omniture

Nanoprecise Sci Corp Memperbaharui Pensijilan SOC 2 Jenis 2, Menunjukkan Komitmennya terhadap Kecemerlangan Keselamatan

Nanoprecise Sci Corp
2023-12-19 20:00 92

EDMONTON, Alberta, 19 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Nanoprecise Sci Corp, inovator terkemuka dalam penyelesaian penyelenggaraan ramalan berasaskan AI automatik, dengan bangganya mengumumkan kejayaan melengkapkan peperiksaan System and Organization Controls (SOC) 2 Jenis 2. Penilaian yang komprehensif ini dijalankan oleh Prescient Assurance, peneraju yang diiktiraf di peringkat global dalam ujian keselamatan dan pensijilan pematuhan untuk syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), menghasilkan sebuah laporan CPA yang mantap yang mengesahkan kawalan berkesan Nanoprecise terhadap keselamatan, ketersediaan, integriti pemprosesan, kerahsiaan dan privasi sistemnya.

Nanoprecise Sci Corp Renews SOC 2 Type 2 Certification, Underscoring Commitment to Security Excellence
Nanoprecise Sci Corp Renews SOC 2 Type 2 Certification, Underscoring Commitment to Security Excellence

Laporan SOC 2 Jenis2 direka untuk memenuhi keperluan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan, yang bertindak sebagai bukti komitmen tidak berbelah bahagi Nanoprecise Sci Corp dalam melindungi maklumat pelanggan mereka dan memastikan piawaian tertinggi integriti operasi dan keselamatan siber.

Sunil Vedula, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Nanoprecise Sci Corp, meluahkan kepuasan beliau dengan menyatakan, "Kami gembira kerana laporan SOC 2 Jenis 2 kami telah menunjukkan bahawa kami mempunyai kawalan yang sesuai untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan keselamatan, ketersediaan, integriti data dan pemprosesan, kerahsiaan dan privasi serta syarat-syarat Peraturan Keselamatan HIPAA. Dengan melengkapkan SOC 2 Jenis 2 untuk syarikat ini, menunjukkan integriti perniagaan kami dan pematuhan undang-undang serta memberikan kelebihan daya saing kepada syarikat kami. Bagi pelanggan, ia memastikan kepercayaan terhadap perlindungan data, perkhidmatan yang boleh dipercayai dan rakan kongsi yang memenuhi keperluan pengawalseliaan yang ketat, mengukuhkan manfaat bersama daripada kerjasama yang selamat dan patuh."

Faizan Ahmad Wani, Ketua Jurutera Keselamatan Nanoprecise yang mengetuai inisiatif ini menyatakan, "Mematuhi prinsip SOC 2 adalah penting untuk Nanoprecise dan para pelanggan kami. Prinsip ini memastikan integriti operasi kami serta meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan dan melindungi data sensitif kami." Beliau menambah, "Pelanggan Nanoprecise boleh mempercayai sepenuhnya Nanoprecise dengan data mereka pada awan Nanoprecise."

Peperiksaan SOC 2 adalah berdasarkan prinsip dan kriteria yang dibangunkan oleh American Institute of Certified Public Accountants (AICPA) dan ia merangkumi lima bidang utama:

Keselamatan: Sistem dilindungi daripada akses yang tidak dibenarkan (fizikal dan juga logikal).

Ketersediaan: Sistem tersedia untuk operasi dan digunakan seperti yang dijanjikan atau dipersetujui.

Integriti Pemprosesan: Pemprosesan sistem adalah lengkap, sah, tepat, tepat pada masanya dan dibenarkan bagi memenuhi objektif entiti.

Kerahsiaan: Maklumat yang ditetapkan sebagai sulit dilindungi seperti yang dijanjikan atau dipersetujui.

Privasi: Maklumat peribadi dikumpul, diguna, disimpan, didedah dan dilupuskan bagi memenuhi objektif entiti.

Pencapaian ini mengukuhkan dedikasi Nanoprecise Sci Corp untuk mengekalkan piawaian keselamatan dan pematuhan tertinggi serta menjadikan syarikat ini sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk organisasi yang mencari penyelesaian yang boleh dipercayai, selamat dan patuh.

Pelanggan semasa dan bakal pelanggan yang berminat untuk mendapatkan salinan laporan SOC 2 Nanoprecise Sci Corp boleh menghubungi nanosec@nanoprecise.io.

Hubungan Media:  
Suraj Pisharody
spisharody@nanoprecise.io

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2300921/Soc_Compliance_2023.jpg?p=medium600

 

Source: Nanoprecise Sci Corp
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation High Tech Security New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things