omniture

NDC Partnership dan United Kingdom Melancarkan Pusat bagi Memangkin Pembiayaan Iklim

NDC Partnership
2023-12-06 19:17 29

DUBAI, UAE, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- NDC Partnership dan Kerajaan United Kingdom melancarkan sebuah pusat bagi memangkin perubahan sistemik untuk menawarkan pembiayaan iklim di COP28 pada hari ini yang bermatlamat untuk menghasil dan menyelaraskan penyelesaian bagi negara-negara yang rentan kepada iklim serta mendayakan pembangunan lestari. Pusat ini dibiayai oleh Kerajaan UK dan diwujudkan sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama Pasukan Petugas mengenai Akses kepada Pembiayaan Iklim.

Andrew Mitchell, Menteri Pembangunan Antarabangsa United Kingdom berkata: "Adalah penting supaya pembiayaan iklim boleh diakses oleh negara-negara membangun yang sering menghadapi risiko terbesar akibat perubahan iklim. UK berbangga melancarkan sebuah pusat baharu yang dianjurkan oleh NDC Partnership bagi menyokong matlamat ini. Pusat ini akan merangsang usaha kolektif kami untuk menjadikan pembiayaan iklim boleh diakses serta selaras dengan keperluan dan keutamaan negara-negara membangun."

Dr. Jeanne d'Arc Mujawamariya, Menteri Alam Sekitar Republik Rwanda yang juga Pengerusi Bersama NDC Partnership berkata: "Pengumuman hari ini mengenai sebuah pusat untuk menggerakkan pembiayaan iklim akan menguatkan penjanaan pengetahuan dan penerimagunaan amalan terbaik serta menjadikannya boleh diakses oleh lebih daripada 100 buah Negara Membangun yang menjadi Ahli NDC Partnership ini."

Pusat ini akan meningkatkan lagi perkongsian pengetahuan, pemikiran sistem dan jangkauan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan, dengan tumpuan yang kuat pada tujuh percubaan yang diterajui negara—di Bangladesh, Fiji, Jamaica, Mauritius, Rwanda, Somalia dan Uganda—yang disokong melalui Pasukan Petugasini.

"Cabaran dalam mengakses pembiayaan iklim adalah teruk terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah. NDC Partnership dan Pasukan Petugas mempelopori pendekatan khusus negara dan menyediakan sokongan yang amat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan negara dan menyelaraskan pembiayaan iklim. Dengan bergabung tenaga, kami boleh meningkatkan impak kami," kata Pengarah Global NDC Partnership, Pablo Vieira.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1687000/NDC_Partnership_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: NDC Partnership
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Contracts New products/services Public Interest