omniture

Yotta Data Services Bekerjasama dengan NVIDIA untuk Memangkin Transformasi AI India

Yotta Data Services
2023-12-07 19:25 87

Yotta melancarkan Shakti Cloud: Superkomputer Terbesar India dengan 16 Exaflop kuasa pengkomputeran AI dan GPU NVIDIA H100 Tensor Core untuk memacu inovasi AI berskala besar di India

MUMBAI, India, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Yotta Data Services hari ini mengumumkan kerjasama dengan NVIDIA untuk menyampaikan infrastruktur dan platform pengkomputeran GPU yang canggih untuk platform Shakti Cloud. Kerjasama ini akan memajukan pembangunan penyelesaian AI di India dengan membawa keupayaan AI tercanggih dalam jangkauan pelbagai organisasi, perniagaan, penyelidik AI dan pelbagai syarikat pemula di seluruh negara. Dengan tawaran ini, pelanggan Yotta akan dapat melatih model bahasa besar (LLM) dan beban kerja AI lain yang memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi pasaran India, Asia dan global lebih luas.


Yotta telah pun membuat pesanan yang besar untuk GPU NVIDIA H100 Tensor Core, sebuah GPU yang berkuasa untuk beban kerja AI dan HPC, dan merancang untuk beroperasi dengan 4096 GPU menjelang Januari 2024 dan 16,384 GPU menjelang Jun 2024. Dengan sokongan lengkap daripada NVIDIA dan visi bersama untuk membangunkan landskap AI berdaulat di India, Yotta juga merancang untuk meningkatkan jumlah GPU secara besar-besaran dengan stabil kepada 32,768 menjelang penghujung tahun 2025. Ini secara langsung akan menangani permintaan besar untuk GPU berprestasi tinggi oleh makmal penyelidikan, perusahaan dan syarikat pemula untuk beban kerja HPC dan AI.

Dengan kerjasama ini, Yotta menjadi rakan kongsi awan rangkaian (NCP) NVIDIA yang pertama di India dan menyertai senarai NCP global sebagai Rakan Kongsi Elit (Elite Partner).

Selanjutnya, Yotta sedang menggunakan seni bina rujukan yang dikuasakan NVIDIA dengan perangkaian NVIDIA InfiniBand yang akan membolehkan kelompok GPU menyampaikan prestasi hebat pada skala yang besar untuk latihan AI dan beban kerja inferens yang besar, serta beban kerja HPC.

Platform AI Shakti Cloud Yotta akan menyertakan pelbagai perkhidmatan PaaS dari hari pertama, termasuk model dan penggunaan AI asas yang akan membantu perusahaan India mencipta alat dan produk AI yang berkuasa.

Yotta akan menggunakan kluster pertama melibatkan 16,384 GPU di NM1, pusat data Yotta Tahap-IV Uptime yang terkenal dan terbesar di Asia, yang terletak di Navi Mumbai. Seterusnya, Yotta akan menggunakan kluster dengan saiz yang serupa di D1, iaitu pusat data Yotta berskala hiper yang terbaharu dan terbesar di Greater Noida, berhampiran Delhi.

Kerjasama ini hadir pada saat pertumbuhan yang luar biasa dalam usaha penerimagunaan AI di India, dengan negara tersebut menjadi hab untuk penyelidikan, permainan dalam talian dan penciptaan kandungan digital. Penerimagunaan AI di India dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi 20% untuk mencapai nilai USD14 bilion menjelang 2030. Industri permainan India juga dijangka berkembang pesat sehingga mencecah USD5 bilion menjelang 2025. Semua industri ini sangat bergantung pada pengkomputeran GPU untuk memenuhi permintaan pelanggan yang dijangkakan.

Darshan Hiranandani, Pengasas Bersama & Pengerusi Yotta, dan Sunil Gupta, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Yotta, berkongsi keterujaan tersebut. "Yotta berbesar hati untuk bergabung tenaga dengan NVIDIA, peneraju global dalam teknologi GPU di India bagi melancarkan platform Shakti Cloud kami untuk memulakan era baharu inovasi pengkomputeran yang sejajar dengan visi Yang Berhormat Perdana Menterinya untuk Bharatdigital. Kami teruja untuk memulakan perjalanan ini, memanfaatkan infrastruktur awan dan pusat data boleh skala kami serta teknologi GPU tercanggih milik NVIDIA untuk memperkasakan perniagaan, kerajaan, syarikat pemula dan penyelidik dari India dengan penyelesaian GPU-sebagai-Perkhidmatan yang tiada tandingan untuk memangkin kemajuan dalam AI, pembelajaran mesin, permainan, penciptaan kandungan dan penyelidikan saintifik. Yotta bermatlamat untuk mempercepatkan inovasi dan mengubah industri di seluruh India, menyampaikan kuasa GPU NVIDIA sebagai perkhidmatan untuk memacu pertumbuhan, kecekapan dan kecemerlangan. Kerjasama ini mewakili pencapaian penting dalam perjalanan kami, dan kami teruja dengan kemungkinan yang tidak penghujungnya untuk pelanggan kami dan negara India secara keseluruhan. Kami juga berterima kasih atas sokongan berterusan Kementerian Teknologi Maklumat dan kerajaan Maharashtra dan Uttar Pradesh kerana menjadikan ini suatu kenyataan."

Mengulas mengenai perkembangan ini, Jay Puri, Naib Presiden Eksekutif Operasi Lapangan Seluruh Dunia di NVIDIA, berkata, "India telah muncul sebagai hab yang bertenaga untuk inovasi teknologi dan transformasi digital. Kerjasama kami dengan Yotta akan membantu membuka akses kepada infrastruktur khusus yang memungkinkan AI pada skala besar dan membawa keupayaan GPU kepada pelanggan di India, mempercepatkan kemajuan dalam AI dan memupuk inovasi merentas industri."

Sorotan Utama Kerjasama: 

  • Mempercepatkan pengiraan AI di India: Dengan perkakasan GPU NVIDIA, Yotta akan membantu perusahaan India meningkatkan keupayaan mereka dengan ketara untuk membina alatan dan perkhidmatan AI yang berkuasa dalam pasaran global.
  • Mendemokrasikan kuasa GPU: Yotta akan memperkasakan perniagaan India dari semua jenis saiz untuk mengakses sumber GPU atas permintaan, mengubah cara mereka beroperasi dan berinovasi.
  • Menggalakkan inovasi: Melalui GPUaaS, Yotta bermatlamat untuk memangkinkan kejayaan rintis dalam AI, permainan, penyelidikan saintifik, analisis data dan banyak lagi, meletakkan India sebagai peneraju teknologi global.
  • Infrastruktur & teknologi yang teguh dan bertaraf dunia: Pusat data dan perkhidmatan awan bertaraf dunia Yotta akan menyediakan persekitaran yang selamat dan boleh diskala untuk perniagaan menggunakan GPU NVIDIA.
  • Perubahan & pengembangan pasaran: Dengan teknologi NVIDIA,Yotta akan mengubah cara tradisional perusahaan mengakses pengkomputeran GPU dengan ketersediaan sumber GPU atas permintaan dan boleh diskala, yang membuka akses kepada segmen dan sektor pelanggan baharu.

Yotta bermatlamat untuk mendemokrasikan akses kepada sumber GPU, memupuk inovasi dan daya saing merentasi pelbagai sektor. Shakti Cloud Yotta akan menyampaikan GPU dan pelbagai perkhidmatan AI dan PaaS yang berkaitan dengan cara yang sangat kos efektif mengikut model penggunaan sejam, dengan pilihan untuk tempahan jangka panjang.

Komitmen Yotta terhadap kecemerlangan teknologi dan inovasi sejajar dengan misinya untuk mempercepat transformasi digital di seluruh India.

Untuk membaca lebih lanjut mengenai tawaran GPU-sebagai-Perkhidmatan Shakti Cloud Yotta, sila layari https://yotta.com/shakticloud

Tentang Yotta 

Yotta Data Services ialah penyedia perkhidmatan Transformasi Digital zaman baharu yang menawarkan Awan, GPU, pengehosan pusat data, Ketersambungan, perkhidmatan Keselamatan Siber, Ruang Kerja siber, aplikasi terurus dan pelbagai perkhidmatan IT Terurus. Yotta mengendalikan ruangan awannya di dua taman pusat data berskala besarnya di Panvel (Navi Mumbai) dan Greater Noida (Delhi). Awan Yotta telah dipilih oleh Meity (VCC & GCC). Yotta sedang berusaha untuk melancarkan awan berskala hiper yang kaya dengan ciri berasaskan sumber terbuka "Yntraa" menjelang penghujung 2023.

Pusat data pertama Yotta - pusat data Yotta NM1 di Panvel, sebahagian daripada kampus raksasa DC berkapasiti 600 MW, telah diiktiraf sebagai Pusat Data terbaik APAC oleh Datacloud Global Awards pada tahun 2021 dan 2023 dan merupakan kemudahan Tahap IV yang Disahkan Institut Uptime ke-2 terbesar di dunia. Yotta Greater Noida DC Park yang telah dilancarkan pada Oktober 2022, ialah kampus raksasa berkapasiti 180 MW, yang merupakan kampus terbesar di seluruh India Utara. Pelbagai pujian dan pensijilan ke atas Yotta termasuk rangka kerja keselamatan siber dan rangka kerja penyetempatan RBI, ISO27017 untuk perlindungan maklumat peribadi dalam awan awam, ISO 27701 untuk pengurusan Maklumat Privasi (PIMS), PCI-DSS, dan SOC2-Jenis 2, serta SOC3. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.yotta.com

Tentang NVIDIA Corporation 

NVIDIA Corporation (NASDAQ: NVDA) ialah peneraju global dalam teknologi Unit Pemprosesan Grafik (Graphics Processing Unit, GPU). Syarikat ini mereka bentuk dan mengeluarkan GPU termaju yang menguasakan pelbagai aplikasi, termasuk permainan, kecerdasan buatan, pusat data dan pengkomputeran automotif. Teknologi inovatif NVIDIA memacu kemajuan dalam industri seperti pembelajaran mendalam, kenderaan autonomi dan superkomputer. Ditubuhkan pada tahun 1993 dan beribu pejabat di Santa Clara, California, NVIDIA terus merevolusikan pengkomputeran, menyediakan penyelesaian yang membolehkan orang ramai dan perniagaan mencapai tahap prestasi yang tidak pernah digapai sebelum ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nvidia.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2293036/Yotta_Shakti_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Yotta Data Services
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things