omniture

Shanghai Electric Berkongsi Penyelesaian Tenaga Hijau Inovatif di Upacara Pembukaan Sudut China di COP28 untuk Galakkan Pembangunan Mampan Global

Shanghai Electric
2023-12-15 10:39 27

DUBAI, UAE, 15 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) mengambil bahagian dalam upacara pembukaan Sudut China di Persidangan Pihak-pihak ke-28 bagi Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, mulai 30 November hingga 12 Disember 2023. Acara sampingan Tamadun Ekologi dan Amalan China Indah yang diadakan di persidangan itu memperlihatkan peranan kepimpinan Syarikat ini kepada dunia dalam tadbir urus iklim global dan kelestarian.

Qiu Minghua shares Shanghai Electric's green energy innovations at COP28's China Corner opening ceremony
Qiu Minghua shares Shanghai Electric's green energy innovations at COP28's China Corner opening ceremony

Qiu Minghua, Timbalan Pengurus Besar Shanghai Electric Power Plant Engineering Company, berkata di acara itu: "Pada detik yang amat penting untuk tadbir urus iklim global ini, Shanghai Electric terus menyediakan penyelesaian hijau yang inovatif kepada lebih banyak syarikat tenaga dan perusahaan industri. Kami akan terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kerjasama yang saling memberi manfaat bersama rakan kongsi agar kita semua dapat berkongsi masa depan hijau baharu dengan pembangunan mampan bersama-sama."

Shanghai Electric berpegang teguh kepada komitmen ESGnya dengan menggalakkan strategi pembangunan 4+2+X yang memfokuskan pada bidang baru muncul yang disokong oleh teknologi canggih dengan tumpuan kukuh pada penyepaduan storan-hidrogen-solar-angin. Matlamat utama strategi ini ialah pengurangan tenaga dan emisi karbon industri serta membina secara aktif penyelesaian taman industri karbon sifar tiga dimensinya yang menyediakan kepada taman industri dengan segala-galanya bermula daripada reka bentuk dan pembinaan kilang industri hijau dengan bekalan tenaga baharu teragih yang menampilkan barisan pembuatan pintar hijau yang menghasilkan peningkatan kecekapan tenaga berpacukan industri. Penyelesaian industri pintar utama Shanghai Electric yang dilancarkan pada tahun ini termasuk Penyelesaian Angin, Solar, Storan dan Pengagihan Bersepadu serta Butler Pintar Karbon Tenaga yang merupakan tonggak penting dalam komitmen ESG Syarikat ini.

Shanghai Electric telah melaksanakan dan mengambil bahagian dalam pembinaan beberapa projek penting bagi menyokong Strategi Tenaga Bersih Dubai yang bertujuan untuk menghasilkan 75 peratus keperluan tenaganya daripada sumber bersih menjelang tahun 2050. Salah satu daripada projek ini ialah pembinaan projek kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) kuasa solar tertumpu (CSP) 700MW dan stesen janakuasa solar fotovolta 250MW Dubai, Noor Energy 1, dilaburkan secara bersama oleh Saudi International Electricity and Water Company (ACWA Power), Silk Road Fund dan Pihak Berkuasa Elektrik dan Air Dubai.

Noor Energy 1, loji janakuasa solar tertumpu tapak-tunggal yang terbesar di dunia, terletak di Fasa 4 Taman Solar Mohammed bin Rashid Al Maktoum, mengguna pakai kombinasi teknologi terma solar menara termaju dan terma solar palung, yang menetapkan penanda aras global baharu sebagai menara kuasa solar tertumpu (CSP) tertinggi di dunia dan kapasiti storan tenaga terma yang terbesar. Setelah siap, projek ini akan menyediakan tenaga hijau kepada 320,000 isi rumah dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 1.6 juta tan setiap tahun.

Melangkah ke hadapan, Shanghai Electric akan meneruskan pembangunan peralatan tenaga yang berkualiti tinggi, hijau dan rendah karbon dan dalam masa yang sama menjalankan lebih banyak projek tenaga global yang akan menggalakkan lebih ramai rakan kongsi global menyertai usaha pembangunan yang mampan, mendorong tadbir urus iklim global dan berkolaborasi demi merealisasikan masa depan yang lebih hijau untuk semua.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Trade show news Cision Influencer List - ESG