omniture

ROMER WAIKĪKĪ AT THE AMBASSADOR MEMPERKENALKAN KONSEP HOTEL KEJIRANAN BAHARU DI OAHU

Romer Waikīkī at The Ambassador
2023-12-06 22:37 72

Penawar kepada Jadual Perjalanan Oahu yang Biasa, Romer Waikīkī Mewakili Alkimia bagi Aloha

WAIKĪKĪ, Hawaii, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Romer Waikīkī at The Ambassador, sebahagian daripada Highgate Hotels di Hawaii, memperkenalkan etosnya yang bersemangat dan bertenaga kepada pulau Oahu. Susulan berjuta-juta dolar penciptaannya semula yang meluas, Romer Waikīkī, yang dahulunya dikenali sebagai The Ambassador Hotel Waikīkī, muncul sebagai pangkalan untuk pelawat yang ingin menikmati pulau ini seperti penduduk tempatan. Tertumpu kepada budaya kreatif Waikīkī, Romer Waikīkī menjemput tetamu dan penduduk untuk menerokai pengalaman kejiranan yang tulen. Dengan pemandangan pusat bandar Waikīkī dan Lautan Pasifik, harta tanah eklektik ini menampilkan pelbagai jenis bilik, pengaturcaraan unik, santapan meriah dan hiburan di Waikīkī Swim & Social Club serta akses mudah ke aktiviti luaran legenda di pulau ini.

"Hari ini menandakan peristiwa penting apabila kami membuka pintu kami dan memperkenalkan tenaga baharu yang dinamik kepada komuniti," kata Kelly Sanders, Naib Presiden Eksekutif Operasi di Highgate. "Romer Waikīkī at The Ambassador dengan sepenuh hati menerima intipati asli bagi destinasi ini. Visi kami adalah untuk mencipta sebuah hotel yang berdetak sebagai nadi kejiranan di mana pengembara dapat merasai reka bentuk, cita rasa dan personaliti khusus yang mentakrifkannya."

Bilik Tamu, Masakan Tempatan dan Pemandangan Kabana: 
Perjalanan tetamu Romer bermula dengan kad kekunci yang direka dengan seni yang berfungsi sebagai kunci untuk setiap tetamu ke kawasan kejiranan melalui peta, pengaturcaraan dan acara yang dipilih susun. 368 buah bilik santai menawarkan pelbagai reka letak, daripada suite dua bilik tidur yang besar kepada bilik dengan katil dua tingkat yang tinggi, dilengkapi dengan palet berwarna pastel yang dihiasikan dengan tekstur, warna dan bentuk pemandangan Oahu. Bilik tetamu mempunyai lanai peribadi, ruang istirahat dan sentuhan yang patut diberi perhatian, seperti kopi Pulau Besar panggang dari sumber tempatan.

Waikīkī Swim & Social Club menyajikan keadaan, minuman sepanjang hari, makanan ringan yang dibuat dengan bahan-bahan tempatan dan suasana santai. Kolam renangnya di tingkat tiga adalah meriah dan menyeronokkan dengan kabana berjalur yang menghiasi kawasan kolam, payung bercorak yang menampilkan cetakan jenama eksklusif Romer dan beg kekacang berwarna-warni untuk bersantai. Penjaga kolam yang bersemangat hadir bertujuan untuk mengejutkan dan menggembirakan anda dengan semburan kabus muka setiap jam, melakukan pembersihan cermin mata hitam, penyejukan tuala sejuk, peringatan pelindung matahari, mandian air sejuk, persediaan melihat matahari terbenam dan banyak lagi. Kamera Ppolaroid tersedia dengan filem untuk dijual. Pengaturcaraan mingguan menjemput tetamu dan penduduk tempatan untuk menikmati lebih daripada sekadar berenang di kolam: aktiviti kecergasan, tilik nasib di tepi kolam dengan tukang tilik kami serta muzik secara langsung dengan artis tempatan dan persembahan yang unik.

Lobi hotel dalaman-luarannya boleh dibuka menjadi halaman yang meriah, di mana tetamu boleh menikmati kitaran pilihan pastri yang baru dibakar dan sarapan pagi atau makan malam yang santai selepas seharian meneroka. TableOne menyajikan menu makanan segar yang lazat termasuk hidangan Hawai klasik bersama-sama dengan program bar yang inovatif dalam ruangan dalaman-luaran yang bertekstur. Makanan kegemaran tempatan seperti burrata buatan sendiri dari Italian deli Boccocino, tomato dari Ho Farms Hawaii dan roti segar dari The Patisserie. Bar tepi kolamnya menampilkan pelbagai koktel istimewa, minuman dan bir tempatan daripada Waikīkī Brewing Co., Kō Hana Distillers, Island Distillers dan banyak lagi.

Sayangilah Kejirananmu:
Romer menjanjikan pengalaman kejiranan yang baik kepada semua, memupuk bakat dan seni tempatan sambil menjemput tetamu untuk menerokai kejiranan melalui pandangan baharu. Hotel ini melantik "Datuk Bandar Blok (Mayor of the Block)" untuk memberikan tetamu maklumat tempatan yang tidak ditemui dalam carian Google biasa. "Datuk Bandar Blok" hotel ini begitu tertanam dalam komuniti dan telah menyesuaikan pengalaman yang disusun atur yang bermula saat ketibaan tetamu dengan Talian Aloha (Aloha Line), nombor telefon khas yang boleh dihubungi atau dihantar SMS untuk mendapatkan pengesyoran dan faedah yang diperibadikan. Terletak di dalam kawasan lobi, The Corner Store menampilkan koleksi khazanah sumber tempatan yang terdiri daripada barang kenang-kenangan dan pakaian kepada apotekari. Ruang ini berfungsi sebagai lokasi sementara untuk perniagaan tempatan tanpa kedai tradisional. Tetamu boleh menjangkakan jenama seperti Island Boy, Arlie Glass, Nau Swim, Surf Shack Puzzles dan AO Organics.

Romer telah bekerjasama dengan Inisiatif Penghutanan Semula Warisan Hawaii (Hawaiian Legacy Reforestation Initiative) untuk menanam bunga dan tumbuhan asli di taman lokasinya. Di samping itu, para tetamu boleh mengambil bahagian dalam inisiatif pengawasan yang membantu menambah baik dan memelihara ruang awam, seperti Taman Raja Kalākaua. Apabila tetamu bersedia untuk keluar dan meneroka, sewaan basikal dari Bike Factory dan jadual perjalanan Oahu yang disusun atur akan mempamerkan apa yang terbaik yang tersedia di pulau tersebut. Romer telah bekerjasama dengan perniagaan tempatan di sekitar pulau untuk mencipta pengalaman tersuai untuk tetamu; hadiah percuma, diskaun, pengalaman peribadi dan banyak lagi, semuanya dapat dirungkai dengan kunci bilik. Rakan kongsi adalah termasuk Experience Aloha Co., HI Honey Farm, Yoga Floats, Cruz N EAT Hawaii, Fit Waikīkī dan banyak lagi.

Seni Bina Komuniti: 
Elemen reka bentuk yang bijak dan berbeza menunjukkan semangat Waikīkī moden, dan bahagian luar hotel yang tidak konformis memberi penghormatan kepada asal usulnya sejak tahun 1960-an. Hiasan dalaman baharu termasuk dinding batu lava yang disesuaikan bentuknya yang menghiasi perimeter lobi yang merujuk kepada landskap gunung berapi Hawaii, bersama-sama dengan dinding galeri yang disusun atur yang menampilkan artis tempatan seperti J.D. Nālamakūikapō Ahsing, Brennan Alexa dan Kris Goto. Aksen hijau dan penggunaan warna yang meriah merujuk kepada penjajaran seni jalanan tempatan terhadap landskap subur di sekelilingnya. Bahagian dalamannya yang berlapis dan peka sentuhan dengan aksen yang bertenaga menawarkan ekspresi kehidupan pulau yang bergaya. Membawa kerumitan reka bentuk ke peringkat seterusnya, kakitangannya mengenakan pakaian seragam sesuai untuk semua jantina yang dihasilkan dengan teliti dengan menampilkan pakaian yang dihasilkan oleh pereka asli dari Hawaii, Matt Bruening.

Romer Waikīkī at The Ambassador telah diuruskan oleh Highgate, sebuah firma pengurusan, pelaburan dan pembangunan hotel yang terkemuka dalam industri. Studio Reka Bentuk & Pembinaan dalaman Highgate, iaitu LUCID, mengetuai pengurusan projek untuk semua rakan kongsi reka bentuk. Pasukan hotelnya teruja untuk memanfaatkan rekod prestasi Highgate sebagai inovator jenama dan rakan kolaborasi.

Kadar harga di Romer Waikīkī at The Ambassador bermula pada USD208 setiap malam. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari Romer Waikīkī at The Ambassador dan ikuti di Instagram.

Turut diuruskan oleh Highgate, Romer Waikīkī at The Ambassador menyertai Romer Hell's Kitchen di New York City. Terletak di 851 8th Avenue, Romer Hell's Kitchen mempunyai 295 bilik tetamu yang luas yang mempunyai suasana pangsapuri pra-perang New York yang klasik, menampilkan tingkap kanta lebar, karya seni tempatan oleh alumni FIT, tempat duduk yang selesa dan pemandangan yang menghadap ke arah jalan kediaman yang dibarisi pokok.

Tentang Highgate
Highgate ialah syarikat pelaburan hartanah dan pengurusan hospitaliti global terkemuka yang diiktiraf secara meluas sebagai inovator dalam industri. Highgate ialah pemain dominan di bandar gerbang utama AS termasuk New York, Boston, Miami, San Francisco dan Honolulu, dengan jejak yang semakin meningkat di Eropah, Caribbean dan Amerika Latin. Syarikat berteraskan hospitaliti ini menyediakan bimbingan pakar melalui semua peringkat kitaran hartanah, daripada perancangan dan pembangunan melalui permodalan semula atau pelupusan. Highgate mempunyai rekod yang terbukti dalam membangunkan portfolio pelbagai jenama hotel gaya hidup yang terkenal, jenama legasi serta hotel dan resort milikan bebas dengan pengaturcaraan kontemporari dan ketajaman digital. Syarikat ini menggunakan alat pengurusan hasil peneraju industri yang dapat mengenal pasti dan meramalkan dinamik pasaran yang berkembang dengan cekap untuk memacu prestasi melebihi sasaran dan memaksimumkan nilai aset. Dengan pasukan eksekutif yang terdiri daripada beberapa pemimpin pengurusan hotel yang paling berpengalaman, syarikat ini merupakan rakan kongsi yang dipercayai untuk kumpulan pemilikan teratas dan jenama hotel utama. Highgate mempunyai pejabat korporat di New York, Dallas, Los Angeles, Miami, Seattle, Waikīkī, London dan Lisbon. www.highgate.com.

Tentang LUCID
LUCID, iaitu Studio Reka Bentuk & Pembinaan Highgate, yang diketuai oleh Paul McElroy, menghimpunkan satu pasukan yang semakin berkembang yang terdiri daripada pemimpin paling berpengalaman dan inovatif dalam industri untuk menyampaikan konsep reka bentuk dan pembinaan untuk pelbagai jenis produk dan platform perkhidmatan yang berbeza. Ini termasuk Luxury, Lifestyle and Full Service Repositioning yang menampilkan reka bentuk dalaman dan seni bina bertaraf dunia; Highgate Select Renovation yang mengemas kini dan menghidupkan semula hartanah sedia ada; Highgate Select New Construction yang membangun binaan baharu bagi hotel perkhidmatan terpilih; dan Restaurant Design yang membangunkan pengalaman F&B baharu yang menarik untuk hotel Highgate.

Romer Waikiki at The Ambassador Grand Opening
Romer Waikiki at The Ambassador Grand Opening

 

Romer Waikiki at The Ambassador Grand Opening
Romer Waikiki at The Ambassador Grand Opening

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2290807/Romer_Waikiki_at_The_Ambassador_Logo.jpg?p=medium600 
Foto- https://mma.prnasia.com/media2/2293617/PRINT_RomerWaikiki_8.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2293619/PRINT_RomerWaikiki_12.jpg?p=medium600

 

Source: Romer Waikīkī at The Ambassador
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion