omniture

Accura Scan memperkukuh eKYC & pengesahan ID dengan Biometrik Jari Tanpa Sentuhan & Semakan Keaktifan Dokumen

Accura Scan
2023-12-19 06:29 91

DUBAI, UAE, SINGAPURA dan LAWRENCEVILLE, Georgia, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dalam dunia digital yang pantas di mana keselamatan dan kesahan adalah yang paling utama, Accura Scan terus menerajui usaha merevolusikan penyelesaian eKYC dan Pengesahan Identiti. Syarikat ini telah lama diiktiraf atas teknologinya yang termaju dalam pengesahan identiti yang membantu perniagaan daripada pelbagai industri memperkemas proses penyertaan mereka serta memastikan langkah keselamatan yang ketat.

Setelah memantapkan kedudukan syarikatnya sebagai penyedia Penyelesaian KYC Digital, Pengesahan Identiti & Penyertaan Pelanggan yang dipercayai kepada Bank, Syarikat Teknologi Kewangan, Telekomunikasi dan lain-lain lagi di seluruh dunia, Accura Scan kini bersedia untuk memperkenalkan biometrik jari tanpa sentuhan & pemeriksaan keaktifan dokumen. Penambahan biometrik jari tanpa sentuhan ini bakal menjadi satu kemajuan yang penting. Kaedah tradisional sering bergantung pada pengimbas cap jari yang memerlukan sentuhan fizikal dan perkakasan tambahan. Melalui inovasi Accura Scan, proses ini menjadi tanpa sentuhan sepenuhnya yang meningkatkan keselesaan pengguna dengan ketara sambil mengekalkan piawaian keselamatan yang tinggi. Dengan menggunakan kamera yang terbina dalam peranti, penyelesaian ini merakam dan menganalisis corak rabung atau corak urat jari yang unik tanpa memerlukan sebarang perkakasan khusus.

Malah, penyepaduan pengesanan keaktifan dokumen akan meningkatkan lagi keupayaan Accura Scan. Keaktifan dokumen melibatkan semakan masa nyata tentang kesahan dokumen identiti dengan memeriksa pelbagai faktor seperti tekstur kertas, hologram dan banyak lagi. Ciri yang maju ini menghalang percubaan penipuan identiti dengan mengesahkan bahawa dokumen yang ditunjukkan adalah tulen dan bukan versi palsu atau yang dimanipulasi.

Penyepaduan biometrik jari tanpa sentuhan dengan pengesanan keaktifan dokumen memudahkan pengalaman penyertaan kepada para pengguna serta mengurangkan risiko aktiviti penipuan dalam sektor Perbankan, Insurans E-Dagang & Telekomunikasi dengan ketara. Para pelanggan kini boleh menjalani prosedur pengesahan yang lancar secara jarak jauh, sekali gus menghapuskan keperluan untuk hadir secara bersemuka atau kertas kerja yang menyusahkan.

Implikasi daripada kemajuan ini menjangkau jauh mengatasi kemudahan. Dengan memperkukuh proses pengesahan identiti dan eKYC, Accura Scan menyumbang kepada pematuhan kawal selia serta memastikan pematuhan kepada peraturan KYC/AML yang ketat di pelbagai bidang kuasa. Perkara ini amat penting untuk perniagaan yang beroperasi dalam industri yang amat dikawal selia di mana pematuhan adalah wajib.

Penggunaan teknologi canggih seperti AI dan ML menyerlahkan dedikasi Accura Scan untuk kekal menjadi peneraju. Inovasi berterusan dan penyepaduan ciri-ciri canggih meletakkan syarikat ini sebagai peneraju dalam bidang penyelesaian pengesahan identiti.

Memandangkan perniagaan mengharungi persekitaran yang menjadi semakin digital, Accura Scan bertindak sebagai rakan niaga yang boleh dipercayai yang menyediakan penyelesaian termaju bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat serta mengukuhkan asas kepercayaan dan keselamatan.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2295227/4443974/Accura_Scan_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Accura Scan
Keywords: Banking/Financial Service Biometrics Computer/Electronics High Tech Security New products/services