LONDON, 21 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Program Pelabur Individu (IIP) Malta terus dibangunkan berdasarkan kejayaan awalnya yang signifikan.
IIP merupakan program moden kerakyatan-melalui-pelaburan yang menyasarkan individu dan keluarga nilai bersih ultra-tinggi di seluruh dunia. Ia disusun atur dan dikendalikan oleh Henley & Partners untuk Kerajaan Malta di bawah Konsesi Perkhidmatan Awam.
IIP membenarkan pemberian kerakyatan untuk yang layak dengan sewajarnya, individu dan keluarga asing berwibawa yang memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi Malta.
Lebih 200 permohonan kerakyatan telah diterima sejak pelancaran program tersebut pada awal tahun 2014, dengan beberapa permohonan telah pun berada dalam fasa Usaha Wajar. Ini memperlihatkan komitmen pelaburan langsung asing ke dalam Malta sebanyak lebih 200 juta Euro atau 330 juta Dolar AS sejak enam bulan lalu.
IIP mempunyai beberapa standard Usaha Wajar paling ketat di dunia, memastikan agar hanya pelanggan yang sangat dihormati akan diterima. Pengambilan bagi program juga dihadkan kepada 1,800 pemohon utama yang berjaya. Selepas itu, program tersebut akan ditutup, lalu menjadikannya program paling eksklusif pada peringkat global.
Terdapat lebih 30 kewarganegaraan diwakili oleh kalangan pemohon setakat ini.
Ketua pegawai eksekutif Identity Malta, Jonathan Cardona, mengulas tentang peranan Henley & Partners, "Khidmat cemerlang mereka berjaya menarik ke Malta jenis individu yang mahu disasarkan oleh kerajaan menerusi IIP, dengan potensi pelaburan yang signifikan untuk negara kita."
Ramai pemohon telah memulakan proses IIP bertujuan untuk menyewa harta di Malta, namun kini mula mempertimbangkan untuk membeli harta, setelah menghabiskan masa di kepulauan tersebut. En. Cardona telah mengesahkan sejumlah pemohon memilih untuk membeli harta. Beliau turut berkata kepentingan pelaburan itu adalah agak pelbagai, bermula dengan hotel dan hartanah, kepada kilang, IT serta industri filem.
Seorang pelanggan peribadi, yang mahu identiti beliau dirahsiakan, berkongsi sebab beliau meneruskan IIP tersebut, "Saya berminat dengan idea untuk menjadi warganegara Eropah dan memberikan anak-anak saya hak untuk melancong tanpa sebarang masalah, dan juga untuk tinggal, bekerja dan belajar di mana-mana sahaja di Eropah."
Perdana Menteri Malta, Hon. Dr. Joseph Muscat, akan berucap tentang IIP dan kejayaannya pada dua acara akan datang:
Seminar Kerakyatan Global Henley & Partners akan berlangsung di Hotel Four Seasons, New York pada 10 September 2014. Acara penting ini akan memberi tumpuan pada arah aliran antarabangsa signifikan daripada segi mobiliti yang kian meningkat serta penerimaan kerakyatan berbilang. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di http://www.henleyglobal.com/NYC14.
Persidangan Kediaman dan Kerakyatan Global kali ke-8 akan disampaikan oleh Henley & Partners pada 29 dan 30 Oktober 2014 di Hotel Fullerton, Singapura. Persidangan tersebut merangkumi perkembangan utama dalam bidang perancangan kediaman dan kerakyatan serta menyediakan maklumat secara langsung daripada peneraju industri, penyedia perkhidmatan antarabangsa ulung dan juga pihak kerajaan. Sila daftar di http://www.henleyglobal.com/singapore14.
Latar Belakang Henley & Partners
Henley & Partners merupakan peneraju global daripada segi perancangan kediaman dan kerakyatan. Setiap tahun, beratus-ratus individu kaya, keluarga serta penasihat mereka bergantung pada kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang ini.
Konsep perancangan kediaman dan kerakyatan telah dicipta oleh Henley & Partners pada era 1990-an. Memandangkan globalisasi telah berkembang luas, kediaman dan kerakyatan telah menjadi topik yang menarik minat signifikan dalam kalangan pelabur dan usahawan bergerak peringkat antarabangsa yang kian meningkat jumlahnya dan bekerja dengan Henley & Partners.
Firma tersebut turut menjalankan khidmat nasihat kerajaan terkemuka, dan telah terlibat dalam perundingan strategik serta rekaan, penubuhan serta operasi beberapa program kediaman dan juga kerakyatan paling berjaya di dunia yang telah menarik pelaburan langsung asing sebanyak lebih AS$ 3.5 bilion setakat ini.