omniture

Inisiatif Wishing Well Vantage Foundation Bawakan Kegembiraan Kepada Rumah Hope Children's Home Di Malaysia

Vantage Foundation
2023-12-14 20:28 84

PETALING JAYA, Malaysia, 14 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Pada musim cuti ini, Vantage Foundation menerangi kehidupan belia yang kurang bernasib baik di Rumah Hope Children's Home di Malaysia dengan inisiatif menggembirakan hati yang dibangunkan untuk memupuk kepekaan dan keterangkuman semasa cuti perayaan. Kempen "Wishing Well", diterajui oleh Vantage Foundation, bertujuan untuk memastikan agar semua orang di Rumah Hope merasai kegembiraan musim cuti dengan tertunainya hasrat Krismas mereka.

The residents of Rumah Hope Children's Home get their Christmas wishes fulfilled by the Wishing Well initiative led by Vantage Foundation
The residents of Rumah Hope Children's Home get their Christmas wishes fulfilled by the Wishing Well initiative led by Vantage Foundation

Dalam dunia yang dipenuhi dengan keceriaan percutian dan pemberian hadiah, penting untuk diingati bahawa tidak semua orang mendapat keistimewaan untuk menerima hadiah daripada keluarga mereka. Vantage Foundation menyedari perbezaan ini dan percaya akan kuasa komuniti, belas ihsan dan kebersamaan untuk membawa perubahan dalam kehidupan mereka yang kurang bernasib baik.

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang berdaftar di Singapura dan misi utama mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai golongan kurang bernasib baik yang tidak kelihatan. Cabaran yang sering tidak dapat dilihat ini termasuk kemurungan, kebimbangan dan kesunyian mengancam mobiliti sosial.

"Inisiatif Wishing Well bukan sahaja memberi senyuman kepada wajah kanak-kanak di Rumah Hope, tetapi turut memupuk kebaikan dalam masyarakat," kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation. "Kami berharap agar ini akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadikan perayaan lebih inklusif buat semua."

Rumah Hope Children's Home ialah tempat perlindungan untuk kanak-kanak yang didera, diabaikan dan kurang bernasib baik yang bermula pada tahun 1994. Rumah ini berdaftar dengan Majlis Kebajikan Selangor di Malaysia.

"Ironiknya, Hari Krismas boleh menjadi tempoh kebimbangan sosial untuk kanak-kanak di rumah kami yang terpisah daripada keluarga mereka," kata Amy D'Cruz, Pengetua Rumah Hope Children's Home. "Mereka akan berasa gembira menerima hadiah yang mereka sendiri hajatkan. Hadiah yang disumbangkan oleh sukarelawan yang prihatin ini akan membantu mereka membina harga diri yang lebih kukuh."

Latar Belakang Vantage Foundation

Vantage Foundation ialah sebuah pertubuhan amal bebas yang dikhususkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai golongan kurang bernasib baik yang tidak kelihatan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vantage.foundation.

Source: Vantage Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit DEI Page