omniture

BJ60 Perluas Kehadirannya di Dubai dengan Majlis Pelancaran "Xide of Delight"

BAIC International
2023-12-18 22:45 65

DUBAI, UAE, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Pada 15 Disember, BAIC menganjurkan sebuah majlis pelancaran di Kempinski The Palm, menandakan pelancaran rasmi BJ60 dalam pasaran global. Majlis pelancaran menarik minat lebih 150 individu, termasuk wakil daripada Kedutaan China di Dubai, ahli keluarga diraja UAE dan media terkemuka dari Timur Tengah. Majlis tersebut terserlah dengan tenaga dan penuh harapan, dengan tetamu memberi pujian kepada reka bentuk inovatif dan teknologi canggih BJ60.

“Xide of Delight” Launch Event
“Xide of Delight” Launch Event

Konsul Jeneral China di Dubai. T.Y.T. Li Xuhang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada BAIC. Pernah merasai sendiri BJ60, T.Y.T. Li memberi pujian tinggi kepada kenderaan itu dan berasa kagum dengan prestasi, reka bentuk dan inovasi BJ60. T.Y.T. Li turut menekankan kepentingan pelancaran ini untuk mengukuhkan lagi kehadiran dan reputasi industri automobil Cina dalam pasaran UAE dan turut memainkan peranan positif dalam pertukaran ekonomi serta budaya antara China dan negara-negara Arab.

"Acara ini bukan sahaja menunjukkan sifat dinamik Dubai tetapi juga komitmen teguh kami untuk memupuk hubungan ekonomi dan komersial yang kukuh antara UAE dan China." T.Y.T. Marwan Alshaali, Pengerusi & Pengasas Al Shaali Moto menyebut dalam ucapan beliau.

Hubungan perdagangan antara China dan Timur Tengah memiliki kekayaan sejarah menjangkau lebih dua ribu tahun. Individu-individu Cina mula terlibat dalam lawatan dan perdagangan dengan rakan-rakan Timur Tengah melalui Jalan Sutera daratan dan Laluan Rempah maritim.

Sebagai salah sebuah syarikat automotif China yang terkemuka, BAIC memasuki pasaran Timur Tenga secara aktif sejak penubuhannya dan telah mengutamakan Timur Tengah sebagai pasaran strategik yang penting. "Atas sebab inilah kami memilih Timur Tengah sebagai pasaran pelancaran luar negara utama untuk produk baharu unggulan kami, BJ60." Nanhua, YANG, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif BAIC INTL, menyebut dalam ucapan beliau.

Majlis pelancaran BAIC turut membuatkan wakil media tertawan. Reka bentuk model ini yang inovatif dan bergaya sudah pastinya merupakan ciri yang menonjol, meninggalkan kesan yang berkekalan ke atas semua yang menyaksikan pendedahannya.

Bermula daripada reka bentuk luarnya hingga ciri-ciri dalaman, BJ60 memancarkan daya tarikan unik yang benar-benar memenuhi citarasa mewah Dubai.

Dengan keupayaan luar-jalannya yang cemerlang termasuk pacuan empat roda separuh masa, tiga kunci pembeza, sistem kawalan rangkak gred 1-12 dan struktur badan galas bukan beban, BJ60 memastikan prestasi yang cemerlang dalam keadaan luar jalan. Dari sudut yang lain, ciri-ciri keselesaan bandarnya seperti sistem ampaian bebas empat roda, ruang dalaman yang luas, ADAS serta kabin yang luar biasa senyap mencipta pengalaman pemanduan yang tenang dan selesa di bandar. BJ60 menggabungkan dengan sempurna keupayaan luar-jalan dengan pemanduan bandar yang berkualiti tinggi, lalu memberi pengalaman terbaik dalam keadaan yang berbeza.

BAIC sentiasa berpegang teguh kepada falsafah jenama berpusatkan pengguna, menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman pemanduan dan perkhidmatan melangkaui jangkaan melalui elemen jenamanya yang unik dan misi yang jelas. Menyedari keperluan pengguna sasaran, BAIC menetapkan misi jenamanya sebagai "Menjadikan kehidupan yang indah dalam genggaman," bertujuan untuk menawarkan gaya hidup yang indah dan praktikal kepada pencabar, ahli pragmatis dan pekongsi. Berakar umbi dalam nilai teras jenama iaitu "ANDAL", BAIC memfokuskan pada perincian dalam reka bentuk, membina hubungan mendalam bersama pengguna melalui resonans emosi. BAIC bukan sekadar pengeluar automobil, tetapi jenama yang dikhususkan untuk inovasi dan menjaga keperluan pengguna. Dalam bandar berbilang budaya Dubai, falsafah jenama BAIC menekankan inspirasi budaya, mengintegrasikan keyakinan oriental, kemesraan dan gaya unik ke dalam reka bentuk produk, selaras dengan budaya Dubai yang pelbagai.

Dengan kehadiran global di 49 negara dan wilayah, BAIC sudahpun terkenal dalam pasaran global dengan produk dan perkhidmatan yang mendapat sambutan baik. Pengaruh global BAIC menjadi semakin mendalam.

Tahun ini telah menyaksikan beberapa pencapaian untuk BAIC, dengan kejayaan pelancaran pasaran di beberapa negara seluruh dunia. X55II telah diperkenalkan dalam beberapa negara Amerika Selatan, termasuk Argentina, Ecuador, Mexico, Chile, Peru, dsb. Di samping itu, di Poland, baru-baru ini BAIC (11hb November) memperkenalkan buat julung kali tiga model baharu: X35, X55II dan X7 SERBA BAHARU, lantas meluaskan jejaknya dalam pasaran Eropah. Tatkala syarikat ini terus meluaskan jangkauan pasarannya, BAIC tetap berdedikasi terhadap nilai-nilai terasnya, sentiasa mengutamakan inovasi, kepuasan pelanggan dan amalan korporat yang bertanggungjawab. Majlis Pelancaran "Xide of Delight" bukan sekadar pelancaran produk, tetapi lembaran baharu yang dicipta oleh BAIC dan pasaran Dubai.

HUBUNGI
Jiaxin Hu
hujiaxin@baicintl.com
BAIC International
99 Jalan Shuanghe, Daerah Shunyi, Beijing, China
Untuk maklumat lanjut mengenai BAIC International, kunjungi www.baicglobal.com

 

Source: BAIC International
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation New products/services