omniture

Petani di Amerika Tengah Menjana Tenaga daripada Air Sisa Kopi

UTZ Certified menerbitkan keputusan projek empat tahun tentang rawatan air sisa kopi
UTZ Certified
2014-08-27 08:00 148

AMSTERDAM, 27 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Projek Tenaga daripada Air Sisa Kopi oleh UTZ Certified telah membuktikan yang tenaga boleh dijana, perubahan iklim boleh ditangani serta sumber air boleh dilindungi dengan merawat buangan daripada kilang kopi. Projek itu dimulakan pada tahun 2010 dengan matlamat untuk menangani masalah alam sekitar dan kesihatan yang disebabkan oleh air sisa yang dihasilkan oleh industri kopi.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140827/702499-a
Foto -
http://photos.prnewswire.com/prnh/20140827/702499-b

Sistem rawatan air sisa kopi yang dibuat khusus serta mekanisme rawatan sisa pejal telah dipasang di lapan ladang kopi di Nicaragua, sepuluh di Honduras dan satu di Guatemala. Impak positif projek itu ke atas lebih 5,000 orang di rantau itu telah mengilhamkan UTZ Certified untuk memulakan inisiatif yang sama di negara lain.

Amerika Latin menghasilkan kira-kira 70 peratus daripada bekalan kopi seluruh dunia dan merupakan benua yang menempatkan 31 peratus daripada sumber air tawar dunia. Namun penghasilan kopi menjana banyak air sisa yang sentiasa dibuang tanpa dirawat ke dalam sungai, lalu menjejaskan fauna dan flora akuatik serta komuniti hiliran. Tambahan lagi, air sisa kopi didatangkan bersama banyak sisa organik dan kadar toksin tinggi yang menjejaskan tanah dan menghasilkan banyak pembebasan gas rumah hijau, khususnya metana, yang banyak menyumbang kepada perubahan iklim.

Projek Tenaga daripada Air Sisa Kopi telah dilaksanakan dalam pelbagai ladang yang berbeza saiz. Keputusan yang dicapai daripada projek ini termasuklah mencegah penyahhutanan pokok tempatan hinggalah persekitaran dalaman yang lebih baik untuk keluarga yang telah menggantikan kayu api dengan ketuhar gas domestik untuk memasak. Hasil lain termasuklah:

  • Rawatan hampir semua air yang digunakan dalam pemprosesan kopi
  • Lebih 50 peratus lebih sedikit air yang digunakan sewaktu pemprosesan kopi
  • Penjanaan jumlah biogas yang signifikan digunakan untuk memberi kuasa kepada kediaman dan kilang kopi
  • Pencegahan pembebasan gas rumah hijau

"Penghasilan kopi hanya mampan dalam alam sekitar jika air digunakan dengan cekap dan air tercemar daripada proses kilang basah dirawat. Ekosistem tempatan tidak mempunyai kemampuan untuk membersihkan jumlah cecair tercemar yang banyak," kata Han De Groot, pengarah eksekutif di UTZ Certified. "Komuniti luar bandar dan penghasilan kopi bergantung secara intrinsik pada bekalan air tawar yang sentiasa ada. Jadi kalau kita mahu bercakap tentang kopi yang dihasilkan dalam cara yang mampan, air sisa mestilah dirawat apabila dilepaskan ke dalam alam sekitar," simpul beliau.

UTZ Certified kini sedang memperkenalkan teknologi itu di Peru dan Brazil. UTZ berharap mereka akan mendapat dana tambahan serta sokongan industri untuk memulakan inisiatif yang sama di Afrika dan Asia.

http://www.utzcertified.org

SUMBER  UTZ Certified

Source: UTZ Certified
Keywords: Alternative Energies Beverages Environmental Products & Services Food/Beverages Publishing/Information Service Survey, Polls & Research