GAYDON, England, 13 Disember 2023 /PRNewswire/ -- JLR bekerjasama dengan Tata Communications, pemain commtech (teknologi komunikasi) global, untuk membuktikan transformasi digitalnya pada masa hadapan dan membuka laluan bagi piawaian baharu seperti Industri 4.0 dan analisis canggih.
Perkongsian tersebut akan memperkasakan pengeluaran kenderaan generasi akan datang JLR, bahagian penting dalam strategi Pembaharuan Semula dan menyediakan asas kesalinghubungan untuk fasa transformasi digital seterusnya untuk organisasi.
Tata Communications akan menggunakan teknologi rangkaian kawasan luas (SD-WAN) yang diutamakan kepada awan, ditakrifkan perisian, menghubungkan semua 128 tapak JLR di seluruh dunia. Keupayaan sambungan global canggih ini — antara Ibu Pejabat global JLR dan kilang, gudang, pusat jualan, pusat data dan perkhidmatan awannya, akan meningkatkan kecekapan dan keselamatan rantaian bekalan dengan ketara.
Transformasi akan membolehkan JLR membawa masuk pengumpulan, pemantauan dan analisis data yang dikuasakan AI dalam masa nyata untuk meningkatkan prestasi barisan pengeluaran. Melalui kawalan pengurusan risiko ramalan, pembuat kereta akan dapat mengenal pasti potensi anomali dengan lebih berkesan – memacu kecekapan yang lebih besar sambil turut membantu memastikan kualiti kenderaan yang dihasilkan.
Selanjutnya, perkongsian ini akan memendekkan dengan ketara masa untuk menaik taraf proses pembuatan, mengukuhkan daya tahan operasi dan meningkatkan ketangkasan untuk memenuhi permintaan pengeluaran. JLR menganggarkan penjimatan kos yang ketara dan pertambahan manfaat perniagaan melalui operasi berskala dan keselamatan. Tata Communications telah pun memulakan pelaksanaan program transformasi rangkaian dan akan menyelesaikan penggunaan tersebut menjelang tahun 2025.
Mengulas tentang perkongsian tersebut, Ketua Pegawai Digital dan Maklumat Kumpulan JLR, Tony Battle, berkata: "Ini adalah fasa yang menarik dalam transformasi digital perniagaan kami, memanfaatkan teknologi dan keupayaan Tata Communications yang akan melonjakkan rangkaian kami ke masa hadapan.
"Beralih ke SD-WAN bermakna kami boleh menggunakan automasi dikuasakan AI untuk meramalkan kelemahan, campur tangan secara proaktif, mencegah masalah dan melaksanakan dengan lebih berkesan pada skala global merentas rangkaian kami. Platform sambungan yang canggih akan membantu kami membina ekosistem bertaraf dunia yang kami perlukan untuk menyampaikan kenderaan mewah moden dan pengalaman pemanduan yang luar biasa."
Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran Tata Communications, Sumeet Walia, berkata: "JLR ialah ciri global untuk kemewahan dan inovasi automotif. Memandangkan industri berkembang pesat, ini adalah masa yang menarik untuk mengukuhkan lagi hubungan kami dan menyokong strategi transformasi digitalnya. Tata Communications sedang menggunakan 'pembuatan digital', yang terdiri daripada infrastruktur, platform dan perkhidmatan terurus kami yang tangkas, yang akan membantu menyepadukan sistem, tenaga kerja, pembekal, pihak berkepentingan dan pelanggan JLRdi seluruh dunia, menyampaikan aliran data yang lancar untuk memperkayakan aspek utama ekosistem perniagaan.
"Kerjasama ini juga akan membawa komitmen bersama kami ke arah kelestarian dengan lebih jauh, kami berpadu tenaga dengan JLR untuk mengubah barisan pengeluaran kenderaan generasi seterusnya secara digital"
JLR dan Tata Communications telah menjalin perkongsian sejak sekian lama. Platform MOVE™ Tata Communications membolehkan penyelesaian kereta berhubung untuk menguasakan platform infotainment dan telematik dalam lebih 600,000 kenderaan JLR dengan kesalinghubungan secara lancar merentasi lebih 100 pasaran.
Kerjasama ini adalah contoh lanjut bagaimana JLR mempercepatkan penyampaian strategi Pembaharuan Semula melalui kerjasama dengan para peneraju dalam bidang mereka sambil memacu sinergi dan kecemerlangan perniagaan dalam Tata Group yang lebih luas.
Tentang JLR
Strategi Pembaharuan Semula JLR menyampaikan wawasan yang kaya kelestarian dari reka bentuk mewah yang moden.
Kami sedang mengubah perniagaan kami ke arah sifar karbon merentas rantaian bekalan, produk dan operasi kami menjelang tahun 2039. Kami telah menetapkan pelan hala tuju untuk mengurangkan pelepasan merentas operasi dan rantaian nilai kami sendiri menjelang tahun 2030 melalui sasaran berdasar sains yang telah diluluskan. Elektrifikasi adalah teras kepada strategi ini dan sebelum berakhirnya dekad ini, koleksi Range Rover, Discovery, Defender kami setiap satunya akan mempunyai model elektrik tulen, sementara Jaguar akan menjadi model elektrik sepenuhnya.
Secara keseluruhannya, kami adalah syarikat British, dengan dua tapak kejuruteraan dan reka bentuk, tiga fasiliti pengilangan kenderaan, sebuah pusat pengilangan enjin dan sebuah pusat pemasangan bateri di UK. Kami juga mempunyai kilang kenderaan di China, Brazil, India, Austria dan Slovakia, serta tujuh hab teknologi di seluruh dunia.
JLR ialah anak syarikat milik penuh Tata Motors Limited, sebahagian daripada Tata Sons.
Tentang Tata Communications
Sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah pendaya ekosistem digital global yang menjana ekonomi digital yang berkembang pesat hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kerjasama dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah syarikat Fortune 500 merupakan pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com.
TATA dan TATA COMMUNICATIONS ialah tanda dagangan Tata Sons Private Limited di India dan beberapa negara lain.
Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited tersedia di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
© 2023 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2268954/4387625/Tata_Communications_Logo.jpg?p=medium600