omniture

Forum Perubatan Cina Tradisional Infinitus tentang Keimunan Menerajui Arah Aliran Kesihatan

LKK Health Products Group
2014-08-20 15:04 130

HONG KONG, 20 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Pada 14 Ogos, Infinitus (China), ahli LKK Health Products Group, telah bersama-sama menganjurkan Forum Perubatan Cina Tradisional Infinitus tentang Keimunan bersama HKTDC dan MCMIA di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong. Sebagai bahagian yang penting untuk ICMCM yang ke-13, forum itu telah mengendalikan perbincangan berbilang hala yang pertama seumpamanya tentang konsep keimunan Perubatan Cina Tradisional yang memelihara kehidupan.

Gejala SARS pada tahun 2003 mahupun Ebola yang melanda baru-baru ini telah mengingatkan orang ramai tentang betapa pentingnya keimunan. Menurut WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), 75 peratus daripada populasi dunia berada dalam keadaan separa sihat. Lebih-lebih lagi, perubatan moden telah mendapati banyak penyakit serius yang terjadi dan merebak mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem imun. Berbeza daripada konsep saluran tunggal dan sasaran tunggal perubatan Barat, pemeliharaan kehidupan dalam perubatan Cina menekankan keseimbangan menyeluruh. Sebagai unsur asas dalam mengawal atur keimunan oleh Perubatan Cina Tradisional, polisakarida herba Cina boleh digunakan untuk menghasilkan produk kesihatan, lalu boleh mencegah dan turut menyembuhkan penyakit.

Forum itu telah menjemput pakar global untuk berkongsi dan berkomunikasi tentang penemuan penyelidikan keimunan Perubatan Cina Tradisional. Prof. Qin Zhihai daripada Akademi Sains China telah memperkenalkan hubungan antara keimunan dan penyakit kritikal. Prof. James P. Tam daripada Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, telah menghuraikan lagi tentang fungsi imunologi peptida. Prof. Wang Qi daripada Universiti Perubatan Cina Beijing telah bercakap tentang cara untuk mengawal atur keimunan dengan cara berbeza berdasarkan "9 Jenis Tubuh Badan Manusia". Prof. Dang Yi daripada Universiti Baptist Hong Kong pula telah membincangkan bagaimana untuk mempertingkat keimunan dengan membentuk cara hidup sihat, kebanyakannya cara pemakanan, berkenaan teori "Homologi Perubatan dan Makanan" dalam perubatan Cina.

Pakar yang menyertai semuanya bersetuju falsafah saintifik yang memelihara kehidupan membantu mengawal atur kesihatan dan mencegah serta menyembuhkan penyakit dengan mempertingkat keimunan, dan teori serta kaedah keimunan Perubatan Cina Tradisional mempunyai panduan praktikal tentang aspek ini. Sementara itu, golongan pakar menyarankan orang ramai memperbaiki keimunan mereka melalui pelbagai aspek, seperti banyakkan bersenam dan mengekalkan cara pemakanan, kehidupan dan emosi yang rasional bagi mencegah virus.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus berkata: "Sebagai perintis dalam polisakarida sebatian herba Cina, Infinitus akan terus memacu kemajuan keimunan Perubatan Cina Tradisional. Dengan lebih banyak pelaburan dalam Penyelidikan & Pembangunan serta kawalan kualiti yang ketat, kami berdedikasi untuk membawakan kepada orang ramai produk dan teknologi untuk peningkatan keimunan. Sementara itu, kami berusaha keras untuk mempromosikan 'Kaitan Yang Hilang bagi Empat Aturan' berkaitan cara pemakanan, kehidupan, senaman dan juga emosi ke lebih banyak bidang, bagi mempopularkan falsafah kesihatan dan gaya hidup serta menjadikan kehidupan yang sihat suatu kenyataan."

http://www.infinitus-int.com/news-detaile-140843935738095.html?l=en 

Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries