omniture

Air China Mulakan Perkongsian Kod dengan China Express

Air China
2014-09-01 10:19 287

BEIJING, 1 September 2014 /PRNewswire/ -- Air China dan China Express telah menandatangani perjanjian kerjasama perkongsian kod di bandar Guiyang, wilayah Guizhou pada 29 Ogos 2014, dan kedua-dua syarikat penerbangan itu akan mula berkongsi kod pada penerbangan terpilih masing-masing bermula pada 1 September 2014.

 

Air China Mulakan Perkongsian Kod dengan China Express
Air China Mulakan Perkongsian Kod dengan China Express

 

Air China Mulakan Perkongsian Kod dengan China Express
Air China Mulakan Perkongsian Kod dengan China Express

Menurut perjanjian tersebut, kedua-dua syarikat penerbangan akan menghubungkan bandar Chongqing, Guiyang serta Dalian kepada rangkaian masing-masing. Melalui kerjasama itu, Air China akan meletakkan kod CA miliknya pada 32 laluan yang dikendalikan oleh China Express, yang akan memperluas rangkaian laluannya kepada bandar peringkat kedua dan peringkat ketiga di sekitar Chongqing serta di wilayah Guizhou dan juga Wilayah Liaoning. Pada masa yang sama, China Express akan meletakkan kod G5 miliknya pada 30 laluan yang dikendalikan oleh Air China, yang akan memperluas rangkaiannya kepada kebanyakan bandar bersaiz besar dan sederhana di China. Setakat ini, Air China mengendalikan lebih 50 laluan ke Chongqing, Guizhou dan juga Liaoning, menyediakan capaian mudah untuk para penumpang ke kebanyakan ibu kota wilayah China melalui Chongqing, Guiyang serta Dalian.

Lou Yongfeng, Pengarah Urusan, Jabatan Kerjasama Antarabangsa, Jawatankuasa Komersil, berkata, "Air China sentiasa memberikan keutamaan untuk mewujudkan perkongsian bersama syarikat penerbangan lain. Kami berharap agar kerjasama perkongsian kod bersama China Express akan terus memperluas rangkaian kedua-dua pihak dan menjadikannya lebih mudah untuk para penumpang di seluruh negara ini untuk melancong ke dan dari wilayah di sekitar Chongqing, Guizhou serta Liaoning."

Luo Tong, Naib Presiden China Express, berkata, "Kerjasama tersebut bukan sahaja menghubungkan rangkaian kedua-dua syarikat penerbangan, malah turut menjadikan syarikat penerbangan laluan utama dan syarikat penerbangan penghantar saling melengkapi. Pasaran penghantar akan berkembang dengan pantas melalui manfaat yang diperoleh daripada laluan utama yang mantap. Maka operasi titik-ke-titik pasaran penghantar akan disokong oleh operasi laluan utama. China Express agak komited untuk menjadikan bandar bersaiz sederhana dan kecil lebih mudah diakses, dan cara paling berkesan untuk melaksanakannya pada kos sosial paling rendah adalah dengan mengambil manfaat sepenuhnya daripada rangkaian laluan utama untuk mengembangkan pasaran penghantar ini."

Air China merupakan satu-satunya syarikat penerbangan negara China dan juga syarikat penerbangan terbesar antara China dan Eropah serta antara China dan Amerika. Rangkaian laluannya menyediakan perkhidmatan kepada lebih 162 destinasi di 32 negara dan wilayah di serata dunia. China Express ialah syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan penghantar untuk penumpang dan pengangkutan kargo. Kerjasama perkongsian kod antara Air China dan China Express menggalakkan perkongsian antara syarikat penerbangan laluan utama dan syarikat penerbangan penghantar domestik, menjadikan lebih banyak produk tersedia kepada pasaran domestik, memberikan penumpang lebih banyak pilihan perjalanan, menggalakkan pertukaran budaya bandar peringkat kedua dan peringkat ketiga dengan kawasan lain di negara ini, memudahkan pembangunan ekonomi serantau, serta terus menggalakkan pembangunan pasaran laluan penghantar di China.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140829/0861406219-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140829/0861406219-b
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2008/12/26/200812261146.jpg

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel Licensing/marketing agreements New products/services