omniture

Huawei Perkenal Pejabat Pintar Pendorong Kreativiti dan Produk Audio Baharu di Dubai

HUAWEI
2023-12-13 12:53 281

DUBAI, UAE, 13 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mengadakan acara pelancaran yang bertemakan "Penciptaan Keindahan" ("Creation of Beauty") di Dubai pada 12 Disember, di mana ia melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2'' dan HUAWEI MateBook D 16, serta fon telinga Dipasang-pada-telinga HUAWEI FreeClip. Pelancaran produk terkini di luar China ini mengikuti jejak langkah acara "Fashion Forward" pada bulan Oktober, yang menyaksikan pendedahan barisan produk boleh pakai baharu. Pameran Dubai ini menandakan hasrat Huawei untuk membangunkan produk canggih yang menggabungkan fesyen dengan teknologi dan menarik minat kumpulan pengguna global yang luas.


 


Penciptaan merupakan usaha sejagat dan Huawei memberikan alat kepada pengguna untuk menyerlahkan kreativiti mereka dengan luar biasa mudah, sejajar dengan tema "Penciptaan Keindahan" acara ini. Di acara pelancaran, Huawei memperkenalkan satu lagi tablet perintis — HUAWEI MatePad Pro 13.2'', yang menampilkan reka bentuk bergaya, Paparan HUAWEI X-True™ dan teknologi HUAWEI SOUNDTM. Tablet baharu ini berfungsi lancar dengan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) yang dikuasakan oleh teknologi NearLink yang menyokong lebih 10,000 tahap penderiaan tekanan, bagi menjadikan penciptaan tanpa sempadan suatu kenyataan harian.


Huawei turut memperkenalkan reka bentuk fon telinga Dipasang-pada-telinga bergaya yang belum pernah dilihat sebelum ini pada HUAWEI FreeClip. Reka bentuk jambatan-C inovatif FreeClip memberi keselesaan mendengar yang optimum, lantaran bentuknya yang lut udara.

Batu loncatan kreatif

Sepanjang dekad yang lalu, tablet Huawei berkembang menjadi peranti pendorong produktiviti, berupaya melaksanakan pelbagai tugas pejabat dan kerja kreatif. HUAWEI MatePad Pro 13.2'' menggabungkan begitu banyak elemen yang telah menjadikan tablet Huawei sangat unik dan membawakan penciptaan di mana-mana sahaja ke tahap serba baharu.


Skrin fleksibel OLED luas tablet ini didatangkan dengan ketebalan 5.5 mm nipis-wafer dan badan seberat 580 g dan dikelilingi oleh bezel 3.4 mm bagi menghasilkan nisbah skrin-kepada-badan[1] 94% yang mengejutkan. Ia merupakan salah satu tablet paling nipis yang pernah dicipta dengan bezel paling sempit dan nisbah skrin-kepada-badan tertinggi. Paparan HUAWEI X-True dan sistem HUAWEI SOUNDTM tablet ini berinteraksi dengan banyak aplikasi dan teknologi yang memperkaya untuk membawakan hiburan audiovisual imersif sepenuhnya.

Stilus HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) yang dikuasakan oleh NearLink dan Papan Kekunci Magnet Pintar HUAWEI, kedua-duanya aksesori tablet, membuka kemungkinan baharu untuk penciptaan.

HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) berhubung dengan tablet melalui NearLink dan menyokong lebih 10,000 tahap penderiaan tekanan dan goresan tindak balas sentuhan tinggi, hasil daripada kependaman rendah NearLink, keupayaan anti-gangguan berkuasa, penentududukan tepat serta daya pemprosesan, keserentakan dan keandalan tinggi. Ciri Colour Capture MatePad membolehkan pengguna memilih warna yang menarik perhatian mereka daripada aplikasi lain dan mencipta sesuatu secara terus dengannya.

Terdapat juga Papan Kekunci Magnet Pintar HUAWEI boleh tanggal serba baharu yang didatangkan dengan pad sentuhan ruang penuh agar tablet boleh kelihatan dan rasa seperti komputer riba mengikut kehendak hati.

HUAWEI MatePad Pro 13.2" melanjutkan legasi tablet Huawei, dengan menampilkan reka bentuk mengagumkan, alat kreatif berkuasa, hiburan imersif dan ciri-ciri pejabat mudah alih di mana-mana sahaja, mengubah pengguna menjadi sumber kreativiti yang banyak.


Apabila seni bertemu teknologi

Huawei turut mendedahkan HUAWEI FreeClip, HUAWEI MatePad Air Edisi PaperMatte dan HUAWEI MateBook D 16 di acara pelancaran.


HUAWEI FreeClip membawa daya reka ke tahap seterusnya dengan reka bentuk jambatan-C yang menjadikan mendengar semasa dalam perjalanan lebih sepadan, selesa dan bergaya berbanding sebelum ini. Peranti ini direka bentuk berdasarkan kepada lebih 10,000 data telinga manusia global, ketukangan ergonomik peringkat-mikron dan ketahanan teruji seperti yang dibuktikan oleh lebih 25,000 ujian keandalan. Reka bentuk jambatan-C berfungsi baik sebagai klik mahupun penyambung untuk fon telinga, bagi meningkatkan keselesaan pemakaian secara menyeluruh.

Apabila digunakan dengan sarung pengecas, FreeClip menyokong sehingga 36 jam mendengar. FreeClip juga dapat mengenal pasti secara automatik telinga kiri dan kanan pemakai dan menyokong panggilan AI Crystal-Clear dan sambungan dwi-peranti, seterusnya menjadikannya hiasan yang bergaya untuk pakaian anda dan peranti audio yang harus dimiliki untuk pengembara kerap dan penggemar aktiviti kecergasan.

HUAWEI MatePad Air Edisi PaperMatte menampilkan Paparan PaperMatte dengan resolusi 2800 x 1840 mengagumkan dan kadar segar semula maksimum 144 Hz untuk penulisan pen-atas-kertas dan pembacaan seperti kertas.

HUAWEI MateBook D 16 menawarkan pemandangan luas dengan Paparan HUAWEI FullView Keselesaan Mata 16-inci, sementara beratnya sama dengan komputer riba 15.6-inci arus perdana. Pemproses siri-H Intel® Core™ Generasi ke-13 mengendalikan berbilang tugas yang intensif dengan amat mudah.

Di acara pelancaran, Huawei turut mengumumkan Aktiviti Mencipta Seluruh Dunia GoPaint akan datang, dijadualkan bermula pada 5 Januari 2024. Dengan memulakan Aktiviti tersebut, Huawei menawarkan platform global kepada pencipta digital memaparkan karya mereka dan menggalakkan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat untuk menonjolkan sisi kreatif mereka. Untuk butiran lanjut, sila rujuk laman web rasmi Huawei.

[1] Data diperoleh daripada Huawei Lab dan konfigurasi berat sebenar, proses pembuatan dan kaedah pengukuran mungkin berbeza.


 

Source: HUAWEI
Keywords: Art Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Office Products Retail Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things