omniture

Infinitus Ambil Bahagian dalam Pameran TCM Hong Kong Enam Tahun Berturut-turut untuk Pemodenan TCM

LKK Health Products Group
2014-08-21 21:58 103

HONG KONG, 21 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Pada 14 hingga 18 Ogos, Infinitus mengambil bahagian dalam Persidangan & Pameran Antarabangsa Pemodenan Perubatan Cina & Produk Kesihatan kali ke-13 (ICMCM), dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pembangunan Dagangan Hong Kong (HKTDC) dan Persatuan Antarabangsa Perubatan Cina Moden (MCMIA). Infinitus telah mengambil bahagian dalam ICMCM selama enam tahun berturut-turut, dan memanfaatkan sebaik mungkin platform antarabangsa ini untuk mempromosikan konsep "Rawatan Pencegahan Penyakit" perubatan Cina tradisional (TCM), falsafah kesihatan tersendiri Infinitus, jenama dan produknya kepada orang awam.

Sebagai acara antarabangsa tahunan, ICMCM tahun ini meneruskan format duaan pameran dan persidangan, yang bukan sahaja memperluas peluang dagangan luar untuk produk TCM, malah turut menghimpunkan pakar dalam bidang berkaitan untuk meneroka masa depan TCM. Lebih 130 peserta pameran global telah pun tertarik, dan peneraju industri turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam siri sesi perkongsian-maklumat berprofil tinggi.

Pada pagi 14 Ogos, lebih seratus pegawai kerajaan dan pemimpin perniagaan telah menghadiri upacara pembukaan, termasuk Prof. Yu Wenming, Naib Pesuruhjaya Pentadbiran Negeri Perubatan Cina Tradisional P.R.C., Prof. Sophia Chan, Pemangku Setiausaha Makanan dan Kesihatan Kerajaan SAR Hong Kong, Fred Lam, Pengarah Eksekutif HKTDC, Vivien Chou, Presiden MCMIA; serta En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus.

Tahun ini, gerai pameran Infinitus mempamerkan 29 produk daripada empat kategori, termasuk Makanan Kesihatan Infinitus, Produk Penjagaan Kulit Beautrio, Produk Penjagaan Peribadi Phytocare dan juga Produk Isi Rumah Homemate. Rundingan kesihatan turut disediakan di tapak pameran dan kesemua bayaran yang diterima akan disumbangkan kepada Yayasan Si Li Ji Ren. Di samping itu, para perunding regimen, minuman kesihatan percuma serta permainan dalam talian Facebook turut disediakan di gerai pameran bagi mempromosikan Empat Peraturan (set minda, senaman, kehidupan serta diet rasional) selain regimen Cina.

En. Harry Yeung menyatakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, TCM masih diamalkan dengan ciri holisme, systematology, dan juga rawatan pencegahan penyakit serta menerima pengiktirafan yang tidak dijangka dari seluruh dunia. Pameran TCM antarabangsa ialah saluran untuk TCM melangkah maju ke dalam pasaran global. Infinitus, sebagai salah satu penggerak industri ini, akan terus menyokong pemodenan dan pengantarabangsaan TCM.

http://www.infinitus-int.com/news-detaile-140852524378126.html?l=en

Source: LKK Health Products Group
Keywords: