BEIJING, 26 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Para pembeli produk bayi antarabangsa kini boleh memohon untuk penginapan percuma selama tiga malam sewaktu Ekspo Kanak-kanak China 2014 berlangsung pada 14 hingga 16 Oktober di Shanghai. Ekspo Kanak-kanak China serta acara lain yang diadakan serentak dengannya telah memperluas ruang pameran sebanyak lebih 30 peratus bagi mencecah sejumlah 120,000 meter persegi ruang pameran dan mengalu-alukan anggaran 1,300 pempamer global serta 80,000 pengunjung dari seluruh dunia.
Pihak penganjur menjemput semua pembeli antarabangsa untuk melawat platform perdagangan yang paling profesional dan berkesan di China. Para pengimport, pengedar serta peruncit rangkaian yang berminat mesti membuat pendaftaran awal secara dalam talian sebelum 31 Ogos dan menghubungi pihak penganjur untuk pengesahan profil bagi mendapatkan penginapan percuma itu.
Daftar awal dalam talian di http://system.china-kids-expo.com/2014/babycarrier/visitor/prereg.asp.
Pada hujung bulan Julai, para pembeli antarabangsa pameran itu yang membuat pendaftaran awal telah meningkat sebanyak 200 peratus berbanding tahun lepas. Peruncit terkemuka termasuk Carrefour, Home Retail Group, dan juga Kmart semuanya telah membuat pendaftaran secara dalam talian untuk turut hadir.
Para pengeluar China yang sedia untuk pengeksportan bakal mencapai tahap tinggi baharu, mendapatkan sumber dengan yakin
Sehingga kini, pempamer baharu pada tahun 2014 telah mencecah sebanyak 60 peratus, 84 peratus daripadanya merupakan pengeluar China. Secara keseluruhannya, 88 peratus pempamer China bersedia untuk pengeksportan tahun ini. Semua pengeluar ini, tidak kira kecil atau besar, mengambil pesanan antarabangsa, mempunyai tahap keandalan tinggi serta kemampuan untuk inovasi produk dan kawalan kualiti bagi memenuhi pelbagai permintaan pembeli global.
Jenama kereta sorong, kerusi keselamatan kereta serta kereta tolak mainan terus kekal sebagai produk popular dalam semua pesta produk bayi
Rantau penghasilan utama di China untuk kereta sorong bayi, kereta tolak mainan bayi dan juga kerusi keselamatan kereta seperti Kunshan, Ningbo, Pinghu, Cixi di China Timur, Zhongshan, Dongguan di China Selatan, serta Pingxiang di China Utara semuanya telah menganjurkan kilang tempatan untuk membuat pameran setiap tahun, lalu membuatkannya platform penyumberan ideal untuk para pembeli antarabangsa. Lebih penting lagi, kebanyakan mereka merupakan pempamer baharu dan tidak pernah melakukan pameran di mana-mana acara perdagangan lain sebelum ini. Ini satu-satunya pameran di China yang membolehkan anda melihat mereka semua.
Dianjurkan bersama oleh CTJPA dan Kolenmesse, Ekspo Kanak-kanak China diadakan setiap bulan Oktober di Shanghai serentak dengan Ekspo Pelesenan China serta Ekspo Barangan Mainan China, yang merupakan pesta barangan mainan terbesar di tanah besar China.
Hubungi En. Kent Luo melalui e-mel luoliping@tjpa-china.org, atau nombor telefon +86-10-66038881 samb. 226. Layari http://www.china-kids-expo.com/magen/ untuk maklumat lanjut.
Latar belakang Persatuan Barangan Mainan & Produk Kanak-kanak China (CTJPA)
CTJPA ialah persatuan perdagangan bukan untung yang mewakili kepentingan industri barangan mainan dan produk kanak-kanak China. Pihak kerajaan, bidang perdagangan, media serta pengguna mengiktiraf CTJPA sebagai suara yang berpengaruh dalam industri ini.