omniture

Dua Pemimpin PRA Group Memenangi Anugerah Stevie® di Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan 2023

PRA Group
2023-12-02 09:41 36

NORFOLK, Virginia, 2 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dua orang pemimpin daripada PRA Group, Inc. (Nasdaq: PRAA), sebuah syarikat dagangan awam yang merupakan peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar, telah mendapat penghargaan pada Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan tahunan yang ke-20.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan PRA Group UK, Vikki Wilkins telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Stevie Emas dalam kategori Pekerja Wanita Terbaik Tahun Ini untuk Perniagaan. Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Pelanggan, Melissa Roomsburg pula memperoleh Anugerah Stevie Gangsa dalam kategori yang sama.

Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan memberi penghargaan atas pencapaian para eksekutif, usahawan dan pekerja wanita serta syarikat yang dikendalikan oleh golongan wanita—di seluruh dunia. Anugerah Stevie telah dipuji sebagai anugerah perniagaan yang ulung di dunia.

Lebih 1,600 penyertaan telah diserahkan pada tahun ini untuk pertimbangan dalam lebih 100 kategori yang merangkumi Eksekutif Terbaik Tahun Ini, Usahawan Terbaik Tahun Ini, Pekerja Wanita Terbaik Tahun Ini, Syarikat Terbaik Tahun Ini, Syarikat Pemula Terbaik Tahun Ini, Wanita Membantu Wanita dan Wanita Menjalankan Tempat Kerja Terbaik Tahun Ini.

Mengetuai perkhidmatan pelanggan untuk operasi UK bagi syarikat dagangan awam dalam bidang perkhidmatan kewangan global tersebut, Wilkins telah mengubah latihan dan proses untuk menangani populasi yang rentan dalam PRA Group dan di seluruh industri.

Roomsburg pula menjalankan usaha yang penting bukan sahaja dalam menjalin dan mengekalkan hubungan dengan bank dan pemiutang lain serta kejayaan pembelian portfolio pinjaman tidak berbayar, malah turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Kersama Kumpulan Sumber Pekerja Penasihat Perniagaan Wanita PRA Group dan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Arts for Learning Virginia.

Jurucakap PRA Group yang juga Naib Presiden Kanan Komunikasi dan Dasar Awam, Elizabeth Kersey berkata, "Vikki dan Melissa, masing-masing menerajui pasukan yang penting untuk perniagaan global kami pada peringkat proses yang utama, namun mereka berdua mempunyai keazaman yang sama dalam melakukan pendekatan secara langsung bagi menjana pertumbuhan yang mereka lihat wujud peluang untuk meningkatkan operasi dan perkembangan rakan sekerja mereka. Kami mengucapkan tahniah kepada kedua-dua wanita ini atas pencapaian penting ini dan terima kasih kami untuk semua sumbangan mereka kepada PRA Group."

Pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa ditentukan oleh markah purata yang diberikan oleh enam orang juri kepada lebih 200 orang profesional perniagaan di seluruh dunia. 

Maggie Miller, Presiden Anugerah Stevie berkata, "Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan yang kini memasuki tahun ke-20 telah menerima kumpulan pencalonan yang luarbiasa daripada wanita dalam semua jenis organisasi di 26 buah negara. Kami berpuas hati dengan betapa bermaknanya untuk wanita memenangi Anugerah Stevie dan betapa ia boleh memberi kesan kepada masa depan kerjaya mereka dan organisasi mereka. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Stevie Utama, Emas, Perak dan Gangsa pada tahun ini atas pencapaian mereka."

Butiran tentang Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan dan senarai pemenang bagi semua kategori boleh didapati di www.StevieAwards.com/Women

Tentang PRA Group
Sebagai peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar, PRA Group, Inc. mengembalikan modal kepada bank dan pemiutang lain untuk membantu mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada para pengguna di Amerika, Eropah dan Australia. Dengan beribu-ribu pekerja di seluruh dunia, syarikat-syarikat PRA Group bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pragroup.com.

Hubungan Media:
Elizabeth Kersey
Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Dasar Awam
(757) 641-0558
Elizabeth.Kersey@PRAGroup.com

Hubungan Pelabur: 
Najim Mostamand, CFA
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur
(757) 431-7913
IR@PRAGroup.com

Tentang Anugerah Stevie
Anugerah Stevie diberikan dalam lapan buah program: Anugerah Stevie Asia-Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Stevie Timur Tengah & Afrika Utara, The American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan dan Anugerah Stevie untuk Jualan & Perkhidmatan Pelanggan. Program kesembilan iaitu Anugerah Stevie untuk Kecemerlangan Teknologi akan diperkenalkan pada tahun 2024. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih 12,000 penyertaan setiap tahun daripada organisasi di lebih 70 buah negara. Memberi penghargaan kepada organisasi dari semua jenis dan saiz serta individu di belakang mereka, Anugerah Stevie mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/819349/PRA_Logo.jpg?p=medium600

Source: PRA Group
Related Stocks:
NASDAQ:PRAA
Keywords: Banking/Financial Service Awards Women-related news