omniture

Pameran Yiwu Meraikan Ulang Tahun Ke-20 Musim Luruh Ini

The 20th China Yiwu International Commodities Fair Organizing Committee
2014-08-20 19:59 99

YIWU, China, 20 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- "Pameran Komoditi Antarabangsa Yiwu" (http://en.yiwufair.com) akan meraikan Ulang Tahunnya yang ke-20 pada 21 hingga 25 Oktober 2014. Sebagai pameran Barangan Pengguna menyeluruh yang paling berpengaruh dan berkesan (selepas Pameran Canton, Pameran China Timur), Pameran Yiwu bertumpu pada usaha untuk merapatkan jurang antara perusahaan kecil dan sederhana di timur China serta perdagangan asing, menyasarkan pasaran pengguna global dan permintaan untuk penyumberan produk pada harga rendah. Kota Perdagangan Antarabangsa Yiwu dan Pameran Yiwu saling melengkapi untuk membentuk mod perkhidmatan penyepaduan rantaian bekalan penghasilan, bekalan, pengedaran, serta jualan. Bermula daripada pasaran kecil dan perlahan-lahan bertumbuh sehingga ke pameran tahap antarabangsa, Pameran Yiwu telah mendapat tempat dalam UFI pada tahun 2011 dan sedang berkembang dengan tetap. Terdapat lebih 20,000 pelanggan antarabangsa yang membeli produk semasa Pameran Canton setiap tahun.

Taklimat pameran

Pameran Yiwu (http://en.yiwufair.com), menyediakan tempat untuk sejumlah 4,500 tapak pameran standard antarabangsa bagi mewakili tujuh industri: perkakasan, barangan elektronik dan elektrik, pakaian tenun, barang kemas dan aksesori barang kemas, kraf tangan, keperluan harian, serta produk budaya, sukan & aktiviti santai luar. Persidangan Arah Aliran Kota Komoditi China, Pelancaran Produk Baharu, Sidang Kemuncak Industri serta banyak lagi aktiviti sampingan lain juga akan diadakan secara serentak. Ia dijangka dapat menarik 20 juta pembeli tempatan dan pembeli asing dari lebih 200 negara dan rantau.

Tindakan bersama pameran dan pasaran

Pameran Yiwu mengekalkan perhubungan saling memerlukan dengan pasaran. Pasaran telah melahirkan Pameran itu manakala Pameran itu pula, sebagai balasannya, bertindak sebagai acara jangkauan pasaran dan pemerolehan berpusat untuk pasaran. Semasa Pameran itu, para pembeli akan dapat maklumat terkini tentang produk dan boleh membuat pertanyaan kepada para pembekal. Set perkhidmatan yang merangkumi agensi perdagangan asing, logistik, kastam mudah, pengangkutan serta penginapan boleh didapati untuk para pengunjung.

Peneraju pengeluaran China

Kota Perdagangan Antarabangsa Yiwu telah menjadi pasaran bersepadu terbesar dunia selama beberapa tahun. 65 peratus daripada produk Krismas dunia, 15 peratus daripada zip pakaian sedunia, 10 peratus daripada stoking sedunia, 65 peratus daripada barang kemas domestik, 20 peratus daripada jumlah kemeja, semuanya dihasilkan di Yiwu. Pasaran Yiwu mempunyai permintaan yang kuat untuk barangan pengguna dan kelebihan rantaian bekalan penuh. Dalam letusan kemajuan e-dagang domestik dan dengan sokongan kerajaan China untuk perubahan perniagaan, Yiwu sedang muncul sebagai destinasi berdaya komersil untuk perniagaan seluruh dunia. Pameran ini merupakan acara yang sempurna bagi anda bertemu para pembekal yang terbaik di China.

SUMBER  Jawatankuasa Penganjur Pameran Komoditi Antarabangsa Yiwu

Source: The 20th China Yiwu International Commodities Fair Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Jewelry Retail Trade show news