BOSTON, 16 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Setelah selesai menjalani pemecut syarikat permulaan selama sebulan anjuran kampus Boston Kolej Perniagaan Antarabangsa Hult, enam pasukan akhir yang bersaing merebut Hadiah Hult US1 Juta kini tinggal hanya sebulan lagi untuk memperhalus pujukan niaga mereka sebelum mempersembahkannya kepada Presiden Clinton semasa Mesyuarat Tahunan CGI di New York pada 23 September.
Semasa peringkat pemecut syarikat permulaan, beberapa pasukan daripada Universiti Pennsylvania, Institut Teknologi Massachusetts, HEC Paris, Kolej Perniagaan ESADE, Kolej Perniagaan India serta Universiti York telah menerima bimbingan daripada pemimpin perniagaan tersohor serta fakulti Hult agar dapat mempertajam idea syarikat permulaan mereka – yang dapat menangani isu penyakit tidak berjangkit (NCD) di kawasan sesak di bandar.
"Melihatkan kerumitan yang dikaitkan dengan topik penjagaan kesihatan, saya teruja kerana kami terus dapat lihat idea dan penyelesaian yang kekal berkualiti tinggi daripada semua pasukan terlibat," kata Dr. Hitendra Patel, Profesor Inovasi di Hult dan ketua Acara Pemecut Hadiah Hult. "Pasukan tahun ini membentangkan penyelesaian yang berpotensi memecah kebiasaan untuk pencegahan dan pengesanan penyakit kardiovaskular, penyakit sistem pernafasan, diabetes dan juga barah. Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif Hadiah Hult, dan mengucapkan semoga berjaya kepada para peserta akhir sambil mereka bersedia untuk pujukan niaga terakhir mereka."
Panel hakim terdiri daripada tokoh cemerlang termasuklah Dr. Mohammad Yunus (Pemenang Hadiah Nobel serta pengasas Bank Grameen), Dr. Sanjay Gupta (pakar bedah saraf dan Ketua Wakil Perubatan untuk CNN), Sheila Marcelo (Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif Care.com), Fadi Ghandour (Pengasas dan Naib Pengerusi Aramex), serta Ashish Thakkar (Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Mara). Panel ini akan bersama-sama Presiden Clinton untuk memilih pasukan yang menang.
"Hadiah Hult terus mengubah cara pelajar mentakrifkan kedudukan mereka dalam dunia yang mereka warisi dan bagaimana mereka boleh menangani isu sosial besar yang memberi kesan kepada kita semua," kata Dr. Stephen Hodges, Presiden Kolej Perniagaan Antarabangsa Hult. "Kami berbesar hati dapat menjadi hos kepada semua usahawan sosial muda ini dan menyokong mereka sambil idea mereka dihidupkan."
Sepanjang lima tahun lepas, Hadiah Hult telah membawakan bersama 35,000 pelajar kolej dan universiti daripada 600 institusi pengajian bagi menyelesaikan beberapa cabaran dunia yang paling mendesak. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hadiah dan penyelesaian tahun ini, sila layari http://www.hultprize.org.