omniture

Keputusan Sulung Recall - Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2014

Recall Holdings Limited
2014-08-26 17:24 145

-- Pertumbuhan hasil sebanyak +6.7%, melebihi panduan

-- Platform tersedia untuk pertumbuhan

SYDNEY, 26 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Recall Holdings Limited (ASX: REC), peneraju global dalam pengurusan maklumat, hari ini mengeluarkan set pertamanya untuk keputusan setahun penuh. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kewangan dalam pengumuman ini dibentangkan berdasarkan asas pro forma, seolah-olah struktur entiti yang sah Recall setakat 18 Disember 2013 (tarikh Penyahgabungan daripada Brambles) masih wujud bagi kedua-dua tempoh laporan[1]. Lembaga Recall percaya maklumat kewangan pro forma ini ialah asas yang paling sesuai untuk menilai prestasi Recall bagi semua keputusan ini. Kewangan dinyatakan dalam USD dan perbandingan dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya dinyatakan dalam asas mata wang tetap[i].

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20131210/NE30561LOGO

 

Sorotan kewangan pro forma




Tahun Kewangan 2014

Tukaran Asing Sebenar

Tahun Kewangan 2014

Tukaran Asing Tetap

Tahun Kewangan 2013

Tukaran Asing Sebenar

 % Perubahan
Tukaran Asing Tetap









Hasil




$836.1J

$861.0J

$807.1J

+6.7%









EBITDA pendasar




$199.6J

$208.5J

$196.8J

+5.9%









Keuntungan pendasar




$133.1J

$140.5J

$135.4J

+3.7%









Pendapatan per syer pendasar (US sen per syer)




22.4












Dividen (AUD sen per syer)




8.0




 

  • Penyahgabungan daripada Brambles dimuktamadkan dengan jayanya
  • Pertumbuhan hasil mantap sebanyak +6.7% - melebihi panduan
  • Pertumbuhan dalam keuntungan pendasar sebanyak +3.7% - sejajar dengan panduan
  • Pegangan karton meningkat sebanyak +9.2% - semua rantau memberikan pertumbuhan karton bersih
  • Pertumbuhan hasil Penyelesaian Pengurusan Dokumen (DMS) +9.1%
  • Kejayaan mendapatkan pelanggan baharu besar memberikan momentum kukuh untuk tahun kewangan 2015 dan selanjutnya
  • Enam pemerolehan dimuktamadkan; menambah hasil meningkat kira-kira $44 juta semasa tahun kewangan 2015
  • Hutang bersih dikurangkan menjadi $484 juta pada 30 Jun 2014, turun daripada $502 juta pada 31 Disember 2013 (hutang bersih berbanding pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan adalah kira-kira 2.4X pada 30 Jun 2014)
  • Sebahagian besar perluasan organisasi telah sempurna – kos overhed, sebagai peratusan hasil, bakal mencapai tahap mendatar pada tahun kewangan 2015
  • Program penambahbaikan berterusan (IMPACT) memacu kecekapan kos
  • Permulaan pelaksanaan Program Pengoptimuman Kemudahan besar-besaran
  • Strategi digital yang menyokong pertumbuhan masa hadapan akan dilancarkan pada tahun kewangan 2015
  • Penilaian strategik Perkhidmatan Pemusnahan Selamat (SDS) – Pelan penambahbaikan Amerika Utara dilaksanakan dan perniagaan SDS Jerman akan dijual
  • Dividen pertama ditentukan - 8.0 sen Australia per syer

Diminta memberi komen tentang keputusan ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Doug Pertz berkata, "Semasa tahun kewangan pertama kami sebagai syarikat awam, Recall telah menetapkan platform untuk pertumbuhan dan telah menunjukkan kemajuan dalam setiap daripada tiga matlamat strategik kami: pertumbuhan mampan yang menguntungkan, kecemerlangan pengendalian serta inovasi untuk masa hadapan, yang termasuklah strategi digital yang benar-benar dibezakan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham kami, para pelanggan dan juga kakitangan kami atas semua sokongan anda sewaktu tahun pertama yang sangat menguntungkan ini.

"Recall telah menjana pertumbuhan hasil jualan sebanyak +6.7%, melebihi panduan yang diberikan semasa kemas kini perdagangan separuh tahun. Pertumbuhan dipercepat ini telah dicapai melalui +3.0% pertumbuhan organik dan +3.7% pertumbuhan pemerolehan. Hasil simpanan/pengekalan juga bertambah sebanyak +7.0% manakala perkhidmatan dan aktiviti pula turut meningkat +7.1%.

"Prestasi hasil kumpulan ini juga dikuatkan dengan pertumbuhan DMS sebanyak +9.1%, di manadengan jumlah karton bersih bertambah sebanyak +9.2%. Semua rantau telah menjana pertumbuhan karton bersih. Hasil Perkhidmatan Perlindungan Data (DPS) naik sebanyak +11.7%, kerana pertumbuhan organik dan impak pemerolehan Recall Singapore.

"Hasil dan pendapatan keseluruhan mendapat impak negatif daripada SDS, yang telah mengalami penurunan hasil sebanyak -8.6% kerana peletakan semula harga seorang pelanggan utama dan pemuktamadan kontrak besar di Amerika Utara semasa tahun kewangan 2013. Selepas penilaian strategik penuh, unit SDS Amerika Utara telah melaksanakan pelan peningkatan perniagaan, yang patut menghasilkan margin yang lebih besar serta pertumbuhan hasil pada tahun kewangan 2015. Tambahan lagi, perniagaan SDS Jerman juga akan dijual.

"Recall berjaya mendapat kontrak dengan banyak pelanggan besar semasa tahun kewangan 2014, termasuk HSBC, QBE, agensi Kerajaan Kanada dan BNP Paribas Personal Finance, menyokong momentum pertumbuhan organik yang mantap menuju tahun kewangan 2015 dan selanjutnya. Enam pemerolehan telah dimuktamadkan sejak Penyahgabungan itu dan pelan perancangan pemerolehan kami sedang membesar. Ini pencapaian signifikan yang akan terus mempercepat pertumbuhan mampan yang menguntungkan.

"Sebagai komponen penting dalam matlamat strategik ketiga kami, inovasi untuk masa hadapan, Recall sedang membangunkan perkhidmatan digital tersendiri bagi membolehkan para pelanggan menjamin keselamatan, mengurus dan turut mentadbir semua kandungan fizikal dan digital mereka, tanpa mengira lokasinya. Dua produk sedang dibangunkan, Gerbang Pelanggan Recall dan Penyelesaian Pentadbiran Maklumat, yang disasarkan pada pelanggan Recall sedia ada serta yang berpotensi, dengan tumpuan terhadap pasaran Perusahaan Kecil dan Sederhana. Ujian percubaan sedang dijalankan dan permulaan komersilnya dijadualkan menjelang tahun kewangan 2015 kelak."

Keputusan serantau

Rantau Recall menunjukkan kemajuan signifikan pada tahun kewangan 2014. Negara benua Amerika telah melaporkan pertumbuhan hasil jualan sebanyak +4.1%, sebahagian besarnya dipacu oleh jumlah dan harga DMS dipertingkat, diseimbangkan dengan hasil SDS yang menurun. Tambahan lagi, semua talian perkhidmatan Brazil telah merealisasikan pertumbuhan digit berganda. Eropah telah memberikan pertumbuhan hasil +8.0%, dipacu oleh kebangkitan semula aktiviti DMS dan disokong oleh laba produktiviti jualan. Hasil di Asia meningkat secara signifikan, termasuk pemerolehan Recall Singapore[2], disokong oleh pertumbuhan organik positif daripada segi jumlah dan aktiviti.

Di Australia/New Zealand, hasil menurun sebanyak -0.9%. Dalam persekitaran pasaran berdaya saing, Recall telah menjana pertumbuhan karton positif dan turut mengekalkan kedudukannya yang memacu pasaran. Peningkatan hasil perkhidmatan dan laba jumlah diseimbangkan dengan peletakan harga strategik. Dengan tumpuan pada jualan dan pemasaran, disokong oleh program penambahbaikan pengendalian, pertumbuhan hasil serta peningkatan pendapatan dijangka akan berlaku semasa tahun kewangan 2015. Tambahan lagi, Recall telah menandatangani Surat Hasrat dengan salah satu bank utama di Australia bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan rekod eksklusif sebagai sebahagian daripada persetujuan jangka panjang dan baru-baru ini telah memuktamadkan pemerolehan selit Access Records Management.

Kewangan

Sewaktu tahun 2014, tumpuan pada kecemerlangan pengendalian telah memberikan peningkatan margin kasar sebanyak 0.8 ppts. Recall menyasarkan penambahbaikan lanjut melalui Program Pengoptimuman Kemudahan, kadar sewaan asas bangunan dan penggunaan bangunan yang lebih tinggi, kawalan berterusan untuk kos langsung dan tumpuan lebih tajam ke atas penyumberan strategik.

Kos overhed meningkat sebagai peratusan hasil sebahagian besarnya kerana perluasan kemampuan jualan dan pemasaran.

Penjanaan aliran tunai meningkat dalam separuh kedua tahun kewangan 2014. Seterusnya, hutang bersih setakat 30 Jun 2014 dicatatkan pada $484 juta, turun daripada $502 juta setakat 31 Disember 2013. Penurunan ini termasuklah pengeluaran dana sebanyak $47 juta untuk pemerolehan CitiStorage. Setakat 30 Jun 2014, nisbah hutang bersih berbanding pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan adalah sebanyak kira-kira 2.4x, dan masih terkandung dalam julat perjanjian pembiayaan Recall sebanyak kurang 3.5x.

Jumlah perbelanjaan modal semasa tahun itu adalah sebanyak $72.8 juta, kebanyakan daripadanya adalah untuk pertumbuhan perniagaan. Khususnya, Recall telah melabur dalam kemampuan peletakan sewa asas, kos pemerolehan klien serta kemudahan DMS baharu di AS, Kanada, Brazil, Malaysia, India dan juga Thailand.

Lembaga telah menetapkan dividen akhir sebanyak 8.0 AUD sen per syer, yang tidak akan dipotong cukai dividen dan dikelaskan sebagai pendapatan asing saluran 100%, akan dibayar dalam dolar Australia pada 23 Oktober 2014, kepada para pemegang saham dalam daftar Recall pada 1 Oktober 2014.

Pandangan am dan polisi dividen

Recall yakin tindakan yang diambil semasa tahun kewangan 2014 telah menetapkan platform untuk mempercepat pertumbuhan yang mampan dan menguntungkan.

Momentum pertumbuhan organik sedang meningkat, dipacu oleh kejayaan mendapat pelanggan terkini dan disokong oleh pelaburan semula dalam kemampuan jualan dan pemasaran. Tambahan lagi, pemerolehan yang dimuktamadkan semasa tahun kewangan 2014 dan setakat ini pada tahun kewangan 2015 akan menambah pertumbuhan hasil sebanyak lebih +5% pada tahun kewangan 2015.

Pelaburan semula dalam jualan, pemasaran dan sumber lain boleh dikatakan sudah hampir lengkap. Memandangkan impak kos setahun penuh diambil kira, overhed sebagai peratusan hasil dijangka akan mencapai tahap mendatar lewat tahun kewangan 2015. Tambahan lagi, kos pengendalian dan modal meningkat berkaitan dengan pembangunan produk digital akan didahulukan.

