omniture

Zayed Sustainability Prize dibuka untuk penyertaan bagi kitaran 2025

Zayed Sustainability Prize
2023-12-21 23:34 39

Perusahaan kecil dan sederhana, organisasi bukan untung dan sekolah menengah dijemput untuk menghantar entri sebelum tarikh akhir 23 Jun 2024.

ABU DHABI, UAE, 21 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Zayed Sustainability, anugerah kelestarian dan kemanusiaan global perintis UAE, teleh mengumumkan secara rasmi bahawa kitaran 2025 kini dibuka untuk penyertaan.

Zayed Sustainability Prize Awards Ceremony at COP28
Zayed Sustainability Prize Awards Ceremony at COP28

 

Penyertaan akan diterima sehingga 23 Jun 2024 melalui portal dalam talian Prize. Perusahaan kecil hingga sederhana (SME), organisasi bukan untung (NPO) dan sekolah menengah yang melaksanakan penyelesaian lestari dijemput untuk menghantar entri untuk dipertimbangkan dalam salah satu daripada enam kategori Kesihatan, Makanan, Tenaga, Air, Tindakan Iklim dan Sekolah Menengah Global.

Mengulas tentang pelancaran kitaran penyertaan 2025, H.E. Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri Industri dan Teknologi Termaju UAE, Pengarah Zayed Sustainability Prize, dan Presiden COP28, berkata: "Sejak 2008, Zayed Sustainability Prize telah memberi penghormatan kepada legasi Sheikh Zayed dengan menggalakkan pembangunan kelestarian dan kemanusiaan inklusif di seluruh dunia. Dalam dekad yang memerlukan keputusan penting dibuat untuk perubahan iklim, nilai ini telah menjadi amat penting. Saya optimis bahawa Prize akan menyumbang kepada tindakan iklim global selaras dengan Konsesus UAE, yang akan membuka jalan ke arah tindakan yang efektif terhadap keputusan Global Stocktake."

Sebagai tindakan terhadap krisis iklim, dan untuk menyokong usaha UAE selanjutnya untuk mempercepatkan penyelesaian praktikal yang diperlukan untuk memacu tindakan iklim dan meningkatkan komuniti rentan di seluruh dunia, Prize telah meningkatkan dananya daripada AS $3.6 juta kepada AS $5.9 juta. Prize akan memberikan ganjaran sebanyak AS $1 juta kepada setiap pemenang dalam kategori organisasi Kesihatan, Makanan, Tenaga, Air dan Tindakan Iklim.. Dalam kategori Sekolah Menengah Global, yang dibahagikan kepada enam rantau dunia, setiap sekolah boleh menuntut sehingga AS $150,000 untuk bermula atau mengembangkan projek mereka selanjutnya. Enam rantau dunia dalam kategori Sekolah Menengah Global ialah Amerika, Eropah & Asia Tengah, Timur Tengah & Afrika Utara, Afrika Sub Sahara, Asia Selatan dan Asia Timur & Pasifik.  Pemenang Zayed Sustainability Prize terkini diiktiraf dalam sebuah Majlis Anugerah yang diadakan semasa COP28 UAE.

Untuk menggalakkan organisasi dan sekolah menengah yang lebih pelbagai untuk mengambil bahagian, Prize akan menerima penyertaan dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Rusia, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis. Ini akan memastikan penyelesaian inovatif daripada latar belakang linguistik dan budaya yang pelbagai boleh diiktiraf.

Bagi kategori Kesihatan, Makanan, Tenaga, Air dan Tindakan Iklim, organisasi perlu membuktikan bahawa mereka sedang menambah baik akses kepada produk atau perkhidmatan penting dalam sasaran komuniti mereka dan berkeupayaan untuk melaksanakan visi jangka panjang untuk kehidupan dan keadaan tempat kerja yang lebih baik. Bagi kategori Sekolah Menengah Global, projek perlu diketuai oleh pelajar, dan mesti menunjukkan pendekatan inovatif untuk menangani cabaran kelestarian.

Penilaian setiap penghantaran penyertaan kepada Prize terdiri daripada proses tiga peringkat yang ketat. Pertama, usaha wajar dilakukan terhadap semua penyertaan untuk memastikan mereka menepati kriteria penilaian Prize daripada segi impak, inovasi dan inspirasi. Ini mengenal pasti penyertaan yang layak dalam pemilihan calon yang berkelayakan. Selepas itu, penilaian dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan yang terdiri daripada panel pakar antarabangsa bebas yang khusus kepada kategori. Daripada calon yang disenarai pendek, peserta peringkat akhir dipilih dan kemudian dihantar kepada Juri Prize yang memilih secara sebulat suara pemenang merentasi keenam-enam kategori.

Pemenang Zayed Sustainability Prize akan diumumkan pada Majlis Anugerah pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025.

 

Perihal Zayed Sustainability Prize

Zayed Sustainability Prize ialah tanda penghormatan kepada legasi almarhum pengasas UAE, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. Matlamat Prize adalah untuk memacu tindakan pembangunan dan kemanusiaan lestari dengan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada organisasi dan sekolah menengah yang melaksanakan penyelesaian inovatif yang lestari merentasi kategori Kesihatan, Makanan, Tenaga, Air, Tindakan Iklim dan Sekolah Menengah Global. Selama lebih 15 tahun, melalui 117 pemenangnya, Prize telah memberi impak positif kepada 384 juta nyawa di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2305606/Zayed_Sustainability_Prize_1.jpg?p=medium600

Source: Zayed Sustainability Prize
Keywords: Environmental Products & Services Awards Environmental Issues