SUZHOU, China, 30 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Hyatt Regency Suzhou hari ini telah mengumumkan pembukaannya di Suzhou, salah satu bandar paling penting daripada segi ekonomi, budaya serta sejarah di China, bersebelahan Shanghai.
Bandar Suzhou, dikenali sebagai "Venice China" terkenal dengan terusan purba, jambatan dan juga beberapa taman yang termasuk dalam senarai UNESCO. Bersebelahan dengan Tasik Jinji yang indah, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Pusat Ekspo Antarabangsa serta Taman Roda Ferris, Hyatt Regency Suzhou menyediakan keselesaan kontemporari dan kemudahan berteknologi tinggi di pusat bandar berkembang maju terkini di bandar bersejarah ini.
Terletak secara strategik di Taman Perindustrian Suzhou (SIP) dengan stesen kereta api bawah tanah di pintu masuknya, Hyatt Regency Suzhou ialah titik utama yang menghubungkan Suzhou dan Shanghai, menyediakan ketersampaian mudah untuk para tetamu yang berkunjung. Ia mengambil masa hanya 25 minit dengan menaiki kereta api untuk tiba ke Shanghai, satu jam dengan menaiki kereta untuk tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao.
Rekaan dalaman adalah diilhamkan oleh taman klasik Suzhou diimbangi dengan hasil seni kontemporari berskala luas dan corak abstrak yang merujuk kepada wajah moden Suzhou.
"Kami berbesar hati dapat memperkenalkan keistimewaan jenama Hyatt Regency dengan hidangan, hospitaliti dan juga kemudahan bertaraf dunia kepada salah satu bandar paling bersejarah di China," kata Gary Chan, pengurus besar Hyatt Regency Suzhou. "Sebagai hotel Hyatt pertama di wilayah Jiangsu, Hyatt Regency Suzhou akan menjadi tempat yang memberi inspirasi untuk berhubung, menjamu selera, bertemu, meraikan sambutan serta bersantai di bandar tersebut. Dengan pasukan bersemangat yang terdiri daripada pakar perancang dan pengusaha hotel yang bersungguh-sungguh, kami bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan para tetamu kami dari kawasan kejiranan dan dari seluruh dunia."
355 bilik tetamu kontemporari di Hyatt Regency Suzhou mengelilingi atrium 29 tingkat yang mengagumkan. Reka bentuk terang dan moden menggabungkan pengaruh gaya Suzhou – bermula dengan mural hitam-dan-putih yang memaparkan petikan gambar seni bina klasik serta imej taman sehinggalah kepada lantera ditenun rotan dan juga pelbagai tekstur serta kayu semula jadi.
Hyatt Regency Suzhou membawakan pengalaman hidangan terkenal Hyatt ke Suzhou dengan lima restoran destinasi dan ruang santai. Dengan menaiki tangga besar dari lobi, Hua Chi 88 di tingkat dua merupakan restoran makanan Cina meriah yang menyediakan masakan Suzhou dan Huaiyang yang asli, makanan Taihu Boat, dan juga Itik Peking terbaik di bandar tersebut yang dipanggang di atas 'fruitwood'. The Fireplace di tingkat tiga pula ialah restoran gril antarabangsa dengan suasana gaya bistro Eropah yang sofistikated. Tea House yang terletak di tingkat bawah pula menyediakan makanan ringan, minuman serta koktel. Pada sebelah malam, Tea House berubah menjadi bar santai. Di dalam atrium 29 tingkat yang mengagumkan itu, The Atrium ialah tempat yang elegan untuk mengadakan mesyuarat tidak rasmi dan majlis keramaian. Market Cafe memenuhi ruang tingkat dua dengan beberapa tingkap dengan dua kali ketinggian biasa yang membolehkan para tetamu menikmati makanan daripada periuk, gril dan juga daripada kuali.
Hyatt Regency Suzhou ialah tempat yang sesuai untuk apa jua majlis. The Residence ialah tempat acara berkonsep baharu yang terdiri daripada empat bilik serba guna, memuatkan sehingga 360 tetamu. Bilik tersebut mempunyai skrin gelongsor serba guna yang boleh dibuka untuk menyediakan ruang legar yang luas, serta Loft Kitchen dikhususkan yang dilengkapi sepenuhnya untuk pengalaman makan yang kreatif. Direka dalam gaya kontemporari, Regency Ballroom seluas 6,240-kaki-persegi boleh memuatkan sehingga 450 orang untuk acara koktel dan 340 orang untuk acara makan peribadi. Dewan tersebut juga boleh dibahagikan kepada dua bilik untuk majlis yang lebih kecil. Ruang santai dan Bilik Solek Pengantin/VIP yang besar turut disediakan. Pintu masuk peribadi menghadap ke jalan menyediakan ciri eksklusif.
Yue Spa di Hyatt Regency Suzhou direka untuk mengembalikan dan turut mengekalkan keseimbangan semula jadi. Enam bilik mewah spa peribadi berserta dua ruang refleksologi menyediakan pelbagai rawatan tubuh dan muka. Hotel tersebut turut mempunyai kolam renang di bahagian dalam seluas 25 meter dengan pemandangan bandar dari lantai ke siling. Pusat kecergasan 24-jam pula menyediakan peralatan kardiovaskular dan kekuatan terkini, yang membolehkan para tetamu berkongsi statistik senaman mereka melalui aplikasi media sosial.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140826/0861406096-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140826/0861406096-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140826/0861406096-c