BEIJING, 27 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Hisense Australia mengumumkan ia akan terus menjadi penaja hak penamaan untuk Hisense Arena selama tiga tahun lagi. Hisense Australia turut menandatangani perjanjian dengan Tennis Australia untuk melanjutkan penajaan Kejohanan Terbuka Australia sebagai pembekal TV dan penyejukan rasmi sehingga tahun 2017. Tahun demi tahun, Hisense Arena menjadi tuan rumah pelbagai acara hiburan dan sukan hebat di kawasan Melbourne & Olympic Parks yang kian berkembang. Pada beberapa bulan akan datang Hisense Arena akan memperkenalkan aktiviti untuk mendekatkan jenama ini kepada para peminat.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140825/0861406067
Hubungan Hisense bersama Australia adalah sesuatu yang amat istimewa dan dalam tempoh lapan tahun lalu, produknya telah pun berada di berjuta-juta kediaman Australia manakala pertumbuhan saham pasaran yang berterusan dalam teknologi terkini seperti definisi Ultra Tinggi membuktikan para pengguna mahukan teknologi yang lebih baik. Apabila perjanjian hak penamaan kepada Hisense Arena telah dimeterai buat kali pertama, peluang telah diambil terhadap syarikat yang belum pernah didengar sebelum ini di negara ini. Hisense ialah jenama baharu dalam pasaran Australia, dan ia telah memperoleh penghargaan melalui kepercayaan yang meningkat terhadap jenama dan produknya.
Hisense Australia telah memulakan operasinya di Melbourne, Australia dan komitmennya di rantau negara ini telah membawa pelbagai kelebihan. Dengan pertumbuhan mantap yang diterajui oleh peruncit teknologi terkemuka Australia di Victoria, produk Hisense boleh didapati daripada lebih 80 peratus peruncit di seluruh negara ini.
"Melbourne & Olympic Parks, Tennis Australia serta Hisense bertumpu pada pengalaman pengguna yang berkualiti, perkhidmatan bertaraf dunia di samping menggunakan teknologi terkini untuk melancarkan pertumbuhan," kata Andre Iannuzzi, Ketua Pemasaran Hisense Australia.
Latar Belakang Hisense Australia Pty Ltd
Hisense merupakan pengeluar global televisyen dan penyejukan yang aktif di lebih 130 negara seluruh dunia. Lebih 40 juta individu membeli dan menikmati produk Hisense pada peringkat global setiap tahun. Sejak ketibaannya di Australia pada tahun 2006, Hisense telah berkembang menjadi salah satu jenama TV dan Perkakasan Rumah paling pantas menempa nama di Australia, diedarkan melalui lebih 1,000 kedai runcit terkemuka di seluruh negara. Ditubuhkan pada tahun 2006, Hisense Australia Pty Ltd ialah syarikat subsidiari Hisense Company Ltd. yang berpusat di Australia.
Tablet, televisyen dan juga perkakasan rumah Hisense boleh didapati daripada peruncit elektronik negara terkemuka di Australia termasuk Bing Lee, JB Hi-Fi, Harvey Norman, The Good Guys, BSR, MYER, Radio Rentals serta RT Edwards.
Twitter: www.twitter.com/Hisense_Aust
Facebook: www.facebook.com/HisenseAU
Instagram: www.instagram.com/HisenseAU