omniture

Hitachi Solutions Diiktiraf sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape: Penilaian Vendor Perkhidmatan Pelaksanaan Aplikasi Perniagaan Microsoft Asia/Pasifik 2023-2024

Hitachi Solutions
2023-12-20 12:14 36

Hitachi Solutions telah d inamakan sebelum ini sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape 2021 untuk Perkhidmatan Pelaksanaan Microsoft Dynamics 365 Asia/Pasifik

SINGAPURA, 20 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Hitachi Solutions Asia Pasifik, pembekal terkemuka penyelesaian industri berdasarkan platform Microsoft, berbesar hati untuk mengumumkan kedudukannya dalam Kategori Pemimpin di IDC MarketScape: Penilaian Vendor Perkhidmatan Pelaksanaan Aplikasi Perniagaan Microsoft Asia/Pasifik 2023-2024 (doc #AP50165723e, November 2023).

Hitachi Solutions telah diiktiraf atas kekuatan berikut – liputan yang kukuh di Asia Pasifik, alatan kes perniagaan ROI, pasaran pertengahan dan tumpuan perusahaan besar serta maklum balas pelanggan.

"Sebagai inovator dalam bidang AI dan penyepaduan awan, kami berbangga untuk dinamakan sebagai Peneraju dalam ruang ini," kata Toshimasa Watanabe, Presiden Hitachi Solutions Asia Pasifik. "Kami merasakan ini mengesahkan komitmen kami untuk menghasilkan penyelesaian perniagaan moden yang memperkasakan pelanggan kami di samping meneruskan misi kami untuk memacu transformasi digital secara global."

Menurut laporan, "Pembezaan Hitachi Solutions dari segi ekosistem vendor perkhidmatan Aplikasi Perniagaan Microsoft bergantung pada kepakaran produknya yang mendalam, yang dikecapi melalui pengalaman selama 20 tahun sebagai rakan kongsi Microsoft yang khusus."

"Sepanjang dua dekad, Hitachi Solutions telah memupuk pemahaman yang kukuh tentang portfolio produk Microsoft dan mengusahakan koleksi penyelesaian khusus industri yang lengkap, yang dibina dengan penyelesaian Aplikasi Perniagaan Microsoft untuk mempercepatkan masa ke pasaran bagi pelanggan mereka. Selain itu, jangkauan penyampaian Hitachi Solutions yang meluas di rantau Asia Pasifik dan kepakarannya dalam penyepaduan sistem meletakkan mereka sebagai rakan kongsi yang ideal untuk memaksimumkan nilai daripada pelaburan Microsoft perusahaan." Rijo George Thomas, Pengurus Penyelidikan, IDC Asia Pasifik, penyelidikan IT dan Perkhidmatan Perniagaan

Laporan ini menyatakan, "Hitachi Solutions sesuai untuk perusahaan di Asia/Pasifik yang mencari rakan kongsi pelaksanaan yang mempunyai keupayaan penyampaian yang kukuh di rantau ini, kepakaran produk Microsoft Dynamics 365 yang kukuh dan pengalaman dalam SI kompleks yang berlandaskan pelaksanaan baharu. Pelanggan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perkhidmatan kewangan menganggap penyelesaian sedia industri daripada Hitachi Solutions sebagai nilai tambah untuk mempercepatkan masa ke pasaran daripada pelaburan Microsoft."

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran Hitachi Solutions Asia Pasifik, hubungi kami di sini.

Perihal IDC MarketScape
Model penilaian vendor IDC MarketScape direka untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang kecergasan kompetitif pembekal ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dalam pasaran tertentu. Metodologi penyelidikan ini menggunakan metodologi pemarkahan yang ketat berdasarkan kriteria kualitatif dan kuantitatif yang menghasilkan satu ilustrasi grafik bagi kedudukan setiap vendor dalam pasaran tertentu. IDC MarketScape menyediakan rangka kerja yang jelas di mana tawaran produk dan perkhidmatan, keupayaan dan strategi serta faktor kejayaan pasaran semasa dan masa hadapan bagi vendor IT dan telekomunikasi boleh dibandingkan dengan bermakna. Rangka kerja ini juga menyediakan kepada pembeli teknologi penilaian 360 darjah tentang kekuatan dan kelemahan vendor semasa dan prospek

Perihal Hitachi Solutions, Ltd.
Hitachi Solutions, Ltd., yang berpangkalan di Tokyo, Jepun, ialah ahli teras perniagaan Sistem Maklumat serta Telekomunikasi Hitachi Group dan peneraju yang diiktiraf dalam menyampaikan strategi serta penyelesaian perniagaan dan IT yang terbukti kepada syarikat-styarikat merentas pelbagai industri. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan berpandukan nilai di sepanjang kitaran hayat IT daripada perancangan sistem hingga integrasi, operasi dan penyelenggaraan sistem. Hitachi Solutions menyampaikan produk dan perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia melalui anak syarikat utama di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, India dan Asia Pasifik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Hitachi Solutions, sila lawati: https://global.hitachi-solutions.com.

Hubungan Media:  
Hitachi Solutions Asia Pasifik
info@hitachisolutions.com

Hitachi Solutions India
contactus@hitachisolutions.com
+91 93125 62456

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2048910/Hitachi_Solutions_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Hitachi Solutions
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Awards Survey, Polls & Research Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things