Pada tahun kewangan 2015, Recall menjangka akan memberikan pertumbuhan hasil menghampiri digit tunggal yang tinggi, manakala pertumbuhan pendapatan sebelum faedah dan cukai pula akan menjadi kurang daripada pertumbuhan hasil, berdasarkan asas mata wang tetap, dan selepas diselaraskan bagi penyingkiran perniagaan SDS Jerman akan datang.

Kadar cukai berkesan kumpulan ini pada tahun kewangan 2015 dijangka akan menjadi kira-kira 37 peratus.

Lembaga Recall telah menggunakan polisi dividen dengan nisbah pembayaran dividen sasaran jangka panjang sebanyak 55 hingga 70 peratus daripada untung bersih selepas cukai, selepas mengambil kira keperluan pembiayaan masa hadapan perniagaan ini. Polisi ini akan sentiasa dinilai oleh Lembaga dan mungkin akan diubah pada bila-bila masa.

Lembaga telah mengesahkan yang Recall berniat untuk memotong cukai dividen masa hadapan ke paras boleh laksana, yang berkemungkinan besar bermakna akan ada pemotongan separa cukai dividen dalam jangka masa sederhana. Komponen yang tidak dipotong cukai dividen untuk dividen Recall yang dibayar kepada penduduk bukan Australia sepatutnya menjadi pendapatan asing saluran ke paras boleh laksana dan oleh itu tidak tertakluk kepada cukai penangguhan Australia. Namun begitu, ada risiko sebahagian atau semua komponen tidak dipotong cukai dividen akan tertakluk kepada cukai penangguhan Australia.

Pandangan umum Recall adalah berdasarkan andaian berkenaan strategi perniagaan semasa dan masa hadapan, serta persekitaran tempat Recall beroperasi dalam masa hadapan. Keputusan masa hadapan Recall tertakluk kepada keadaan pasaran dan kejadian serta risiko yang tidak boleh diramalkan yang mungkin akan terjadi. Siaran pendapatan ini, pembentangan pelabur, Lampiran 4E serta butiran panggilan persidangan/siar web semuanya boleh didapati di laman web Perhubungan Pelabur di Recall.com.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Perhubungan Pelabur

Pertanyaan Media AS

Bill Frith

MSLGROUP

Pengarah Kanan, Perhubungan Pelabur

David Sprague atau Amanda Fountain

Bill.Frith@recall.com

Recall@mslgroup.com

+61-2-9582-0244

+1-781-684-0770

Latar belakang Recall
Recall ialah peneraju global dalam penyelesaian pengurusan maklumat, menawarkan pelanggan pengurusan lengkap untuk semua maklumat fizikal dan digital mereka. Penyelesaian inovatif Recall memperkasa organisasi untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik sepanjang kitar hayat maklumat itu, sambil menjamin pematuhan kawal selia dan menyingkirkan penggunaan sumber, masa serta kos yang tidak diperlukan. Recall menyediakan perkhidmatan kepada lebih 80,000 akaun pelanggan dalam lebih 300 kemudahan terkhusus, merentasi lima benua di 24 negara. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati recall.com.

Data kewangan terpilih 

Penyata pendapatan pro forma


Tahun Kewangan 2014

Tahun Kewangan 2014

Tahun Kewangan 2014

% Perubahan

US $J

Tukaran Asing Sebenar

Tukaran Asing Tetap

Tukaran Asing Sebenar

Tukaran Asing Tetap






Hasil

836.1

861.0

807.1

6.7%

Kos pengendalian

703.0

720.5

671.6

7.3%

Keuntungan pendasar

133.1

140.5

135.4

3.7%

% margin untung pendasar

15.9%

16.3%

16.8%


Susut nilai dan pelunasan

66.5

68.0

61.4

10.8%

EBITDA pendasar

199.6

208.5

196.8

5.9%

% EBITDA pendasar

23.9%

24.2%

24.4%








 

