omniture

GCL SI Cetuskan Gelombang di COP28, Perlihatkan Komitmen Teguh Tingkatkan Tiga Kali Ganda Kapasiti Tenaga Boleh Baharu

GCLSI
2023-12-11 19:04 83

DUBAI, UAE, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kali ke-28 yang amat penting, atau Persidangan Pihak-pihak (COP28) kini berlangsung di Dubai, menghimpunkan para pemimpin dan syarikat-syarikat global untuk mengambil tindakan tegas terhadap perubahan iklim. Sebagai sebuah syarikat tenaga boleh baharu yang terkemuka, GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCL SI") memainkan peranan penting di acara ini, berperanan sebagai Penaja Penyokong bagi Wind+Solar Pavilion. Di acara ini, GCL mempamerkan barisan produknya yang mengagumkan, termasuk modul solar tandem perovskit/Si perintis yang pertama di dunia yang mempunyai penarafan kecekapan 26.17% yang luar biasa. Menambahkan kehadiran syarikat ini, Presiden Eksekutif GCL SI, Zhang Kun, menyampaikan ucaptama yang menambah perhatian mengenai pembinaan rantaian bekalan mampan untuk tenaga bersih pada 8 Disember.

Zhang Kun delivering keynote speech at Global Renewables Hub
Zhang Kun delivering keynote speech at Global Renewables Hub

COP28, berlangsung di Dubai antara 30 November dan 12 Disember, mewakili detik penting dalam tadbir urus iklim global, menandakan pencapaian bagi kemajuan tindakan iklim seluruh dunia dan melaksanakan "pengiraan stok global" pertama yang komprehensif bagi pelaksanaan Perjanjian Paris 2015. Objektif utama COP28 adalah untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak tiga kali ganda menjelang tahun 2030 kepada sekurang-kurangnya 11,000 GW, seterusnya mewujudkan peralihan tenaga yang adil, saksama dan inklusif untuk dunia.

Di persidangan ini, Zhang menyampaikan ucaptama dengan tema "Rantaian Bekalan Mampan untuk Tenaga Bersih." Ucapan ini memfokuskan pada penyepaduan proses "sumber, storan, grid dan beban" GCL SI dalam taman industri sifar bersih, memberi gambaran sekilas kepada hadirin terhadap pelan tindakan masa depan zon ekologi hijau. Bermula dari titik asal ke titik penggunaan, taman industri sifar bersih akan melaksanakan strategi pengurangan karbon terbaik. Apabila digunakan sebagai bahan mentah untuk modul solar, silikon granular FBR dapat menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 80% apabila dibandingkan dengan jongkong yang dibuat menggunakan kaedah Siemens. Dalam sektor storan tenaga, ekosistem litium GCL memungkinkan litium untuk dikitar semula dan juga digunakan semula. Di samping itu, penjejakan data hujung-ke-hujung dan perakuan ke atas jejak karbon bermula daripada pembuatan hingga perdagangan digabungkan ke dalam platform rantaian karbon GCL bagi mencapai pemantauan dan pengoptimuman karbon yang teliti. Ia akan menyumbang untuk mengoptimumkan emisi karbon semasa proses pengeluaran dan bagi mematuhi peraturan tarif karbon yang semakin ketat.

"Laluan menuju masa depan lestari dimudahkan dengan inovasi tanpa henti dan tindakan yang berani. Hari ini, ketika kami berdiri di barisan hadapan peralihan tenaga ini, adalah amat penting untuk diingati bahawa setiap watt tenaga boleh baharu yang kita manfaatkan dan setiap amalan lestari yang kita terima pakai, merupakan selangkah menuju dunia yang lebih bingkas dan lebih hijau. Di GCL SI, kami komited untuk mempercepatkan perjalanan ini, mengubah cita-cita menjadi kenyataan demi planet yang lebih bersih," kata Zhang Kun, Presiden Eksekutif GCL SI, semasa hadir di COP 28.

Satu lagi sorotan pada acara ini ialah pameran sel solar berkecekapan tinggi jenis-N GCL, silikon granular FBR dan modul solar tandem perovskit/Si di China Pavilion. Antaranya, modul solar tandem perovskit/Si (279mm×370mm) baru-baru ini mencapai rekod kecekapan perintis yang mencecah lebih 26.17%, yang dijangka akan membawa kepada tenaga elektrik yang lebih murah, mengatasi teknologi sel solar tradisional. Modul ini telah menerima pensijilan berwibawa daripada National Institute of Metrology of China dan jenama ini menyasarkan untuk terus mencapai kejayaan pada skala yang lebih besar bagi menampung penggunaan komersial dan meningkatkan kecekapan pada masa depan.

Berpegang teguh kepada misinya untuk "Menghidupkan Kuasa Hijau", GCL SI tekal memajukan penyelidikan dan pembangunan, mendengar dan memberi tindak balas kepada permintaan pasaran serta menyumbang kepada pembangunan mampan umat manusia dan masyarakat.

Source: GCLSI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Oil/Energy Utilities