- Peneraju dunia dalam pengeluaran SWCNT terus mengorak langkah dalam pasaran Asia
SHANGHAI, 27 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- OCSiAl telah memasuki perjanjian bekalan 100 kg dengan salah satu pemain utama dalam industri nano China. Kontrak hebat ini adalah lanjutan daripada Memorandum Persefahaman untuk bekalan pukal di Korea yang diumumkan baru-baru ini lalu memperluas kehadiran pengeluar terkemuka SWCNT di Asia Pasifik.
Perjanjian ini sangat mustahak untuk pasaran SWCNT, kerana ia mencerminkan perubahan asas dalam sektor yang sebelum ini sangat pendam, yang sukar mencecah jumlah walau 500 kg pun setahun. Kini, portfolio kontrak OCSiAl untuk tahun 2015 sudah pun melebihi apa yang dikenal pasti sebagai paras maksimum pasaran dan terus berkembang lagi. "Nampaknya, perluasan pasaran sebanyak dua atau tiga kali keluasan sebelumnya akan berlaku bila-bila masa sahaja sekarang – itu sudah sangat nyata sekarang berbanding sebelum ini," kata Grigory Gurevich, Naib Presiden, OCSiAl (Pemasaran dan Jualan). "Kami berjaya menggabungkan kelebihan bahan SWCNT premium serta harga yang benar-benar mampu milik menjadi produk komersil yang berdaya maju dengan skop aplikasi yang sangat luas. Kini kami mengendalikan permintaan yang jauh melebihi ramalan kami yang paling optimis sekali pun – kami merancang untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 10 kali jumlah sebelumnya bagi memenuhi semua pesanan semasa. Mujurlah teknologi kami sangat mudah untuk diskalakan."
Grigory juga membangkitkan isu kepentingan luar biasa pasaran Asia bagi perniagaan OCSiAl, kerana menganggap mereka sangat dinamik dan mempunyai peluang yang cerah. "Sambil China dan Korea mengalami pertumbuhan luar biasa, kami melihat potensi yang besar untuk produk kami di sini. Kami sentiasa menjalankan prosedur Penyelidikan & Pembangunan serta merangka rumusan baharu untuk menawarkan kualiti yang tidak dapat dipertikaikan serta kebolehlaksanaan ekonomi SWCNT berjenama Tuball untuk rakan kongsi Asia kami. Kami turut menjemput semua pihak, yang berminat dalam teknologi tiub nano, untuk melawat tapak pameran kami semasa pameran CNIBF dan China Composites yang bakal diadakan kelak."