omniture

Merasmikan UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR 2023, Presiden Joko Widodo Sanjung Sokongan BRI dalam Memajukan PMKS

Bank Rakyat Indonesia
2023-12-11 08:54 115

JAKARTA, Indonesia, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Indonesia, Joko Widodo, menyerikan perasmian UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR 2023 BRI, diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) pada 7 Disember 2023. Acara ini, juga merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-128 bank ini, berfungsi sebagai platform untuk PMKS Indonesia berinteraksi dengan pembeli antarabangsa dan memupuk pertumbuhan PMKS. Di bawah tema "Mencipta Hubungan Global", 700 PMKS mengambil bahagian dalam acara selama tiga hari ini, menandakan edisi ke-5 yang berprestij dalam ekspo ini.

Jakarta (7/12)- President Joko Widodo attended the opening ceremony of the BRI's UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR 2023, which brought together 700 MSMEs from across Indonesia. The event, which runs until 10 December, provides a valuable opportunity for MSMEs to compete in the international market.
Jakarta (7/12)- President Joko Widodo attended the opening ceremony of the BRI's UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR 2023, which brought together 700 MSMEs from across Indonesia. The event, which runs until 10 December, provides a valuable opportunity for MSMEs to compete in the international market.

Presiden memuji komitmen BRI untuk memperkasa PMKS Indonesia dengan berkata, "PMKS kita perlu terus meningkatkan status mereka, agar Menuju Digial, Menuju Antarabangsa dan mendominasi pasaran tempatan kita kerana pasaran kita adalah sangat besar, tetapi juga tanpa mengabaikan pasaran eksport dan global."

Menteri Perusahaan Milik Negara, Erick Thohir, turut memuju program BRI, mengetengahkan kejayaan inisiatif seperti acara ini dalam merangsang ekonomi, menyatakan "Ini merupakan suatu asas ekonomi. Dengan sokongan daripada BRI, PMKS yang menunjukkan prestasi kukuh mencerminkan aktiviti perniagaan sebenar dalam masyarakat, memupuk pertumbuhan ekonomi secara positif. Di samping itu, BRI menunjukkan prestasi perbankan yang patut dipuji."

Presiden Pengarah BRI, Sunarso menekankan tanggungjawab institusi ini dalam memajukan PMKS Indonesia. "BRI melihat peluang yang signifikan untuk produk Indonesia dalam pasaran global. Hasil ciptaan negara kita dianggap berdaya saing dari segi kualiti berbanding produk dari negara-negara lain dan nilai perjanjian melalui pemadanan perniagaan BRI UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR terus meningkat setiap tahun."

Selama bertahun-tahun, perjanjian perniagaan ekspo ini menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa: bermula daripada AS$33.5 juta dalam tahun 2019 kepada AS$57.5 juta dalam tahun 2020, meningkat selanjutnya kepada AS$72.1 juta dalam tahun 2021 dan mencapai AS$76.7 juta dalam tahun 2022. Sasaran pada tahun ini adalah untuk mendapatkan kontrak berjumlah AS$80 juta.

Menampilkan 700 PMKS dipilih susun dari seluruh negara ini dalam lima kategori: Hiasan & Kraf Rumah, Makanan & Minuman, Aksesori & Kecantikan, Fesyen & Tekstil serta Penjagaan Kesihatan/Kesejahteraan. BRI UMKM EXPO(RT) BRILIANPRENEUR 2023 berusaha untuk menghubungkan PMKS Indonesia dengan pasaran global, memupuk pengembangan mereka dan memperkukuh eksport negara. Ia menegaskan komitmen BRI untuk meningkatkan PMKS dan menunjukkan daya saing produk Indonesia di persada dunia.

Bagi menyokong pemerkasaan PMKS Indonesia, kunjungi pameran yang sedang berlangsung ini hingga 10 Disember. Untuk maklumat komprehensif mengenai pameran, PMKS atau untuk mendaftar sebagai pembeli, sila kunjungi: www.brilianpreneur.com.

Source: Bank Rakyat Indonesia
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics OTC/SmallCap IRW Licensing/marketing agreements Trade show news