omniture

Penyelidikan Mikrobiom Usus Termaju: Penyelesaian terkini daripada NOSTER bagi analisis mikrobiota dan metabolit berasaskan bakteria usus yang menyeluruh

Noster Inc
2023-12-20 03:00 32

KYOTO, Jepun, 20 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Noster Inc. Jepun, pembekal utama bagi perkhidmatan analisis mikrobiom usus dengan bangganya mengumumkan kemas kini yang inovatif tentang penyelidikannya terhadap metabolit berasaskan bakteria dan perkhidmatan analisis mikrobiota usus yang termaju. Kemajuan ini mempunyai implikasi yang meluas terhadap penyelidikan tentang kesihatan manusia dan penyakit seperti diabetes, pembangunan penokok diet dan makanan fungsian yang inovatif.

Illustration of the metabolites produced by gut bacteria and their circulation throughout the body.
Illustration of the metabolites produced by gut bacteria and their circulation throughout the body.

Laman web analisis Noster
https://www.noster.inc/services/

Pendekatan analisis mikrobiom Noster menilai komposisi bakteria usus dan profil metabolitnya secara serentak melalui gabungan metagenomik dan metabolomik.

Metagenomik melibatkan penganalisisan maklumat genetik mikrobiota usus, manakala metabolomik menganalisis ciri-ciri metabolit yang dihasilkan oleh mikrobiom usus. Dengan menyepadukan metodologi ini, Noster boleh menilai kedua-dua fungsi mikrobiom usus dan juga status kesihatan hos.

Perkhidmatan analisis metabolom Noster memberi tumpuan kepada metabolit asid lemak yang dihasilkan oleh mikrobiota usus semasa pemecahan serat makanan dan asid lemak. Ini termasuk asid lemak rantai pendek dan metabolit terbitan asid lemak poli tak tepu yang tersendiri seperti HYA (asid 10-hidroksi-cis-12-oktadekenoik) dan KetoA (asid 10-oxo-cis-12-oktadekenoik).

Metabolit asid lemak bukan sahaja bertindak sebagai sumber tenaga untuk mikrobiota usus tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam melindungi mukosa usus hos, meregulasi sistem imun, mengawal metabolisme lipid dan mensintesis neurotransmiter.

Dengan memanfaatkan teknologi analisis sasaran, perkhidmatan analisis metabolom Noster mengesan 45 jenis metabolit asid lemak poli tak tepu yang dihasilkan oleh bakteria usus dalam sampel biologi, secara kuantitatif dan menyeluruh. Ia melibatkan penganalisisan sampel najis, darah dan air liur daripada individu Jepun yang sihat serta menghasilkan pangkalan data proprietari bagi metabolit yang dihasilkan oleh bakteria usus. Pangkalan data ini memainkan peranan penting dalam mengenal pasti metabolit yang berkesan bagi merawat penyakit manusia dengan membandingkan sampel pesakit.

Selain analisis metabolom, Noster turut menawarkan perkhidmatan analisis mikrobiota usus, membesarkan gen rRNA 16S bakteria dengan PCR dan menganalisisnya menggunakan penjujukan generasi seterusnya. Ini membolehkan penilaian menyeluruh tentang jenis dan pengedaran bakteria dalam sampel tertentu.

Perkhidmatan Noster menemui penggunaannya dalam pelbagai bidang, termasuk menjelaskan tentang mekanisme metabolik daripada mikrobiom usus, menemui sasaran terapeutik dan biopenanda baharu, memahami peranan mikrobiom usus dalam perkembangan penyakit serta meneroka fungsi baharu makanan dan makanan tambahan.

Tentang Noster Inc. 

Didorong oleh wawasan untuk "menghubungkan kehidupan dan mikrobiom usus," Noster bermatlamat untuk menyumbang kepada penemuan saintifik dalam mikrobiom bagi meningkatkan kesihatan manusia di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.noster.inc/services

Maklumat hubungan 

Nanami Akatsuka (Cik) 
Perhubungan antarabangsa
Tel: +81 (0) 75-921-5303
35-3 Minamibiraki, Kamiueno-cho,
Muko-shi, Kyoto, 617-0006, Jepun 
E-Mel: contact@noster.inc

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2304078/Figure.jpg?p=medium600

 

 

Source: Noster Inc
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services