omniture

Seaspan Corporation memasuki segmen pasaran baharu dengan susunan strategik bagi kapal Pengangkut Trak dan Kereta Tulen LNG dwi-bahan api baharu

Atlas Corp.
2023-12-06 04:16 36

VANCOUVER, British Columbia, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Seaspan Corporation (Seaspan), pemilik dan pengendali kapal kontena yang terkemuka di dunia, meneruskan pertumbuhan berkualiti melalui program binaan baharu Pengangkut Trak dan Kereta Tulen (PCTC) LNG dwi-bahan api berkapasiti 10,800 CEU yang sedia ammonia dan methanol dengan kerjasama syarikat pengangkut kereta yang menerajui pasaran iaitu Hyundai Glovis (Glovis).

Sebagai salah sebuah syarikat pengangkut kereta yang terbesar di dunia dan sebahagian daripada Hyundai Motor Group, Glovis berupaya memanfaatkan kecekapan Seaspan yang terbukti dalam kecemerlangan operasi yang konsisten, perkongsian pelanggan yang inovatif dan kekuatan kewangan yang kukuh. Kapal-kapal tersebut akan disewa dalam tempoh jangka panjang selepas dihantar dan sebagai PCTC terbesar yang sedang dibangunkan setakat ini, ia akan memberikan kualiti, skala dan fleksibiliti yang tiada tandingan kepada Glovis.

Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam kerjasama dengan syarikat perkapalan dan pembuat kapal utama bagi membangunkan portfolio kapal bahan api alternatif yang diilhamkan pelanggan, Seaspan merundingkan pembelian daripada limbungan kapal China State Shipbuilding Corporation – Shanghai Waigaoqiao Shipbuilding. Kapal PCTC LNG dwi-bahan api tercanggih ini akan sedia metanol dan ammonia yang menunjukkan penerajuan Seaspan dalam perjalanan peralihan, reka bentuk kapal yang inovatif dan pelaksanaan binaan baharu, selain program binaan baharu sedia ada Seaspan bagi 70 buah kapal yang merangkumi 25 buah kapal kontena LNG dwi-bahan api.

"Perjanjian ini menandakan kepercayaan dan penghargaan para pelanggan kami terhadap komitmen dan keupayaan Seaspan dalam melaksanakan inisiatif bahan api alternatif," tegas Bing Chen, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Seaspan. "Dengan menggabungkan pengalaman luas kami dalam kapal kontena LNG dwi-bahan api serta bekerjasama secara proaktif dengan semua pihak berkepentingan semasa dalam perjalanan menuju penyahkarbonan ini, Seaspan bersedia secara unik untuk menyumbang kepada piawaian dan kemajuan perkapalan yang lestari."

"Kami amat berbangga kerana bekerjasama dengan Glovis, peneraju pasaran dalam sektor PCTC dan memanfaatkan platform bersepadu kami untuk mencapai kejayaan strategik mereka," tambah Kun Li, Ketua Pegawai Komersial Seaspan. "Memandangkan bidang kuasa berusaha untuk beralih daripada kenderaan bahan api konvensional kepada kenderaan elektrik, kami melihat perkara ini bukan sahaja sebagai peluang untuk memenuhi permintaan semasa terhadap penyelesaian perkapalan yang lestari tetapi juga menyokong inisiatif global terhadap alternatif pengangkutan yang lebih bersih."

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan

Siaran ini mengandungi "pernyataan berpandangan ke hadapan" (istilah sedemikian ditakrifkan dalam Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti yang dipinda) berkenaan peristiwa masa hadapan. Pernyataan yang bersifat ramalan, yang bergantung atau merujuk kepada peristiwa atau keadaan masa hadapan, atau mengandungi perkataan-perkataan seperti "akan", "percaya", "hasrat", "rancang", "jangka", "anggar", "unjur ", "ramal" dan ungkapan yang serupa ialah pernyataan berpandangan ke hadapan. Anda diberi amaran untuk tidak bergantung pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Pernyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa tentang peristiwa masa hadapan dan bukan jaminan kepada prestasi masa hadapan dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain, yang sesetengah daripadanya berada di luar kawalan Atlas Corp. (Atlas) dan sukar untuk diramalkan. Risiko dan ketidakpastian ini termasuk tetapi tidak terhad kepada faktor yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala dan pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk Laporan Tahunan Atlas pada Borang 20-F untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2022. Atlas tidak bertanggungjawab dan tidak berhasrat untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini bagi menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku selepas siaran ini dibuat. Jika andaian asas membuktikan risiko atau ketidakpastian yang tidak tepat atau tidak diketahui berlaku, maka peristiwa sebenar mungkin berbeza secara material daripada jangkaan Atlas. Kami tidak membuat ramalan atau pernyataan tentang prestasi mana-mana sekuriti kami.

Tentang Atlas Corp.

Atlas ialah sebuah syarikat pengurusan aset global yang terkemuka yang dibezakan oleh kedudukannya sebagai pemilik dan pengendali terbaik dalam kelasnya yang memberi tumpuan kepada penggunaan modal yang berdisiplin bagi mencipta nilai pemegang saham yang mampan. Atlas menyasarkan pulangan jangka panjang yang disesuaikan dengan risiko merentasi aset infrastruktur berkualiti tinggi dalam sektor maritim, tenaga dan bidang infrastruktur yang lain. Anak syarikat milik penuh Atlas termasuk APR Energy dan Seaspan Corporation. Untuk maklumat lanjut, sila layari atlascorporation.com.

Tentang Seaspan Corporation

Seaspan ialah pemberi pajak kapal kontena global yang terbesar, yang memberi tumpuan terutamanya kepada pajakan jangka panjang berkadar tetap dengan syarikat-syarikat perkapalan kontena terbesar di dunia. Sehingga 30 September 2023, armada operasi Seaspan terdiri daripada 142 buah kapal dengan jumlah kapasiti sebanyak 1,410,800 TEU, manakala 47 buah kapal tambahan sedang dalam pembinaan yang akan dihantar sehingga Disember 2024 dan bakal meningkatkan jumlah kapasiti armada kepada 1,927,800 buah berdasarkan penghantaran penuh. Untuk maklumat lanjut, sila layari seaspancorp.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Cailey Murphy, Ketua Komunikasi Korporat, communications@seaspancorp.com

 

PCTC Signing
PCTC Signing

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2292887/Atlas_Corp__Seaspan_Corporation_enters_new_market_segment_with_s.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2292888/Atlas_Corp__Seaspan_Corporation_enters_new_market_segment_with_s.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2293107/Atlas_Corp__Seaspan_Corporation_enters_new_market_segment_with_s.jpg?p=medium600

Source: Atlas Corp.
Related Stocks:
NYSE:ATCO
Keywords: Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities New products/services