omniture

Mentakrifkan Semula Keandalan, Geberit Lanjutkan Ketersediaan Alat Ganti kepada 50 Tahun untuk Tangki Tersembunyi dan Plat Penggerak

Geberit Southeast Asia
2023-12-12 12:59 91

SINGAPURA, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Geberit, penyedia yang terkemuka bagi produk dan sistem sanitari, mendedahkan jaminan ketersediaan alat ganti selama 50 tahun untuk semua komponen mekanikal yang boleh diganti bagi tangki tersembunyi mereka, termasuk plat penggerak, awal tahun ini.

Geberit Sigma Duofix concealed cistern individual parts
Geberit Sigma Duofix concealed cistern individual parts

Pelanjutan yang signifikan ini menggandakan jaminan selama 25 tahun sebelum ini, lalu memperlihatkan selanjutnya komitmen Geberit kepada kualiti yang luar biasa dan kepuasan pelanggan dalam tempoh jangka panjang.

Ketahanan – Suatu Penambahan untuk Alam Sekitar dan Pelanggan

Dengan pengalaman pengeluaran dalaman selama lebih lima dekad, Geberit menjamin ketersediaan alat ganti untuk tangki tersembunyi mereka selama lebih 50 tahun, menjadikan penaiktarafan lancar dan komponen individu boleh dibaiki atau diganti dengan mudah. Syarikat ini berbangga dalam penggabungan pembuatan berkualiti dengan ketahanan serta tradisi, memandangkan tangki tersembunyinya telah menghiasi bilik mandi moden selama bertahun-tahun lamanya.

"Di Geberit, kami benar-benar percaya dalam mencipta produk yang mampu tahan lama," kata Michael Allenspach, Pengarah Urusan di Geberit Asia Utara dan Tenggara. "Ketersediaan alat ganti kami selama 50 tahun memperlihatkan dedikasi kami kepada produk yang andal dan tahan lama yang menawarkan kestabilan dan juga ketenangan minda."

Direkayasa untuk kegunaan berat, rangka tangki tersembunyi yang diintegrasikan ke dalam dinding dan tandas mampu menampung beban sehingga 400 kg. Selain itu, setiap tangki menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat dan dibentuk secara tiupan dalam satu bahagian untuk mengelakkan kebocoran dan kecacatan selama beberapa dekad penggunaan.

Penyelenggaraan dan Kebolehnaiktarafan Mudah 

Jaminan 50 tahun yang dilanjutkan ini mengupayakan penyelenggaraan dan kebolehnaiktarafan yang mudah. Dengan keserasian ke belakang bagi komponen yang dipertingkatkan secara berterusan, pelanggan boleh sentiasa mengemas kini teknologi tangki mereka.

Dengan memasang tangki tersembunyi di belakang dinding, Geberit turut memastikan agar komponen teknikal tidak dilihat atau difikirkan semasa mencuci. Reka bentuk tersembunyi ini dapat mengurangkan penggunaan air dan turut meningkatkan kecekapan air.

Pendekatan Mesra Alam, Berfokuskan Pelanggan

Tangki tersembunyi Geberit yang tahan lama memperlihatkan strategi mesra alam dan mengutamakan pelanggan syarikat ini. Jangka hayat yang panjang mengelakkan penggantian awal, menjimatkan tugas dan perbelanjaan yang tidak diperlukan oleh pelanggan dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

"Sebagai sebuah syarikat berfokuskan kelestarian, Geberit menyasarkan untuk mengilangkan produk yang menyumbang kepada matlamat bersama kami sekitar perbualan sumber," kata Michael Allenspach. "Menerusi ciri-ciri yang dibuat untuk prestasi yang berkekalan, tangki tersembunyi kami menggalakkan kitar hayat penggunaan yang dilanjutkan sambil memberikan keandalan dan daya tarikan estetik."

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian penuh produk Geberit, kunjungi www.geberit.com.sg.

Latar Belakang Geberit 

Geberit Group yang beroperasi di peringkat global merupakan peneraju Eropah dalam bidang sistem dan teknologi bilik mandi. Geberit beroperasi dengan kehadiran tempatan yang kukuh di kebanyakan negara Eropah, menyediakan nilai tambahan unik apabila melibatkan teknologi sanitari dan seramik bilik mandi. Jaringan pengeluarannya mencakupi 26 kemudahan pengeluaran, yang mana empat daripadanya terletak di luar negara. Kumpulan ini beribu pejabat di Rapperswil-Jona, Switzerland. Dengan sekitar 12,000 pekerja kira-kira di 50 negara, Geberit menjana jualan sebanyak CHF 3.4 bilion pada tahun 2022. Saham Geberit disenaraikan pada SIX Swiss Exchange dan telah dimasukkan ke dalam SMI (Swiss Market Index) sejak tahun 2012.

Source: Geberit Southeast Asia
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail New products/services