Penyata aliran tunai pro forma



Tahun Kewangan 2014

Tahun Kewangan 2013

US $J

Tukaran Asing Sebenar

Tukaran Asing Sebenar

Keuntungan pendasar

133.1

135.4

Susut nilai dan pelunasan

66.5

61.4

EBITDA Pendasar

199.6

196.8

Perubahan dalam modal kerja

(22.7)

25.5

Pendapatan daripada penyingkiran

6.8

10.9

Lain-lain

(0.7)

(1.8)

Aliran tunai bekerja

182.9

231.4

Perbelanjaan modal

(72.8)

(78.4)

Aliran tunai bekerja selepas perbelanjaan modal

110.1

153.0















Kunci kira-kira statutori

Kunci kira-kira yang dinyatakan di bawah telah diambil daripada Lampiran 4E yang telah disediakan berdasarkan asas syarat statutori di bawah Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Standard Perakaunan Australia (AAS), agar keputusan entiti yang dibeli sebagai sebahagian daripada penyahgabungan daripada Brambles Limited (Brambles) hanya telah dimasukkan bermula tarikh pemerolehannya. Oleh itu, kedudukan kewangan statutori dan prestasi kewangan Recall setakat dan pada tahun yang berakhir pada 30 Jun 2014 termasuklah sebilangan entiti yang tidak termasuk dalam keputusan kewangan 2013.



Tahun Kewangan 2014

Tahun Kewangan 2013

US $J

Tukaran Asing Sebenar

Tukaran Asing Sebenar

ASET



Tunai dan kesamaan tunai

72.1

6.1


Dagangan dan kebolehterimaan lain

177.5

66


Inventori / Aset lain

18.6

0.8


Jumlah aset semasa

268.2

72.9


Harta, loji, peralatan

432.3

68.7


Muhibah

651.0

125.8


Aset tidak ketara

107.6

38.0


Aset lain

8.9

0.5


Jumlah aset bukan semasa

1,199.8

233.0


Jumlah aset

1,468.0

305.9





LIABILITI


Liabiliti semasa




Dagangan dan kebolehterimaan lain

174.5

36.4


Cukai boleh bayar

8.3

0.9


Peruntukan

26.3

4.3


Jumlah liabiliti semasa

209.1

41.6


Liabiliti bukan semasa




Peminjaman

552.2

0.0


Peruntukan

10.1

5.4


Liabiliti cukai tertunda

75.2

8.0


Liabiliti lain

22.0

9.2


Jumlah liabiliti bukan semasa

659.5

22.6


Jumlah liabiliti

868.6

64.2






Aset bersih

599.4

241.7


EKUITI


Ekuiti disumbangkan

545.7

71.4


Simpanan

(171.2)

(36.4)


Pendapatan dikekalkan

224.9

206.7


Jumlah ekuiti

599.4

241.7

 

[1] Disebabkan penstrukturan semula korporat yang membawa kepada Penyahgabungan itu, bukan semua syarikat subsidiari REC terlibat sebagai sebahagian daripada REC selama tempoh 12 bulan sehingga 30 Jun 2014. Oleh itu, laporan keputusan statutori REC seperti yang dibentangkan dalam Lampiran 4E akan berbeza daripada keputusan pro forma disatukan untuk kumpulan REC.

[2] Recall Singapore dikira sebagai usaha sama sehingga 31 Oktober 2013 (tarikh pemerolehan), dan oleh itu, tiada sebarang hasil dilaporkan sehingga ke tarikh itu.

_____________________________

[i] Keputusan mata wang tetap dibentangkan dengan menterjemahkan kedua-dua keputusan mata wang asing semasa dan dalam tempoh sepadan sebelumnya kepada USD tertakluk pada kadar pertukaran dalam tempoh yang sama, agar dapat menunjukkan prestasi relatif antara kedua-dua tempoh masa sebelum impak terjemahan turun naik mata wang.

Source: Recall Holdings Limited
Related Stocks:
Australia:REC
Related Links:
Keywords: Earnings Earnings projections or forecasts