omniture

Aramco akan mengambil alih 40% kepentingan dalam Gas & Oil Pakistan

Aramco
2023-12-13 18:00 33

DHAHRAN, Arab Saudi, 13 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Aramco, salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu terkemuka di dunia, hari ini menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh 40% pegangan ekuiti dalam Gas & Oil Pakistan Ltd. ("GO").

GO, pengendali bahan api hiliran, pelincir dan kedai serbaneka pelbagai yang merupakan salah sebuah syarikat peruncitan dan penyimpanan terbesar di Pakistan. Urus niaga ini tertakluk kepada syarat lazim tertentu, termasuk kelulusan kawal selia.

Pengambilalihan yang dirancang merupakan kemasukan pertama Aramco ke dalam pasaran runcit bahan api Pakistan, memajukan strategi Syarikat untuk memperkukuhkan rantaian nilai hilirannya di peringkat antarabangsa.  

Urus niaga ini akan membolehkan Aramco mendapatkan cawangan tambahan untuk produk bertapis dan seterusnya menyediakan peluang pasaran baharu untuk pelincir berjenama Valvoline, berikutan pengambilalihan Aramco bagi perniagaan produk global Valvoline Inc. pada bulan Februari 2023.

Mohammed Y. Al Qahtani, PresidenAramco Downstream, berkata: "Pemerolehan runcit terancang kedua kami tahun ini sejajar dengan strategi pengembangan hiliran Aramco, dengan laluan jelas ke hadapan untuk mengembangkan portfolio penapisan, pemasaran, pelincir, perdagangan dan bahan kimia bersepadu di seluruh dunia. GO mempunyai kapasiti storan yang ketara, aset berkualiti tinggi dan potensi pertumbuhan, yang akan membantu melancarkan jenama Aramco di Pakistan."

Tentang Aramco 

Aramco ialah sebuah syarikat tenaga dan bahan kimia global yang bersepadu. Kami didorong oleh kepercayaan teras kami bahawa tenaga merupakan peluang. Pasukan global kami berdedikasi untuk mencipta impak dalam semua perkara yang dilakukan, daripada menghasilkan kira-kira satu bagi setiap lapan tong bekalan minyak dunia hinggalah membangunkan teknologi tenaga yang baharu. Kami fokus untuk menjadikan sumber kami lebih dipercayai, lebih lestari dan lebih bermanfaat. Ini membantu menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh dunia. www.aramco.com

