omniture

Seiko Umumkan Pembukaan Besar-besaran Butik Pertama di AS

Seiko Corporation of America
2014-08-21 00:11 134

-- Jenama Jam Mewah Memperluas Kehadiran Global ke Madison Avenue di Bandar New York

MAHWAH, New Jersey, 21 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Seiko Corporation of America, syarikat subsidiari Seiko Watch Corporation, mengumumkan dengan penuh teruja pembukaan besar-besaran butik Seiko pertamanya yang memasuki Amerika Syarikat di 510 Madison Avenue, Bandar New York. Sambutan bagi menghargai pengumuman tersebut telah diadakan di 620 Loft & Garden di Bandar New York malam tadi, dianjurkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Seiko Watch Corporation Shinji Hattori, dan dihadiri oleh lebih 150 individu berpengaruh industri termasuk rakan kongsi Seiko dan juara Wimbledon, Novak Djokovic.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140820/137910

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140820/137911

Dikelilingi oleh jenama paling ikonik di dunia di Madison Avenue, butik Seiko New York adalah dikhususkan terutamanya untuk koleksi berprestij Seiko, termasuk Astron dan Grand Seiko. Ia turut memperlihatkan koleksi yang belum pernah dijual di AS, termasuk Galante dan Credor, serta pelbagai tawaran eksklusif butik di AS, termasuklah koleksi Prospex. Usaha sama ini terus memperlihatkan falsafah progresif Seiko dalam mempersembahkan reka bentuk paling utama, kualiti dan ketepatan dalam setiap projek baharu yang dibawakan kepada pasaran jam terbaik AS.

"Pembukaan butik pertama bagi pasaran AS di Bandar New York sedang mencapai matlamat minat saya yang mendalam, kerana saya yakin pasaran AS adalah yang paling penting untuk Seiko di luar Jepun," kata En. Shinji Hattori, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Seiko Watch Corporation. "Seiko telah menantikan saat dan lokasi paling ideal untuk mempamerkan produk kami, menyediakan jam mewah mampu milik, termasuk Grand Seiko dan Astron. Butik yang dibuka dalam pasaran seperti di Bandar New York dapat merealisasikannya, mengikut piawai daripada butik Seiko di Paris, Amsterdam, Hong Kong serta Kaherah selain kedai jam mewah Wako asal yang dibuka pada tahun 1881 di Tokyo."

Butik Seiko New York bangga dengan reka bentuk yang memperlihatkan wawasan inovasi dan penghalusan jenama Seiko selain nilai terasnya sebagai satu-satunya pengeluar jam dengan setiap kepakaran pembuatan jam. Unsur sejarah, teknologi, kemewahan serta mutu ketukangan jenama Seiko boleh didapati di seluruh butik, bertumpu pada gaya moden dan sofistikated.

Maklumat lanjut tentang butik New York Seiko, layari www.seikousa.com/boutique.

Maklumat lanjut tentang Seiko Corporation of America, layari www.seikousa.com.

Maklumat lanjut tentang Seiko Watch Corporation, layari www.seikowatches.com.

Source: Seiko Corporation of America
Keywords: Jewelry Retail Corporate Expansion