omniture

Arab Saudi Dipilih sebagai Pengerusi IMFC

Ministry Of Finance
2023-12-14 19:20 74

RIYADH, Arab Saudi, 14 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Tabung Kewangan Antarabangsa membuat pengumuman pada 13 Disember 2023 bahawa Kerajaan Arab Saudi telah dipilih untuk menjadi Pengerusi International Monetary and Financial Committee (IMFC) yang menyediakan sokongan kepada Lembaga Gabenor IMF mengenai penyeliaan dan pengurusan sistem monetari dan kewangan antarabangsa, termasuk tindak balas terhadap peristiwa yang berlaku yang mungkin mengganggu sistem.

Saudi Arabia Selected as IMFC Chair
Saudi Arabia Selected as IMFC Chair

 

"Pemilihan Kerajaan Arab Saudi sebagai Pengerusi IMFC untuk tahun 2024-2027 mencerminkan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap kepemimpinan Kerajaan ini di peringkat serantau dan global serta peranan penting yang dimainkannya dalam mempromosikan usaha multilateral antarabangsa," kata AlJadaan. "Saya berterima kasih kepada Mantan Pengerusi IMFC, Cik Nadia Calvino atas pencapaian yang diperoleh sepanjang tempoh beliau menyandang jawatan ini dan saya berharap dapat bekerjasama dengan ahli-ahli IMFC dan pengurusan IMF untuk menggalakkan kestabilan dan keberkesanan sistem monetari dan kewangan antarabangsa," tambah Menteri AlJadaan.

IMFC membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pertumbuhan dan kestabilan ekonomi global dan telah menjadi instrumen penting untuk menyediakan hala tuju strategik kepada usaha dan dasar IMF.

Jawatankuasa ini mempunyai 24 orang ahli yang terdiri daripada menteri kewangan dan gabenor bank pusat serta beroperasi secara konsensus, termasuk pemilihan Pengerusinya. Jawatankuasa ini selalunya bermesyuarat dua kali setahun—pada Mesyuarat Musim Bunga dan Mesyuarat Tahunan Kumpulan Bank Dunia dan IMF.

Kerajaan Arab Saudi yang menjadi Pengerusi IMFC mengesahkan komitmennya yang teguh untuk mempromosikan multilateralisme dan mencerminkan peranan utama yang dimainkannya ke arah menyokong pertumbuhan ekonomi serantau dan global.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2300625/Ministry_of_Finance_IMFC.jpg?p=medium600

Source: Ministry Of Finance
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics