omniture

Persidangan Onkologi Burjeel Holdings Genap 10 Tahun, Memberikan Tumpuan kepada Penyelesaian Penjagaan Kanser yang Saksama

Burjeel Holdings
2023-12-19 22:24 35

Para pakar menekankan bahawa kerjasama dan inovasi merupakan kunci kepada kemajuan

WASHINGTON, 19 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Ulang tahun ke-10 Persidangan Onkologi Burjeel Holdings yang diadakan melalui kerjasama dengan Foreign Policy telah menghimpunkan para pakar global yang terkemuka bagi menangani cabaran penjagaan kanser yang rumit serta menekankan keperluan terhadap kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan. Dengan kanser yang meragut berjuta-juta nyawa di seluruh dunia serta memberi kesan yang tidak seimbang kepada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, persidangan ini menegaskan kepentingan tindakan antarabangsa dan akses yang saksama kepada rawatan yang menyelamatkan nyawa.

(From L to R) Dr. Juan Pablo Uribe, Dr. Catharine Young, Rep. Mike Kelly, Dr. Shamsheer Vayalil speaking at the 10th Burjeel Holdings Oncology Conference in Washington DC.
(From L to R) Dr. Juan Pablo Uribe, Dr. Catharine Young, Rep. Mike Kelly, Dr. Shamsheer Vayalil speaking at the 10th Burjeel Holdings Oncology Conference in Washington DC.

Dr. Catharine Young, Penolong Pengarah Dasar dan Penglibatan Cancer Moonshot di Rumah Putih menekankan kepentingan kerjasama dan inovasi demi mencapai matlamat Cancer Moonshot yang bercita-cita tinggi iaitu pengurangan kematian akibat kanser sebanyak 50% dalam tempoh 25 tahun.

Ahli Kongres, Mike Kelly yang juga Pengerusi Bersama Congressional Cancer Caucus AS, menekankan peranan penting yang dimainkan oleh Kongres ini dalam membantu penyelidikan dan penjagaan pesakit, menyokong pembiayaan untuk Institut Kanser Kebangsaan serta menangani cabaran akses dan harga yang berpatutan. Beliau menekankan keperluan untuk "menghubungkan orang ramai" dan mempertimbangkan pengalaman manusia. Hannah Adams, seorang pemandiri kanser kanak-kanak mengingatkan khalayak bahawa "penyokong yang paling berkesan meletakkan wajah dan nama kepada kanak-kanak yang menghidap kanser."

Barisan panel Masa Depan Penjagaan Kanser menyelami potensi AI, pertimbangan kesaksamaan dan akses global. Dr. Danielle Bitterman, Pakar Onkologi Radiasi dan Penyelidik AI di Brigham dan Hospital Wanita/Institut Kanser Dana-Farber menekankan tentang potensi AI dalam mendemokrasikan penjagaan, manakala Dr. Jason Hipp, Ketua Pegawai Inovasi Digital Mayo Collaborative Services menekankan keperluan terhadap set data yang pelbagai bagi memastikan keadilan dan penjagaan berkualiti tinggi untuk semua.

Dr. Anshu Jain, Ketua Pegawai Perubatan Aster Insights menerangkan keperluan terhadap akses yang saksama melalui analogi tentang "orang yang tinggi dan pendek mencapai meja rawatan."

Felicia Gorordo, Pengarah Eksekutif Gantian untuk Amerika Syarikat, Kumpulan Bank Dunia, menekankan komitmen Bank Dunia untuk menyepadukan kesihatan digital dan akses dalam programnya.

Panel kesaksamaan kesihatan memberi tumpuan kepada penyelesaian yang praktikal. Manan Shah, Naib Presiden Kerjasama Dasar & Kesaksamaan Kesihatan Global di Bristol Myers Squibb, menyokong untuk mempertimbangkan penentu sosial kesihatan dan faktor-faktor yang mendorong pesakit untuk mendapatkan rawatan. Gary A. Puckrein, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif National Minority Quality Forum menekankan keperluan terhadap model yang boleh ditingkatkan untuk penjagaan berkualiti dalam komuniti yang rentan.

Dr. Shamsheer Vayalil, Pengasas merangkap Pengerusi Burjeel Holdings menekankan bahawa masa sekarang merupakan "masa yang terbaik untuk menangani kanser" disebabkan peningkatan daya tahan dan kesedaran kesihatan pasca pandemik. Beliau menegaskan keperluan terhadap keterangkuman, menutup jurang dalam kesaksamaan kesihatan serta meningkatkan data, teknologi dan latihan bagi mengatasi cabaran.

Dr. Julie Gralow, Ketua Pegawai Perubatan merangkap Naib Presiden Eksekutif Persatuan Onkologi Klinikal Amerika menekankan kerjasama dengan pesakit dan penyokong bagi mengatasi halangan.

Dr. Juan Pablo Uribe, Pengarah Global Kesihatan, Pemakanan & Populasi dan Kemudahan Pembiayaan Global Bank Dunia menekankan tentang ketiadaan penyelesaian tunggal bagi menangani jurang pembiayaan global.

Persidangan Onkologi Burjeel Holdings berindak sebagai satu seruan yang kuat untuk bertindak serta menggesa individu untuk menyokong penyelidikan dan dasar yang berpaksikan pesakit serta meningkatkan kesedaran.

Tentang Burjeel Holdings 

Ditubuhkan pada tahun 2007, Burjeel Holdings merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang terkemuka di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Memiliki sebuah rangkaian yang terdiri daripada 68 aset, termasuk 16 buah hospital dan 30 buah pusat perubatan, farmasi dan perkhidmatan bersekutu lain, Kumpulan ini menyediakan penjagaan pesakit dengan piawaian tertinggi. Burjeel Medical City, kemudahan utamanya, merupakan Pusat Penjagaan Paliatif dan Onkologi Bersepadu yang pertama di UAE diiktiraf oleh ESMO dan merupakan peneraju dalam penjagaan kanser di rantau ini.

Hubungan Media: M. Unnikrishnan
krish@burjeelholdings.com

Foto:  https://mma.prnasia.com/media2/2304307/Burjeel_Holdings_Oncology_Conference.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2304306/Burjeel_Holdings_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Burjeel Holdings
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news