omniture

Penghormatan Tertinggi dalam Tadbir Urus Korporat untuk Shiv Nadar

HCL Technologies Ltd
2014-08-26 06:15 116

KOLKATA dan NOIDA, India, 26 Ogos 2014 /PRNewswire/ --

- Pengiktirafan melalui Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICSI

Institut Setiausaha Syarikat India (ICSI), badan tertinggi dengan wawasan untuk menjadi peneraju global dalam menggalakkan tadbir urus korporat yang baik, telah mengurniakan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICSI 2013 bagi Kecemerlangan dalam Tadbir Urus Korporat kepada Shiv Nadar, Pengasas & Pengerusi, HCL dan Yayasan Shiv Nadar. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Shri Arun Jaitley, YAB Menteri Kesatuan bagi Kewangan, Pertahanan dan Hal Ehwal Korporat.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140825/703012 )

Anugerah tersebut adalah berikutan beberapa anugerah yang disampaikan baru-baru ini dalam tadbir urus korporat yang diberikan kepada HCL Technologies, termasuklah Anugerah Syarikat Ditadbir Urus Terbaik 2014 daripada The Asian Centre; Anugerah Syarikat Cemerlang Tahun 2014 daripada CNBC dan juga anugerah Warga Korporat oleh kedua-dua PHD Chamber of Commerce serta All India Management Association.

CS R Sridharan, Presiden, ICSI, berkata, "HCL mewakili budaya standard tadbir urus korporat yang kian berkembang dan boleh diterima pada peringkat global. Tahun lalu, ICSI telah mengiktiraf HCL Technologies sebagai syarikat yang terbaik daripada segi tadbir urus. Tahun ini, kami dengan sukacitanya memberi penghormatan kepada Shiv Nadar atas usaha beliau yang boleh diteladani dalam pembangunan institusi dan tadbir urus baik yang telah membantu mewujudkan pertumbuhan yang mampan dan inovatif untuk HCL dalam persekitaran perniagaan yang amat dinamik."

Menerusi penerimaan anugerah itu, Shiv Nadar berkata, "Ini merupakan satu penghormatan besar dan saya mengucapkan terima kasih kepada ICSI dan juri terkemuka atas penghargaan ini. Saya ingin berkongsi anugerah ini dengan lembaga, kepimpinan pengurusan serta kakitangan kami yang telah menetapkan standard tadbir urus yang tinggi. Saya percaya tadbir urus korporat yang baik adalah amat penting dalam meningkatkan daya saing, dan turut mewujudkan pertumbuhan yang menerajui industri dan menguntungkan serta pulangan yang lumayan untuk setiap pihak berkepentingan institusi tersebut."

Anugerah Kebangsaan ICSI bagi Kecemerlangan dalam Tadbir Urus Korporat, dimulakan pada tahun 2001, ialah penghormatan tertinggi dalam tadbir urus korporat di India. Juri bebas terdiri daripada:

  • Justice M. N. Venkatachaliah, Pengerusi Juri & Mantan Ketua Hakim Negara India
  • Dr. Anil K. Khandelwal, Mantan Ketua Pengarah Pemasaran, Bank of Baroda
  • Arun Balakrishnan, Mantan Ketua Pengarah Pemasaran, HPCL
  • Justice B. N. Srikrishna, Mantan Hakim, Mahkamah Agung India
  • Ravi Narain, Naib Pengerusi, NSEIL
  • R. S. Butola, Pengerusi, Indian Oil Corporation
  • Y. C. Deveshwar, Pengerusi, ITC Ltd
  • Y. M. Deosthalee, Ketua Pengarah Pemasaran, L&T Finance Holdings Ltd
  • CS S. N. Ananthasubramanian, Mantan Presiden, ICSI
  • Sunil Kant Munjal, Pengarah Urusan Bersama, Hero MotoCorp Ltd

Hubungi: Kunal Takalkar, +91-9810773217

Sumber: HCL Technologies Ltd

Source: HCL Technologies Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Awards