omniture

UnionPay International Bekerjasama dengan Trip.com Sediakan Pengalaman Pembayaran Dipertingkat kepada Pengembara Global

UnionPay International
2023-12-18 09:50 89

SHANGHAI, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- UnionPay International ("UPI" atau "Syarikat") baru-baru ini bekerjasama dengan Trip.com, agensi pelancongan dalam talian (OTA) yang terkemuka di dunia untuk menyediakan pengalaman pembayaran yang dipertingkat kepada pemegang kad UnionPay melalui perkongsian yang bertepatan dengan pemulihan pasaran pelancongan rentas sempadan secara beransur-ansur.

Kerjasama ini meliputi semua mata wang transaksi utama pada laman global Trip.com yang menerima bayaran dalam talian UnionPay termasuk Hong Kong SAR, Singapura, Korea, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan pasaran pelancongan utama Trip.com yang lain.

Ketika ini, Trip.com beroperasi di lebih 200 negara dan wilayah yang meliputi lebih daripada 1.2 juta hotel yang menawarkan kepada tetamu dengan rangkaian pilihan penginapan yang luas. Ia juga memiliki jaringan penerbangan dengan lebih daripada 2 juta laluan individu yang menghubungkan lebih 5,000 bandar di seluruh dunia.

UPI menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pemegang kad terbesar di dunia dengan pengeluaran kad di 79 negara dan wilayah. Sejajar dengan trend dan keperluan pelancongan pelanggan, UPI terus menghubungkan industri pelancongan global dengan perkhidmatan pembayaran yang lancar. Sejak tahun 2023, syarikat penerbangan UnionPay International dan trafik OTA masing-masing meningkat sebanyak 81% dan 153%. Kolaborasi yang terkini ini meluaskan penerimaan dalam talian untuk lebih daripada 200 juta pemegang kad UnionPay di luar tanah besar China. Selain itu, dalam pasaran Hong Kong, pemegang kad tempatan boleh menikmati kemudahan yang dipertingkat hasil daripada integrasi versi Hong Kong UnionPay App dan pengupayaan transaksi dalam Dolar Hong Kong.

Perkongsian bersama Trip.com ini akan membantu memenuhi selanjutnya keperluan pembayaran pemegang kad UnionPay dalam pasaran-pasaran utama dan akan mengukuhkan lagi kehadiran antarabangsa UPI dalam pasaran OTA global dalam tempoh jangka panjang, memperlihatkan pengembangan rangkaian pembayaran global UPI serta memantapkan pengaruh antarabangsa jenama UnionPay.

Wang Zhe, Ketua Bahagian Perniagaan Kewangan Luar Negara, Trip.com, berkata: "Trip.com sentiasa komited untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan perkhidmatan pelancongan berkualiti terbaik dan komprehensif. Perkongsian bersama UnionPay International merupakan satu lagi pencapaian dalam misi kami untuk berinovasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara berterusan. Kami berharap dapat membawa perkhidmatan tempahan perjalanan dan penyelesaian pembayaran yang lebih mudah dan mesra pengguna kepada pemegang kad UnionPay di seluruh dunia pada masa akan datang."

Latar Belakang UnionPay International

UnionPay International memfokuskan pada perniagaan antarabangsa UnionPay, rangkaian pembayaran global yang menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan Pemegang Kad terbesar di dunia. Berkolaborasi dengan lebih 2,500 rakan kongsi di seluruh dunia, UnionPay International mengupayakan penerimaan kad di 181 negara dan wilayah dengan pengeluaran di 79 negara serta wilayah. Di luar Tanah Besar China, UnionPay diterima di lebih 38 juta peniaga dan 1.76 juta ATM.

Latar Belakang Trip.com

Trip.com ialah penyedia perkhidmatan pelancongan sehenti antarabangsa, tersedia dalam 24 bahasa merentas 39 negara dan wilayah dalam 35 mata wang tempatan. Trip.com mempunyai jaringan hotel dan penerbangan luas yang terdiri daripada lebih 1.2 juta hotel dan penerbangan daripada lebih 510 syarikat penerbangan yang meliputi 3,400 lapangan terbang di 220 negara dan wilayah di serata dunia. Khidmat pelanggan berbilang bahasa 24/7 Trip.com yang bertaraf dunia, serta pusat-pusat tambahan di Edinburgh, Tokyo dan Seoul membantu 'mencipta pengalaman pelancongan yang terbaik' untuk berjuta-juta pelanggannya di seluruh dunia. Untuk menempah perjalanan anda yang seterusnya, kunjungi trip.com.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Travel Licensing/marketing agreements Financial Technology