Sidang Kemuncak PRIORITY FII Hong Kong yang diadakan melalui kerjasama dengan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong dan HKEX akan menghimpunkan pemimpin perniagaan dan kewangan dari seluruh dunia
RIYADH, Arab Saudi, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ --TYT Yasir Al-Rumayyan, Gabenor Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi yang juga Pengerusi Future Investment Initiative (FII) Institute akan memperkenalkan Sidang Kemuncak PRIORITY FII Asia yang pertama kali diadakan di Hong Kong pada minggu depan.
Mengalu-alukan kedatangan FII Institute ke Hong Kong ialah John Lee, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong; Paul Chan, Setiausaha Kewangan; Christopher Hui, Setiausaha Perkhidmatan Kewangan dan Perbendaharaan; dan Laura Cha, Pengerusi HKEX. John Lee akan menyampaikan sebuah ucapan khas kepada para perwakilan.
FII Institute ialah sebuah yayasan bukan untung global yang dipacu data yang mempunyai satu cabang pelaburan dengan satu agenda: untuk memberikan 'kesan terhadap kemanusiaan' yang positif. Program PRIORITY institut ini merangkumi sidang kemuncak, inisiatif dan laporan yang disokong oleh ahli dan rakan strategiknya, yang bermatlamat untuk menangani cabaran yang paling mendesak di dunia.
TYT Yasir Al-Rumayyan akan disertai oleh DYTM Puteri Reema bint Bandar Al Saud, duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan TYT Khalid A. Al-Falih, Menteri Pelaburan Arab Saudi.
Sidang kemuncak global selama dua hari ini akan dimulakan dengan 'Board of Changemakers' iaitu acara khas di HKEX Connect Hall yang bermula pada 7 Disember ini. Pengerusi HKEX, Laura Cha, Pengasas Hang Lung Capital, Ronnie Chan, Pengerusi Schneider Electric, Jean-Pascale Tricoire, Pengasas merangkap Pengerusi ACWA Power, Mohammad A Abunayyan, Presiden King Abdullah University of Science and Technology (KAUST), Tony Chan, Pengerusi Pacific Century Group, Richard Li dan Presiden Asia Pasifik Goldman Sachs, Kevin Sneader akan membincangkan masalah strategi dan ekonomi global semasa sesi perbincangan Ahli Lembaga Pengarah tersebut yang berlangsung selama 45 minit.
Penceramah lain pada sidang kemuncak ini akan merangkumi Pengerusi Hopu Capital, Fang Fenglei, Rakan Kongsi Pengurusan GGV Capital Asia, Jixun Foo dan Pengerusi Bersama merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Bersama Value Partners Group yang disenaraikan di Hong Kong, Cheah Cheng Hye, Ketua Penyokong AI Google, Lawrence Moloney, Pengerusi Eksekutif Africa Rainbow Minerals, Patrick Motseppe dan Pengasas Luma Group, Joshua Fink.
Lebih 1,000 pemimpin perniagaan dan kewangan dijangka akan menghadiri sidang kemuncak ini.
Richard Attias, Ketua Eksekutif FII Institute: "Hong Kong mempunyai peranan yang sangat penting sebagai sebuah hab perniagaan global dan tempat untuk para pelabur berhubung. Bersama-sama rakan kongsi kami, Wilayah Pentadbiran Khas Kerajaan Hong Kong dan HKEX, kami berbesar hati untuk membawa sidang kemuncak Asia buat pertama kali dan pergerakan kami ke bandar yang hebat ini. Matlamat kami di FII Institute adalah untuk menangani beberapa cabaran terbesar manusia, seperti pertumbuhan ekonomi, kemakmuran dan pembiayaan peralihan tenaga dengan menghimpunkan para pemimpin untuk dialog yang membina pada peringkat tertinggi. Perbincangan kami pada 7 dan 8 Disember akan memberikan tumpuan khusus pada masalah global yang penting dan kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan dan rakan sekerja kami dari seluruh Asia untuk masa depan yang lebih baik untuk semua."
Sidang kemuncak tersebut akan meneruskan perbincangan di FII7 yang telah diadakan di Riyadh pada bulan Oktober lepas dengan tema, 'The New Compass' yang mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan untuk membuka aliran ESG ke Selatan Global, mendorong penyelarasan global berkaitan peraturan AI dan pelaburan untuk akses yang lebih saksama kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Topik lain yang akan dibincangkan di Sidang Kemuncak PRIORITY FII di Hong Kong termasuk bagaimana para inovator boleh bertindak untuk menyelesaikan kebimbangan penduduk di peringkat global, peranan Selatan Global dalam mendorong pertumbuhan ekonomi, Asia baharu, 'abad teknologi hiper', AI dan Web4 meningkatkan kehidupan untuk semua, di mana seterusnya untuk BRICS, kewangan makro berpusatkan manusia, rantaian bekalan Asia, COP28 dan teknologi iklim.
Tentang FII Institute
Future Investment Initiative (FII) Institute ialah yayasan bukan untung global yang dipacu data dengan cabang pelaburan dan agendanya yang satu: Kesan terhadap Kemanusian. Bersifat global dan inklusif, kami memupuk minda yang hebat dari seluruh dunia dan menukar idea menjadi penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2294189/FII.jpg?p=medium600
Logo : https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600