HONG KONG, 18 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Kajian terkini di UK mendapati 36 adalah usia apabila kita tiba-tiba menyedari kepentingan kesihatan. Daripada menunggu panggilan amaran kesihatan, kita seharusnya melindungi kesihatan kita secara proaktif.
Dengan bukti yang cukup terhadap hubungan langsung antara kesihatan dan jalan kaki, Infinitus, Yayasan MCMIA dan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) akan bersama-sama memulakan Kempen "Jalan Kaki Setiap Hari Infinitus sebanyak 10,000 Langkah" bagi menggalakkan jalan kaki sebagai tabiat harian, dan majlis tersebut dirasmikan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong pada 14 Ogos.
http://www.infinitus-int.com/news-detaile-140799763321876.html?l=en
Naib Pesuruhjaya Pentadbiran Negeri Perubatan Tradisional Cina P.R.C. En. Yu Wenming, Setiausaha Yayasan MCMIA Cik Vivien Chou, Pengarah Pembangunan Pasaran Pameran, HKTDC, Cik Loretta Wan, dan Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group (LKKHPG) En. Harry Yeung, telah menurunkan tandatangan pada kemeja-T gergasi pada majlis tersebut bagi mengumumkan Kempen "Jalan Kaki Setiap Hari Infinitus sebanyak 10,000 Langkah". Sementara itu, Infinitus turut melancarkan "Anugerah Langkah Berjalan 10,000 Langkah Paling Cantik", dan menggesa rakyat HK untuk mengundi di http://www.facebook.com/InfinitusHongKong.
"Jalan Kaki Setiap Hari sebanyak 10,000 Langkah" berasal daripada falsafah kesihatan tersendiri Infinitus. "Infinitus" ialah jenama utama LKKHPG, dan ia telah merumuskan set panduan amalan yang ringkas dan sesuai yang dikenali sebagai "Hubungan Hilang Empat Peraturan" seperti berikut untuk memupuk gaya hidup lebih sihat dalam kalangan masyarakat awam.
Bagi menggalakkan "Jalan Kaki Setiap Hari sebanyak 10,000 Langkah", Infinitus telah pun menganjurkan "Hari Berjalan Sedunia Infinitus" di tanah besar China sejak tahun 2010 dan berjaya meraih populariti hebat serta keputusan yang memberangsangkan. Tahun ini, acara tersebut bermula pada Jun, dan akan berjalan ke 12 bandar sepanjang tahun. Selain itu, ia akan turut mengunjungi Hong Kong pada masa terdekat, dan mengajak penduduk HK serta pelancong luar negara untuk mengalami keseronokan dan kesihatan melalui berjalan kaki.
Pada majlis tersebut, En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus, berkata, "Dengan menggalakkan berjalan kaki pada ICMCM tahun ini, kami berhasrat untuk mempromosikan falsafah kesihatan kami dan juga "hari berjalan" ke peringkat global dan lebih banyak tempat. Sementara itu, kami berharap lebih ramai masyarakat dari Hong Kong dan luar negara akan menyedari manfaat berjalan kaki dan mula untuk berjalan setiap hari bagi menjamin kesihatan yang lebih baik."
Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com