omniture

Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan Mengumumkan Tarikh untuk Acara Tahun 2024 dan Kerjasama Strategik dengan WHO

The World Innovation Summit for Health "WISH"
2023-12-07 20:14 90

Pemimpin kesihatan akan menyediakan laporan mengenai perlindungan kesihatan ketika konflik bersenjata.

DOHA, Qatar, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan (World Innovation Summit for Health, WISH), satu inisiatif Yayasan Qatar untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti (Qatar Foundation for Education, Science and Community Development, QF), mengumumkan bahawa sidang kemuncak WISH 2024 akan berlangsung di Doha pada 13 dan 14 November 2024.

 

Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (seated left) , Director General, WHO, and Sultana Afdhal, CEO, WISH, sign a collaboration agreement at Qatar Foundation’s headquarters, witnessed by Her Excellency Dr Hanan Mohamed Al Kuwari (top right), Minister of Public Health in Qatar, and representatives of WHO.
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (seated left) , Director General, WHO, and Sultana Afdhal, CEO, WISH, sign a collaboration agreement at Qatar Foundation’s headquarters, witnessed by Her Excellency Dr Hanan Mohamed Al Kuwari (top right), Minister of Public Health in Qatar, and representatives of WHO.

 

Sepanjang dua hari tersebut, lebih daripada 2,000 pembuat dasar kesihatan, inovator, penyelidik dan pengamal akan bersidang di Qatar untuk mencari penyelesaian inovatif kepada beberapa cabaran kesihatan terbesar di dunia.

WISH 2024 akan menjadi edisi ketujuh WISH – satu acara yang kini menjadi kukuh sebagai ciri penting dalam kalendar kesihatan global.

Berikutan perbincangan peringkat tinggi antara Yang Teramat Mulia Sheikha Moza bint Nasser, Pengerusi QF, dan Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), WISH akan menjalin kerjasama strategik dengan WHO menjelang WISH 2024, merasmikan hubungan berterusan antara dua organisasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tumpuan bagi kerjasama ini ialah tiga projek penyelidikan kolaboratif pimpinan WHO, yang menjana laporan berasaskan bukti untuk perbincangan mendalam pada acara WISH nanti.

Selain itu, rakan kongsi tempatan dan antarabangsa akan bekerjasama dengan WISH untuk membangunkan laporan bagi sidang kemuncak ini mengenai pelbagai isu dalam bidang seperti sistem kesihatan, etika, kesihatan fizikal dan kesihatan mental. WISH 2024 akan terus menekankan keperluan bagi perspektif serantau ke atas kesihatan global.

Ketua Pegawai Eksekutif WISH Sultana Afdhal telah disertai oleh Dr. Tedros pada majlis penandatanganan perjanjian kerjasama antara WISH dan WHO pada 4 Disember.  

Penandatanganan perjanjian tersebut telah disaksikan oleh Yang Mulia Dr Hanan Mohamed Al Kuwari, yang merupakan Menteri Kesihatan Awam untuk Negara Qatar, merangkap Pengerusi Lembaga Eksekutif semasa bagi Pertubuhan Kesihatan Dunia. Kementerian ini adalah rakan strategik WISH, yang telah menyokong sidang kemuncak ini sejak edisi pertamanya sepuluh tahun yang lalu.

Sultana Afdhal berkata: "Kami berbesar hati untuk berkongsi berita bahawa kami akan kembali dengan WISH 2024 pada November depan; kami kekal komited untuk mewujudkan platform di mana penyelidikan berasaskan bukti mampu memaklumkan amalan kesihatan global. Adalah menjadi satu penghormatan untuk mengalu-alukan kedatangan Dr. Tedros ke pelancaran WISH 2024, untuk berkongsi berita tentang kerjasama strategik kami, dan untuk berkongsi visi kami iaitu dunia yang lebih sihat dan saksama."

Dr Tedros menyatakan penghargaan beliau kepada Yang Teramat Mulia Sheikha Moza bint Nasser, Pengerusi Yayasan Qatar, atas kerjasama baharu ini dan berkata: "Kerjasama kami yang semakin meluas dengan WISH adalah berdasarkan rekod prestasi impak dan seterusnya akan menunjukkan keazaman bersama kami untuk menangani isu kesihatan global yang mendesak, termasuk tuberkulosis, penjagaan paliatif dan melindungi kesihatan ketika konflik bersenjata. Kami tidak sabar untuk menyumbang kepada asas bukti dan sangat komited terhadap kerjasama ini."

Lebih banyak maklumat tentang tema dan penceramah WISH 2024 akan diumumkan dalam masa beberapa bulan akan datang. Mereka yang ingin mendaftar minat mereka untuk menghadiri persidangan ini boleh berbuat demikian melalui laman web WISH: wish.org.qa

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Sarah Fouad, di sarahf@bljworldwide.com, +974 66099846

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2294542/WISH.jpg?p=medium600

 

 

Source: The World Innovation Summit for Health "WISH"
Keywords: Education Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Joint ventures Trade show news