omniture

Black Excellence ialah Tumpuan Kumpulan Sumber Pekerja Terbaharu PRA Group

PRA Group
2023-12-06 10:20 81

NORFOLK, Va., 6 Dis.ember 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, PRA Group (Nasdaq: PRAA), peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar, meraikan pelancaran Kumpulan Sumber Pekerja (ERG) Black Excellence. Black Excellence akan menyediakan ruang di mana rakan sekerja PRA Group boleh melibatkan diri dalam komuniti yang meraikan dan menerima budaya individu berkulit Hitam di seluruh dunia. 

Daripada tiga kumpulan sumber pekerja syarikat perkhidmatan kewangan dagangan awam yang aktif di AS, Black Excellence ialah ERG global yang pertama. Peguam Urusan Kebangsaan Zulema Green dan Pengawal Global Neal Petrovich berkhidmat sebagai penaja bersama eksekutif bagi kumpulan tersebut. 

Green begitu menjangkakan potensi kumpulan tersebut dalam menggalakkan pembangunan peribadi dan profesional ahlinya, serta semangat kekitaan mereka. "Saya teruja untuk menaja ruangan selamat untuk menunjukkan Black Excellence pada tahap terbaiknya, dan harapan saya adalah ia akan membolehkan ahlinya menjadi versi terbaik bagi diri mereka," kata Green. 

Sambutan pelancaran mayanya merangkumi lebih 100 kakitangan PRA Group dari seluruh operasi global syarikatnya. Pasukan kepimpinan ERGBlack Excellence, yang termasuk empat pekerja PRA Group tambahan, menetapkan suasana dengan video yang memaparkan pekerja PRA Group mentakrifkan maksud Black Excellence kepada mereka. Acara tersebut dilancarkan dengan pengenalan daripada Naib Presiden Eksekutif, Penasihat Am dan Ketua Pegawai Sumber Manusia LaTisha Tarrant, dan para peserta yang terlibat melalui perbualan yang bernas dan aktiviti introspektif yang menyelitkan perbualan sejarah dan budaya individu berkulit Hitam untuk membolehkan para peserta membina semangat komuniti di seluruh dunia. 

"Hubungan budaya pengalaman individu berkulit Hitam melangkaui lokasi dan bangsa untuk diluaskan ke seluruh dunia, jadi masa pelancaran ini yang diadakan semasa musim cuti—iaitu masa untuk keluarga dan berkumpul bersama—waktu yang adalah sempurna," kata Green. Green dan Petrovich kedua-duanya tidak sabar untuk memulakan tahun baharu dengan ERG ini, dan untuk bersama-sama meraikan hari yang penting dari segi kebudayaan iaitu Hari Martin Luther King dan Bulan Sejarah Kulit Hitam yang semakin menghampiri. 

Petrovich turut menekankan kepentingan memupuk persefahaman dan empati dalam kalangan pekerja tanpa mengira bangsa dan identiti. "Saya bangga menjadi sebahagian daripada ERG Black Excellence kami," kata Petrovich. "Oleh kerana PRA Group beroperasi sebagai satu pasukan di seluruh dunia, kami bukan sahaja bersemangat untuk membentuk komuniti global ini, tetapi juga teruja dengan cara ia akan meningkatkan usaha kami untuk memupuk sekutu dan advokasi bagi budaya warga berkulit Hitam di seluruh syarikat."

ERG PRA Group tambahan termasuk Penyokong Wanita dalam Perniagaan (Women in Business Advocates), yang bermula di AS sebagai rakan sejawat kepada Rangkaian Perkaitan Wanita Eropah (European Women's Affinity Network), dan ERG Kesejahteraan Mental dan Emosi (Mental and Emotional Well-Being ERG) syarikat, yang mana kedua-duanya dilancarkan pada tahun 2022. Setiap daripada ini telah menyaksikan kejayaan besar membangunkan rangkaian bimbingan, menyelaraskan inisiatif dermawan dan mewujudkan peluang untuk setiap pekerja dalam menjadi diri mereka sendiri dan menjadi yang terbaik. 

Ketua Kepelbagaian dan Keterangkuman Tara Borchers menghubungkan pelancaran ERG yang terbaharu dengan komitmen PRA Group yang lebih luas terhadap kesejahteraan dan penglibatan tenaga kerjanya. "Kami terus memberi tumpuan untuk membina semangat kekitaan di PRA Group dan percaya bahawa ERG dapat membantu memupuk budaya yang inklusif," katanya. "Ia adalah sebahagian daripada perkara yang kami hargai di PRA Group— iaitu sebuah komuniti yang dipenuhi dengan individu yang saling mempelajari dan mengambil berat antara satu sama lain."

Tentang PRA Group 
Sebagai peneraju global dalam memperoleh dan mengutip pinjaman tidak berbayar, PRA Group, Inc. mengembalikan modal kepada bank dan pemiutang lain untuk membantu mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna di Amerika, Eropah dan Australia. Dengan beribu-ribu pekerja di seluruh dunia, syarikat-syarikat PRA Group bekerjasama dengan para pelanggan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pragroup.com

Hubungan Media: 
Elizabeth Kersey 
Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Dasar Awam 
(757) 641-0558 
Elizabeth.Kersey@PRAGroup.com

Hubungan Pelabur: 
Najim Mostamand, CFA 
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur 
(757) 431-7913 
IR@PRAGroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/819349/PRA_Logo.jpg?p=medium600

Source: PRA Group
Related Stocks:
NASDAQ:PRAA
Keywords: Banking/Financial Service Black-oriented news Corporate Social Responsibility New products/services DEI Page