SHANGHAI, 27 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Pada 19 Ogos, sebagai lanjutan perkongsian yang semakin berkembang antara kumpulan hospitaliti terkemuka China dan Korea, Jin Jiang International Hotels telah menghadiri upacara sambutan yang diadakan oleh Hanwha Hotels & Resorts di hotel butik mewahnya, THE PLAZA, di Seoul, Korea.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140820/0861405926
Ini merupakan pertemuan rasmi kedua antara kedua-dua kumpulan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Wakil Jin Jiang pada acara ini termasuklah Naib Presiden Kanan Pemasaran & Jualan Jin Jiang International Hotel, Cik Cinn Tan dan juga En. James Kim, Naib Presiden Pengendalian Jin Jiang International Hotel serta Naib Presiden Jualan & Pemasaran Shanghai Jin Jiang International E-Commerce Co., Ltd., En. Joseph Xia. Wakil Hanwha daripada THE PLAZA terdiri daripada Pengurus Besar hotel En. Young-Chul Kim dan pasukan eksekutif pengarah kanan mereka.
Acara tersebut melibatkan pemeteraian beberapa perjanjian perniagaan penting antara kedua-dua pihak yang mula-mula ditetapkan ketika acara MOU (memorandum persefahaman) rasmi pada awal tahun ini. Acara ini turut menyaksikan majlis rasmi menandatangani perkongsian antara J-Club Jin Jiang dan THE PLUS Hanwha Hotel and Resort, program keahlian kesetiaan yang menjanjikan keahlian silang eksklusif dan akan dimulakan pada 1 September 2014. Ahli kedua-dua program kesetiaan akan menerima faedah seperti diskaun bilik, makanan dan minuman, daftar keluar lewat serta peningkatan. Di samping itu, kesemua 14 juta ahli J-Club dapat menikmati faedah pusat peranginan dan golf Hanwha di seluruh Korea. Turut dimuktamadkan pada majlis tersebut ialah kerjasama pemasaran silang untuk jualan peringkat global mereka serta pasukan PR, latihan silang dan program pertukaran pekerja yang akan diadakan dua kali setahun, serta program promosi makanan dan minuman anggota gabungan, yang telah pun bermula dengan tukang masak terkemuka dari hotel Jin Jiang Tower di Shanghai, melakukan penampilan sulung mereka di Korea.
Cik Cinn Tan menyatakan, "Kami amat gembira dapat berada di sini sekali lagi selain melihat perkongsian yang signifikan dan kian berkembang antara dua kumpulan ini terus bergerak dengan begitu positif ke hadapan. Kami amat teruja tentang program keahlian kesetiaan silang memandangkan ia berfungsi sebagai platform penting untuk kami memperkenalkan J-Club kami yang terkenal kepada pasaran yang lebih luas serta menyediakan peluang untuk para tetamu Hanwha mengalami pelbagai faedahnya. Korea ialah pasaran sumber penting untuk kami, memandangkan ia telah menjadi destinasi pelancongan utama untuk para pelancong luar negara China. Perkongsian ini pastinya dapat membantu kami meningkatkan kesedaran terhadap jenama kami ke dalam pasaran baharu ini yang menarik."
Objektif antara kedua-dua kumpulan menerusi perjanjian perniagaan ini adalah untuk membina perkongsian yang teguh dan mengukuhkan usaha pengendalian dan pemasaran untuk kakitangan dan tetamu bagi kedua-dua kumpulan. Di samping itu, kunjungan ini juga merupakan peluang untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang peluang tambahan bagi meningkatkan produk serta perkhidmatan masing-masing.
Ketika En. Young-Chul Kim mengulas tentang faedah perkongsian tersebut, beliau menyatakan, "Saya amat gembira untuk mengumumkan faedah untuk ahli daripada program kesetiaan Hanwha Hotels & Resort, termasuk ahli golf kami, yang kini boleh menikmati faedah daripada J-Club di beberapa hotel Jin Jiang di seluruh China. Kami di Hanwha Hotels and Resorts, serta THE PLAZA, akan berusaha untuk menyediakan keselesaan terbaik dan turut meningkatkan kepuasan kesemua tetamu kami daripada Jin Jiang. Kami juga berharap agar dengan bekerja rapat bersama Jin Jiang International Hotels, kami dapat bersama-sama memberikan hasil yang positif dan ketara dalam penambahbaikan pengendalian kami serta meningkatkan pendedahan kedua-dua jenama dalam pasaran China dan Korea."
SUMBER Jin Jiang International Hotel Management Company