omniture

Penghantaran modul 210mm Trina Solar melebihi 100GW dalam tiga tahun

Trina Solar Co., Ltd
2023-12-15 10:48 83

CHANGZHOU, China, 15 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 100GW modul 210mm Trina Solar telahpun dihantar menjelang penghujung November, menerajui industri ini dari segi penghantaran, output kuasa dan pemiawaian dimensi modul. Modul 210mm memasuki pasaran dalam tahun 2020.

Dibina pada platform teknologi produk 210mm termaju, modul saiz emas Trina Solar membawakan hasil kuasa tinggi, kecekapan tinggi, keandalan tinggi serta tenaga tinggi dengan LCOE lebih rendah selain meliputi format kecil, sederhana dan besar, menyediakan penyelesaian untuk stesen janakuasa dipasang di atas tanah, persekitaran kediaman, komersial dan industri. Justeru itu, ia merupakan pilihan yang ideal untuk persekitaran seperti padang pasir, gunung, padang rumput, permukaan air, dataran lumpur dan atas bumbung. Menjelang suku ketiga tahun ini, penghantaran kumulatif modul Trina Solar melebihi 170GW.

Sebagai pelopor dalam industri ini kerana mengguna pakai modul 210mm, Trina Solar sentiasa menyokong padu teknologi 210mm. Apabila Trina Solar memasukkan modul Vertex 210mm ke dalam pasaran pada Februari 2020, mereka membuka jalan untuk kuasa ultra-tinggi dalam industri PV. Syarikat ini turut menubuhkan Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka PV 600W+ dan menghubungkan seluruh rantaian proses bermula daripada penarikan kristal, penghirisan dan sel kepada modul bersama rakan kongsi. Sejak tahun 2021 Trina Solar memperkenalkan modul Vertex 670W dan Vertex N 700W, memimpin industri ini menuju era 600W+ dan 700W+ serta mengeksploitasi kepada potensi platform teknologi 210mm sepenuhnya.

Trina Solar turut mengambil inisiatif untuk menyeragamkan dimensi modul 210mm. Syarikat ini, dengan 5 pengeluar PV terkemuka yang lain, melancarkan inisiatif bersama untuk modul 700W+ pada 12 Disember 2023. Dalam bulan Julai, sembilan pengeluar modul termasuk Trina Solar bersetuju untuk menyeragamkan dimensi modul wafer silikon segi empat tepat kepada 2382mm x 1134mm, berdasarkan kepada modul 210R Trina Solar. Pengeluar modul yang terkemuka bersetuju mengenai dimensi dan lokasi lubang pelekap modul wafer 210mm dalam tahun 2021, dengan Trina Solar menerajui jalan, menghasilkan standard kumpulan.

Produk 210mm telah menjadi trend yang wajar diberi perhatian dalam industri PV global. Platform teknologi produk 210mm inklusif ini, bersama-sama teknologi lain, akan meningkatkan lagi kecekapan dan mengurangkan LCOE. Dengan misi "Tenaga Solar buat Semua", Trina Solar tidak berbelah bahagi dalam memanfaatkan inovasi teknologi untuk menyumbang kepada masa depan sifar bersih.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities