omniture

SELECT GROUP MEMPEROLEH PEMBANGUNAN PENTOMINIUM IKONIK, DIJANGKA MENJADI MENARA KEDIAMAN TERTINGGI DI DUNIA

Select Group
2023-12-07 23:38 116

DUBAI, UAE, 7 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Select Group, pemaju hartanah terkenal yang beribu pejabat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dengan bangganya mengumumkan kejayaan bersejarah dalam pembinaan bangunan bertingkat mewah. Firma ini telah berjaya memperoleh pembangunan terhenti di Dubai Marina, yang dahulunya dikenali sebagai Menara Pentominium (Pentominium Tower), yang mana apabila disiapkan, ia bakal menjadi menara kediaman yang tertinggi di Dunia.

Views from the iconic Pentominium development, poised to be the tallest residential tower in the world.
Views from the iconic Pentominium development, poised to be the tallest residential tower in the world.

Sejak pengkonsepannya pada tahun 2007, pembangunan Menara Pentominium telah lama menjadi simbol aspirasi seni bina. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan projek, ia menghadapi cabaran semasa kemelesetan kewangan global pada tahun 2008, menyebabkan pembinaanya terhenti. Awal tahun ini, pembangunan tersebut telah dilelong melalui proses pentadbiran yang diluluskan Mahkamah Dubai melalui Emirates Auction. Selepas proses pembidaan yang sangat sengit melibatkan 46 bidaan, Select Group berjaya memperoleh pembangunan tersebut dengan bidaan bernilai USD100 juta.

"Kami bagitu teruja kerana berjaya mendapatkan pemerolehan ke atas peluang sekali dalam seumur hidup ini untuk membangunkan kediaman bertingkat ultra tinggi di Dubai Marina yang sangat popular, berdekatan dengan Palm Jumeirah, Emaar Beachfront dan JBR," kata Rahail Aslam, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Select Group. "Projek ini mewakili kemuncak komitmen kami untuk mentakrifkan semula taraf kehidupan mewah. Dengan sokongan rakan kongsi yang dipilih dengan teliti dan rekod prestasi Select Group yang luas dalam menyampaikan projek, kami menyasarkan untuk memastikan penyiapan seni bina berprestij ini yang akan menetapkan penanda aras baharu untuk bangunan pencakar langit kediaman di seluruh dunia."

Select Group sangat teruja untuk mengesahkan kerjasamanya dalam usaha niaga ini dengan perunding kejuruteraan terkenal dunia WSP, syarikat gergasi seni bina Woods Bagot dan firma reka bentuk dalaman yang dihormati Mitchell & Eades. Gabungan kepakaran dan konsep inovatif mereka akan meningkatkan projek ultra-mewah ini ke tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

"Sebagai Perunding Utama dan Arkitek Rekod untuk projek ini, kami berasa bangga dapat membantu menyampaikan satu lagi mercu tanda tersendiri ke latar langit Dubai. Menara yang sangat tinggi ini bukan sahaja bertujuan untuk dibina lebih tinggi daripada kebanyakan pembangunan kediaman yang paling terkenal di dunia; ia juga akan dibina pada salah satu plot terakhir yang ada di presint Marina yang maju di Dubai." – Mark Farley, Pengarah Urusan – Hartanah & Bangunan di WSP Middle East.

Muat Turun Kit Media:
https://drive.google.com/drive/folders/1k8xV8b56coEUznW9dCHyhj3OZZ_dl4Wh?usp=drive_link

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2295573/Select_Group_Pentominium.jpg?p=medium600

Source: Select Group
Keywords: Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers