omniture

Mootral memperkenalkan teknologi pengurangan metana baharu yang menggandakan keberkesanannya dengan menggunakan sejenis molekul semula jadi yang terkenal

Mootral
2023-12-04 23:01 37

Platform baharu Mootral mengurangkan pelepasan metana daripada lembu sebanyak 50% dan boleh dihantar kepada lembu yang dikurung dan juga bebas yang meningkatkan peluang dengan besar untuk mengurangkan pelepasan metana di seluruh dunia

LONDON, 4 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Mootral, sebuah syarikat bioteknologi dari Britain mengumumkan bahawa ia telah melengkapkan fasa pembangunan dan ujian in vitro dan kini memulakan rangkaian percubaan in vivo bagi teknologi Enterix Advanced miliknya yang dijangka akan meningkatkan keberkesanan pengurangan metana dengan besar bagi produk Enterix™ asal sambil mengekalkan manfaat produktiviti yang penting untuk penerimagunaan petani pada skala yang luas.

Mootral believes that every cow should be a part of the climate solution.
Mootral believes that every cow should be a part of the climate solution.

Enterix Advanced menggabungkan satu teknologi terpaten yang memanfaatkan kuasa iodoform yang terkenal dengan sifat menghalang metana, dengan menggabungkannya dengan sebatian aktif yang khusus daripada bawang putih. Pendekatan ini dibangunkan berdasarkan teknologi asal Mootral yang telah digunakan di ladang-ladang komersial di UK. Kuncinya terletak pada sinergi yang kuat antara sebatian ini yang membolehkan pengurangan pelepasan yang besar tanpa menjejaskan pengambilan bahan kering dan hasil susu yang merupakan satu masalah yang berpotensi berlaku dan sebelum ini dikaitkan dengan dos iodoform yang tinggi.

Teknologi baharu Mootral ini membolehkan rumusan pelepasan terkawal yang diperlukan untuk pemberian bolus pada lembu yang dipelihara secara bebas serta meningkatkan potensi pengurangan metana dengan besar dalam pertanian haiwan di seluruh dunia.  

"Iodoform yang terkenal sebagai penahan metana mempunyai cara tindakan yang sama seperti bromoform iaitu bahan aktif dalam beberapa spesies rumpai laut yang dicadangkan untuk pengurangan metana," kata Thomas Hafner, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mootral. "Yang penting, ia adalah sebatian biasa yang telah diluluskan untuk kegunaan tertentu dalam kesihatan manusia dan haiwan, malah ia bersifat bukan karsinogenik, bukan penipisan ozon dan boleh ditingkatkan dengan mudah dan mempunyai harga yang berpatutan."

R&D Mootral adalah berdasarkan prinsip pertama keberkesanan, kebolehskalaan dan manfaat petani. Teknologi Enterix Advanced menyampaikan ketiga-tiga prinsip ini - melalui pengurangan metana yang besar, kebolehgunaan pada haiwan ini yang dikurung dan juga yang bebas serta produktiviti dan manfaat kesihatan haiwan yang penting kepada penerimagunaan petani. Ia juga boleh ditingkatkan tanpa memerlukan pelaburan besar-besaran. 

"Matlamat utama kami merupakan keinginan kami untuk menjadikan pertanian haiwan sebagai suatu kejayaan iklim dengan meningkatkan ekonomi dan manfaat petani. Kami telah menemui satu penyelesaian yang boleh digunakan untuk mana-mana lembu dalam sebarang persekitaran, sambil menjadikannya bersifat komersial untuk petani dan bersifat lestari untuk planet ini," kata Hafner. 

Peluang untuk mengurangkan metana adalah amat penting - gas tersebut memerangkap haba 84 kali lebih banyak berbanding karbon dioksida - dan amat strategik - pengurangannya boleh memberi kesan yang boleh diukur dengan serta-merta terhadap pengurangan iklim. Metana yang dihasilkan daripada penapaian enterik semasa pencernaan lembu menyumbang hampir 30 peratus daripada semua pelepasan metana yang dicetuskan oleh manusia. 

Percubaan in vivo yang meluas akan berlangsung pada tahun 2024, dengan matlamat untuk mendapatkan kelulusan kawal selia mulai akhir tahun 2026. Mootral sedang mempercepatkan kepantasan pelancarannya dengan rancangan untuk meningkatkan penerimagunaanya kepada 300 juta ekor lembu sepanjang dekad yang akan datang.  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2290614/Mootral_Cows.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2290615/Mootral_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Mootral
Keywords: Agriculture Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital New products/services