Penafian 

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan. Semua pernyataan selain daripada pernyataan yang berkaitan dengan fakta sejarah atau fakta semasa yang disertakan dalam siaran akhbar ini merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan memberikan jangkaan dan unjuran semasa Syarikat yang berkaitan dengan perbelanjaan modal dan pelaburannya, projek utama, prestasi huluan dan hiliran, termasuk perkara yang relatif kepada rakan setara. Pernyataan ini mungkin termasuk, tetapi tidak terbatas kepada sebarang pernyataan yang didahului, diikuti atau merangkumi perkataan seperti "sasar," "percaya," "jangka," "bermatlamat," "berniat," "boleh," "anggar," "rancang," "unjur," "mempunyai," "mungkin," "sepatutnya," "mampu," serta perkataan dan istilah lain dengan makna yang serupa atau negatif kepadanya. Pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor penting lain di luar kawalan Syarikat yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar Syarikat berbeza secara material daripada jangkaan hasil, prestasi, atau pencapaian yang dinyatakan secara tersurat atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini termasuk faktor-faktor berikut: bekalan dan permintaan minyak mentah antarabangsa dan harga ia menjual minyak mentah; kesan pandemik atau penyakit berjangkit terhadap perniagaan dan keadaan ekonomi serta terhadap bekalan dan permintaan untuk minyak mentah, gas dan produk ditapis dan petrokimia; tekanan persaingan; kebimbangan dan kesan perubahan iklim; cuaca; kitaran sektor gas, minyak, penapisan dan petrokimia; keganasan dan konflik bersenjata; perkembangan ekonomi atau politik yang buruk; risiko dan bahaya operasi dalam industri minyak dan gas, penapisan dan petrokimia; sebarang penyimpangan atau perubahan ketara dalam keadaan ekonomi dan operasi sedia ada yang boleh menjejaskan anggaran kuantiti dan nilai rizab terbukti Syarikat; kerugian akibat risiko yang berkaitan dengan insurans yang tidak mencukupi; keupayaan Syarikat untuk melaksanakan projek semasa dan akan datang; perbandingan antara tempoh; keupayaan Syarikat untuk memperoleh manfaat daripada pengambilalihan terbaharu dan akan datang, termasuk yang berkenaan dengan SABIC; risiko yang berkaitan dengan operasi di beberapa negara; pergantungan Syarikat kepada pengurusan kanan dan kakitangan utamanya; kebolehpercayaan dan keselamatan sistem IT Syarikat; litigasi yang berkaitan atau mungkin berkaitan dengan Syarikat; risiko berkaitan minyak, gas, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan serta peraturan lain yang memberi kesan kepada industri di tempat Syarikat beroperasi; risiko yang berkaitan dengan operasi antarabangsa, termasuk sekatan dan sekatan perdagangan, undang-undang antisogokan dan antirasuah serta undang-undang dan peraturan lain; risiko yang berpunca daripada syarat-syarat untuk mendapat, mengekal dan memperbaharui lesen, permit dan kelulusan kerajaan; risiko yang berpunca daripada undang-undang, peraturan, dan syarat-syarat atau jangkaan lain yang sedia ada dan berpotensi berkaitan dengan perlindungan alam sekitar, undang-undang dan peraturan kesihatan dan keselamatan, serta penjualan dan penggunaan bahan kimia dan plastik; potensi perubahan dalam pampasan penyamaan yang diterima berkaitan dengan penjualan hidrokarbon domestik; potensi kesan terhadap kadar cukai jika Syarikat tidak memisahkan perniagaan hilirannya dalam jangka masa yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi; risiko yang berkaitan dengan projek yang diarahkan oleh Kerajaan serta peraturan lain yang ditetapkan Kerajaan, termasuk peraturan yang berkaitan dengan tahap maksimum pengeluaran minyak mentah dan sasaran Kapasiti Mampan Maksimum (MSC) yang ditetapkan oleh Kerajaan; serta kepentingan industri hidrokarbon kepada Kerajaan; ketidakstabilan politik dan sosial serta pergolakan dan konflik bersenjata sebenar atau yang berpotensi berlaku di wilayah tempat Syarikat beroperasi dan kawasan lain; turun naik kadar faedah dan kadar pertukaran; risiko yang timbul sekiranya Kerajaan menghapuskan atau menukar tambatan SAR kepada dolar AS; serta risiko dan ketidakpastian lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini, seperti yang dinyatakan dalam laporan terkini Syarikat yang difailkan dengan Bursa Saham Arab Saudi secara berkala. Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang potensi risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada keputusan yang diramalkan, sila lihat laporan terkini Syarikat yang difailkan dengan Bursa Saham Arab Saudi secara berkala. Pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian adalah berdasarkan pelbagai andaian tentang strategi perniagaan Syarikat pada masa ini dan akan datang serta persekitaran operasinya pada masa hadapan. Maklumat yang terkandung dalam siaran akhbar ini, termasuk namun tidak terhad kepada pernyataan berpandangan ke hadapan, hanya terpakai pada tarikh siaran akhbar ini dan tidak bertujuan untuk menjamin sebarang keputusan pada masa hadapan. Syarikat secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab atau kewajiban untuk menyebarkan sebarang kemas kini atau pindaan terhadap siaran akhbar ini, termasuk mana-mana data kewangan atau pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya, melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan yang berkenaan. Tiada sesiapa boleh menganggap bahawa siaran akhbar ini merupakan satu bentuk nasihat kewangan, cukai atau pelaburan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

@aramco 

 

 

Source: Aramco
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy Retail Utilities Acquisitions, mergers, takeovers New products/services