omniture

Kira detik harus-dikunjungi yang menakjubkan di Thailand di Central World, Times Square of Asia

CENTRAL PATTANA
2023-12-22 11:30 34

BANGKOK, 22 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Mari kita mengira detik untuk acara kira detik hiburan terbesar di Bangkok, Thailand: 'centralwOrld Bangkok Countdown 2024', yang akan menjadi lebih ekstrem berbanding sebelum ini, tatkala Central World melancarkan tujuh sorotan produksi yang bertaraf dunia daripada pentas, bunga api digital dan cahaya & bunyi, yang akan memberikan kepada anda suasana yang sama seperti festival muzik global. Hal ini adalah untuk memenuhi reputasi Central World sebagai 'Times Square of Asia'.

Spectacular must-visit countdown in Thailand at Central World, the Times Square of Asia
Spectacular must-visit countdown in Thailand at Central World, the Times Square of Asia

Alami keterujaan festival muzik bertaraf dunia di Entertainment Countdown, mercu tanda bandar yang eksklusif di Thailand yang terletak di Central World. Asyikkan diri anda dalam suasana dinamik cahaya yang terang dan bunyi yang menarik, dilengkapi oleh kesan dan grafik yang hebat. Sertai acara kira detik era baharu 2024 dan hayati pertunjukan bunga api bandar menakjubkan yang menyampaikan pesanan mendalam yang ditujukan untuk semua orang di serata dunia. Selain Bangkok, acara "Thailand Countdown 2024" akan berlangsung di 13 pusat membeli-belah Central, menampilkan destinasi pelancongan yang popular seperti Central Phuket, Chiangmai, Pattaya dan Samui. Sertai kami dalam sambutan dan promosi pelancongan di seluruh wilayah Thailand!

Sertai Central Phuket untuk Sambutan Tahun Baharu yang tidak dapat dilupakan di Thailand!

Bersiap sedia untuk acara akhir-tahun yang terunggul di "Central Phuket International Countdown 2024"! – ekstravaganza ulung Phuket selama 5 hari akan bermula, menjanjikan sambutan yang menggegarkan bersama artis-artis yang mengungguli carta dan Festival EDM mengujakan yang menampilkan DJ antarabangsa. Asyikkan diri anda dalam pertunjukan cahaya dan bunyi besar-besaran di Phuket. Sambutan pada tahun ini bersedia untuk menjadi yang paling dinanti-nantikan dan tidak dapat dilupakan setakat ini! Jangan ketinggalan!

Spectacular must-visit countdown in Thailand at Central World, the Times Square of Asia
Spectacular must-visit countdown in Thailand at Central World, the Times Square of Asia

Tanggal 31 Disember ini, sertai keterujaan di 'centralwOrld Bangkok Countdown 2024 – Times Square of Asia' pada 31 Disember. Pintu pagar dibuka jam 6:00 petang di hadapan Central World, Jalan Ratchadamri. Dapatkan kemasukan percuma dengan memuat turun Central Life X app. Jangan ketinggalan sambutan sepanjang hayat ini!

Secara alternatif, penonton yang berminat boleh menonton siaran langsung kira detik di Channel 3HD mulai jam 10:30 Malam hingga 00:30 Pagi atau menonton Multi View melalui Facebook Live dan YouTube Live: Central World mulai jam 7:00 Malam hingga 00:30 Pagi atau perkongsian secara langsung daripada halaman Central World hingga halaman rakan kongsi seperti Khaosod, Channel 7-Bugaboo TV, Daily News Online, Prachachat Turakij, Matichon, GLOBE, GMM25, Manager Online, Thairath Online dan Workpoint serta halaman Facebook pusat membeli-belah Central di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Facebook: Central World. 

Source: CENTRAL PATTANA
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Retail Travel Future Events