Kempen baharu daripada Experience Abu Dhabi ini ialah sebuah perjalanan yang mengasyikkan melalui emiriah
ABU DHABI, UAE, 19 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Experience Abu Dhabi, jenama destinasi Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi (the Department of Culture and Tourism – Abu Dhabi), telah melancarkan Find Your Pace. Kempen global baharu ini menimbulkan rasa ingin tahu bagi setiap jenis pengembara untuk menerokai Abu Dhabi, mempersembahkan lokasi tersembunyi dan tarikan popular destinasi tersebut melalui perspektif baharu.
Dengan Find Your Pace, Experience Abu Dhabi mencetuskan rasa ingin tahu dan menggalakkan pelawat mencipta perjalanan unik mereka sendiri, daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui, melalui tapak warisan purba dan khazanah moden yang ikonik. Ia mempamerkan pencarian, semangat dan suasana yang pengunjung akan temui di destinasi tersebut - sama ada mereka mencari keseronokan pengembaraan, pengalaman budaya yang mengasyikkan atau sekadar berehat santai di tengah-tengah landskap semula jadi.
Dengan irama, muzik dan tetapan yang bertenaga, Find Your Pace mengikuti empat watak ketika mereka meneroka Abu Dhabi buat kali pertama, mengambil perjalanan yang memberi inspirasi, mengujakan dan memulihkan. Sorotan destinasi termasuk Oasis Al Ain yang tenang, Masjid Besar Sheikh Zayed, Qasr Al Watan yang memberi inspirasi, dan Louvre Abu Dhabi yang terkenal, serta Mubazzarah Hijau yang luas, dan Bukit Fosil Al Wathba, yang dianggarkan berusia lebih empat juta tahun.
Dengan pengembara mencari pengalaman yang lebih mengasyikkan dan disesuaikan, penceritaan kreatif dan emotifnya meletakkan Abu Dhabi menjadi tumpuan sebagai destinasi yang mesti dikunjungi di mana semua orang dialu-alukan untuk mencari rentak mereka. Video kempennya telah dihasilkan untuk menyampaikan perasaan yang dialami para pelawat apabila mereka menerokai Abu Dhabi, mempamerkan bagaimana budaya menjadi teras semua tarikan dan aktiviti yang boleh diterokai di dalam emiriah tersebut.
Find Your Pace menekankan bahawa dengan tiga tonggak pengalaman bagi destinasi tersebut, Abu Dhabi memenuhi keperluan, minat dan titik semangat bagi kesemua kategori pengembara. Destinasinya memberi inspirasi, mendidik secara kreatif dan memperkayakan kehidupan; ia memulihkan, membolehkan pelawat menghidupkan semula, menyegarkan semula dan bersantai; dan ia memberikan keterujaan, melalui hiburan dan pengembaraan. Dan semuanya tersedia sepanjang tahun, dalam tempoh beberapa minit sahaja – ia sedia untuk diterokai mengikut rentak anda sendiri.
Find Your Pace tersedia di semua platform media sosial dan boleh dilihat di sini: https://www.youtube.com/watch?v=DioDucxzQXU.
Tentang Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi
Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan – Abu Dhabi (DCT Abu Dhabi) memacu pertumbuhan yang mampan bagi sektor budaya dan pelancongan Abu Dhabi serta industri kreatifnya, menggalakkan kemajuan ekonomi dan membantu mencapai cita-cita global Abu Dhabi yang lebih luas.
Melalui kerjasama dengan organisasi yang mentakrifkan kedudukan Negara Emiriah ini sebagai destinasi antarabangsa terkemuka, DCT Abu Dhabi berusaha menyatukan ekosistem sejajar dengan visi emiriah ini yang berpotensi untuk menyelaraskan usaha dan pelaburan, menyampaikan penyelesaian inovatif serta menggunakan kaedah, dasar dan sistem terbaik untuk menyokong kebudayaan dan pelancongan.
Visi DCT Abu Dhabi ditakrifkan oleh penduduk, warisan dan landskap emiriah ini. Kami berusaha untuk meningkatkan status Abu Dhabi sebagai sebuah destinasi yang tulen dengan inovasi dan pengalaman yang tiada tandingan, yang ditunjukkan oleh tradisi hospitaliti, inisiatif baharu serta pemikiran kreatif yang masih diteruskan.
Untuk maklumat lanjut tentang DCT Abu Dhabi dan destinasi, sila layari dct.gov.ae dan visitabudhabi.ae
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2303592/Experience_Abu_Dhabi_Fort.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2303593/Mubazzarah_Experience_Abu_Dhabi.jpg?p=medium600