuk pelanggan tempatan.

Mesin pengorek tanan sederhana hingga besar yang andal secara strukturnya dan cemerlang fungsiannya yang dihantar ke Arab Saudi dan Turkiye kali ini adalah sangat popular. Model-model yang laris dijual, seperti ZE215G dan ZE335G dikeluarkan daripada barisan pengeluaran pembuatan pintar termaju Zoomlion dengan teknologi pintar, digital dan hijau, menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam penggunaan bahan api, kecekapan dan kebolehgerakan sambil membawa penyesuaian yang lancar kepada keadaan kerja setempat.

Usaha berterusan Zoomlion dalam penyetempatan operasi dan pengalaman luas dalam menawarkan perkhidmatan serta menyokong projek-projek besar membawa lebih banyak peluang baharu kepada pasaran antarabangsa. Ia memperluaskan dan memperdalam susun atur di Timur Tengah, termasuk Arab Saudi dan Turkiye, selain Indonesia dan lebih banyak negara, bagi melancarkan produk terpelbagai yang menyediakan penyelesaian pembinaan yang menyeluruh.

Zoomlion bermatlamat untuk meningkatkan lagi kelebihannya dari segi kecekapan operasi yang tinggi, keselamatan dan keandalan, penggunaan yang rendah serta kebolehsuaian yang kukuh sambil membina rangkaian perkhidmatan bersepadu untuk memacu pembangunan dalam pasaran luar negara.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Railroads and Intermodal Transportation Transportation General Manufacturing