HONG KONG, 9 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak PRIORITY Future Investment Initiative Hong Kong hari ini mengumpulkan semula pemimpin kewangan dan kerajaan untuk hari kedua untuk membincangkan perkara global yang dibimbangi oleh manusia.
Seribu pelabur global, pembuat dasar, inovator dan pemimpin perniagaan telah disertai oleh rakan sebidang dari seluruh Asia untuk membincangkan 'trend mega' termasuk kebangkitan Asia yang tidak dapat dihalang sebagai kuasa ekonomi, kesan teknologi ke atas gaya hidup dan pekerjaan, dan penggunaan modal antara pasaran dan ekonomi yang pelbagai.
Hari tersebut dimulakan dengan pembentangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute Richard Attias dan Ketua Pegawai OperasiRakan Tarabzoni mengenai Laporan Priority Compass, sebuah tinjauan global terhadap 53,000 orang di seluruh 23 negara. Tinjauan tersebut mendedahkan penurunan mendadak sebanyak 20% di seluruh dunia dalam kepuasan keseluruhan orang ramai dengan kehidupan mereka, dengan responden melaporkan kebimbangan mengenai kos sara hidup, kesunyian, teknologi dan kebimbangan iklim. 65% orang di negara yang ditinjau bimbang tentang kos sara hidup hari ke hari. Kesepian telah melonjak naik dalam senarai kebimbangan, dengan 41% penduduk Asia melaporkan rasa kesepian yang kerap. 55% orang di seluruh dunia bimbang tentang akses kepada penjagaan kesihatan yang berpatutan dan boleh diakses serta kebimbangan iklim terus bertambah apabila 78% individu di seluruh Global Selatan bimbang tentang pencemaran.
Laurence Moroney, Ketua Penyokong AI di Google telah berbicara tentang kebimbangan terhadap AI dan risiko berat sebelah yang timbul disebabkan oleh pergantungan pada set data bahasa Inggeris yang sempit. Moroney menerangkan bahawa 60% maklumat di Web 2.0 dijana oleh bot.
Beliau juga berhujah bahawa inovator dalam AI perlu mengambil kira identiti budaya tempatan yang tersendiri dalam pembangunan model AI dan menjelaskan bahawa Gemini Google sedang berusaha untuk memekatkan dan mengekalkan budaya menjadi model yang kecil, membolehkan orang ramai berinteraksi, mempelajari dan memelihara budaya individu tersendiri.
Perbincangan panel mengenai kos sara hidup mendengarkan Jerry Li, Pengasas merangkap Rakan Kongsi Urusan eWTP Arabia Capital, menggambarkan data sebagai minyak baharu, iaitu sumber yang memacu inovasi dan kemajuan. 120 zettabait (120, 000,000,000,000,000,000,000 bait) yang dijana pada tahun 2023 dijangka meningkat melebihi 150% pada tahun 2025, kepada 181 zettabait.
Semasa perbincangan panel tentang masa depan pekerjaan, Edith Yeung dari Race Capital mencadangkan bahawa AI akan membebaskan orang ramai daripada melakukan perkara yang mereka tidak mahu lakukan, membebaskan mereka untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna. Rata-rata individu akan menghabiskan 90,000 jam di tempat kerja sepanjang hayat mereka.
Raymond Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengerusi CTH Group menunjukkan bahawa sinergi antara blok rantai dan AI mula muncul dalam penjagaan kesihatan, sains hayat, serta perkhidmatan kewangan. Saiz Pasaran Blok Rantai global dianggarkan kira-kira $7.4 bilion pada tahun 2022 manakala pasaran kecerdasan buatan global dianggarkan bersaiz $428 bilion.
Panel pemodal teroka terkemuka Asia membahaskan bagaimana Asia boleh mengembangkan ekosistem syarikat pemula yang cergas dan berjaya, dengan $22.3 bilion dilaburkan dalam syarikat pemula Asia antara Julai dan September 2023.
Membincangkan kesan pelaburan terhadap kelanjutan usia dan penuaan, Joshua Fink, Pengasas Luma Group, menjelaskan bahawa ubat regeneratif revolusioner, yang diilhamkan oleh penyelidikan yang memenangi Hadiah Nobel, boleh membalikkan sel kepada keadaan pra-penyakit, menawarkan harapan terhadap penyakit genetik.
Duli Yang Teramat Mulia Putera Faisal bin Bandar bin Sultan, Pengerusi Saudi Esports Federation menjelaskan bahawa pertumbuhan sektor permainan yang menakjubkan sepanjang 20 tahun lalu mencapai kadar 12% setahun. Menjelang akhir tahun 2023, adalah diunjurkan bahawa akan ada 3.75 bilion pemain di seluruh dunia.
Dalam sembang santai 'titan of industry' bersama dengan Sir Martin Sorrell, Richard Attias dan Sorrell telah meninjau sektor media global, yang bernilai $950 bilion, dengan bahagian digital diunjurkan akan merangkumi sebanyak 70% menjelang 2025. Mengenai masa depan platform seperti TikTok, Sorrell menjelaskan bahawa dengan pandangan golongan muda dibentuk oleh media sosial yang baharu, isu-isu mengenai keselamatan dan privasi data akan terus berlaku. Membincangkan tentang 'pemperibadian hiper', beliau menegaskan bahawa Coca Cola sedang memikirkan tentang potensi AI untuk menyasarkan mesej individu kepada pengguna.
Rakan Tarabzoni, Ketua Pegawai Operasi FII Institute membentangkan kepada sidang kemuncak tersebut dengan alat ESG inklusif FII, yang telah dilancarkan untuk membantu syarikat dalam pasaran baru muncul meningkatkan kemampanan dan membantu modal pelaburan mencari peneraju prestasi semasa dan masa hadapan. Alat tersebut, yang telah disediakan secara terbuka akan menangani berat sebelah yang terbina dalam kaedah ESG lain dan boleh merungkai jurang pembiayaan pelaburan bernilai $5.4 trilion ke dalam pasaran baru muncul.
Dalam sesi terakhir, TYT Kjell Magne Bondevik bekas Perdana Menteri Norway merangkap Presiden, Pusat Keamanan dan Hak Asasi Manusia Oslo (Oslo Centre for Peace and Human Right) meyakinkan diri beliau bahawa perniagaan yang mengambil perhatian dengan lebih serius terhadap kebimbangan rakyat biasa akan menjadi perniagaan yang berkembang maju pada masa hadapan.
FII Institute telah bekerjasama dengan HKEX dan firma perunding Deloitte untuk mengimbangi pelepasan karbon yang dijana oleh sidang kemuncak tersebut, dengan membeli kredit di bursa HKEX Core Climate, yang menunjukkan keyakinan bersama bahawa pasaran dan perniagaan yang bermatlamat boleh memberi manfaat kepada manusia sebagai kekuatan untuk kebaikan.
Semasa sidang kemuncak tersebut, BOC International menandatangani perjanjian rangka kerja kerjasama strategik dengan SPIC International Finance (Hong Kong) Company Ltd. mengenai kewangan hijau, pelaburan dan pengeluaran bon, serta pengurusan modal global. Penandatanganan tersebut telah disaksikan oleh En. Paul Chan, Setiausaha Kewangan SAR Hong Kong.
Sidang kemuncak tersebut, yang diadakan dengan kerjasama Hong Kong Exchanges and Clearing Limited (HKEX), telah berlangsung di HKEX Connect Hall.
Sidang Kemuncak PRIORITY FII Hong Kong meneruskan perbincangan yang diadakan di Riyadh pada bulan lepas. Ia adalah sebahagian daripada program sidang kemuncak global yang berterusan, yang akan diadakan tahun depan di Miami (Februari), Brazil (Jun) dan Afrika (September).
Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Future Investment Initiative Institute berkata:
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Hong Kong, Hong Kong Exchange dan penduduk bandar yang hebat ini atas sambutan yang mereka tunjukkan kepada kami pada minggu ini. Semasa dunia melakarkan hala tujunya menuju ke hadapan, kita mesti berhati-hati dengan setiap isu yang penting. Sama ada kos sara hidup, membangunkan cara pembayaran baharu, platform media sosial baharu atau kemiskinan, hanya pelaburan dan inovasi yang dapat melakukan perubahan. Para pelabur dan inovator yang hadir pada minggu ini telah mengambil serius isu-isu ini, dan perbualan serta kerja keras akan diteruskan sambil kami berusaha untuk hari esok yang lebih baik."
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
E-mel: Media@fii-institute.org
Tentang FII Institute
Future Investment Initiative (FII) Institute ialah yayasan bukan untung global yang didorong oleh data yang mempunyai satu cabang pelaburan dan satu agenda: Kesan terhadap Kemanusiaan. Bersifat global dan inklusif, kami menghimpunkan golongan bijak pandai dari seluruh dunia dan menukar idea kepada penyelesaian dunia sebenar dalam empat bidang yang penting: Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2296786/Future_Investment_Initiative_Institute_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/4445856/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600