omniture

Memecahkan Rekod Terdahulu dengan Margin Yang Ketara... Persidangan Falsafah Antarabangsa Riyadh 2023 Menamatkan Aktivitinya untuk Tahun Ini

Literature, Publishing & Translation Commission
2023-12-11 20:27 99

RIYADH, Arab Saudi, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Kesusasteraan, Penerbitan & Terjemahan (Literature, Publishing & Translation Commission) telah memuktamadkan aktiviti Persidangan Falsafah Antarabangsa 2023 Riyadh (Riyadh International Philosophy Conference), bertemakan "Nilai Rentas Budaya dan Cabaran Etika dalam Zaman Komunikatif," selepas tiga hari menjadi tuan rumah kepada 4,900 pelawat dan menampilkan pelbagai program saintifik, inisiatif pendidikan dan aktiviti yang pelbagai.

Shattering Its Previous Records by a Significant Margin.. Riyadh International Philosophy Conference 2023 Concludes Its Activities for This Year
Shattering Its Previous Records by a Significant Margin.. Riyadh International Philosophy Conference 2023 Concludes Its Activities for This Year

Suruhanjaya itu mengumumkan hasil dan pencapaian strategik persidangan tersebut yang luar biasa yang berlangsung selama tiga hari, termasuk kerjasama dengan 12 rakan kongsi tempatan dan antarabangsa, menandatangani keahlian Persatuan Falsafah Arab Saudi (Saudi Philosophy Society) secara terbuka ke dalam Kesatuan Masyarakat Falsafah Antarabangsa (International Union of Philosophical Societies), dan penambahannya kepada Persidangan Falsafah Antarabangsa (International Philosophy Conference) (Rom, 2024). Persidangan tersebut menghimpunkan beberapa nama terkemuka dalam arena falsafah, termasuk Dr. Simon Critchley, Encik Suleiman Al-Nasser, Dr. Hamou Naqari, Dr. Najib Hassadi, Dr. Malak Al-Juhani, Dr. Cynthia Freeland dan Dr. Robert Bernasconi yang telah mengambil bahagian dalam program saintifik persidangan tersebut, sementara sesetengah lagi menawarkan bengkel kepada pengunjung persidangan.

Persidangan tersebut membincangkan 11 tema utama dan 69 sub-tema, yang dihoskan oleh lebih 70 penceramah antarabangsa dan tempatan, menganjurkan lebih daripada dua puluh bengkel untuk golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa, dan menyampaikan lebih daripada 6 acara dan aktiviti iringan. Dalam konteks ini, Suruhanjaya itu menyatakan tumpuan penting persidangan tersebut terhadap kemajuan penyelidikan dan pertumbuhan akademik, setelah menerima 144 cadangan saintifik dari lebih 20 buah negara. Cadangan ini telah disemak dan dinilai oleh Jurnal Pengajian Falsafah Arab Saudi (Saudi Journal of Philosophical Studies), dengan kira-kira 39 cadangan telah dipilih untuk perbincangan di tempat persidangan tersebut. Selain itu, Suruhanjaya itu turut menganjurkan pertandingan debat falsafah dalam kalangan pelajar universiti Arab Saudi, yang membawa kepada kemenangan satu pasukan pada hari terakhir persidangan tersebut susulan dialog falsafah yang membincangkan kesan pengasingan terhadap diri dan identiti.

Dalam tempoh tiga hari itu, persidangan tersebut telah membentangkan pelbagai pengalaman interaktif yang dipuji pengunjung kerana kepelbagaiannya, yang bertujuan untuk memudahkan konsep falsafah kepada para hadirin. Ini termasuk "Selirat Dilema Berfalsafah (The Maze of Philosophical Dilemmas)," yang menawarkan simulasi kehidupan sebenar bagi kekacauan etika, pameran "Persimpangan Seni dan Falsafah (Intersections of Art and Philosophy)" yang mempamerkan paparan visual pertemuan falsafah dan seni, sebuah pawagam untuk filem pendek falsafah yang menawarkan pengalaman sinematik yang unik, dan "Mural Sejarah Falsafah (Philosophy History Mural)," yang meringkaskan sejarah falsafah secara interaktif dari semasa ke semasa hingga ke hari ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2297208/Philosophy_Conference.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2282654/4448226/LPTC_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2282655/4448227/RIPC_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: Literature, Publishing & Translation Commission
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Publishing/Information Service Trade show news