omniture

Kitchens@ Mendapat Pendanaan Siri C Sebanyak $65 Juta daripada Firma Pelaburan Pertumbuhan Yang Berkembang Maju, Finnest

Kitchens@
2023-12-23 00:33 71

BANGALORE, India dan LONDON, 22 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Kitchens@, sebuah syarikat terkemuka dalam industri dapur awan yang dinamik, gembira untuk mengumumkan kejayaan memperoleh dana sebanyak $65 juta daripada Finnest, sebuah firma pelaburan pertumbuhan baharu yang beribu pejabat di London.  Secara signifikan, Swiggy telah memainkan peranan besar sebagai pelabur utama dalam Kitchens@ semasa pusingan  pendanaan Siri B . Jelas sekali, Finnest (Sebuah Syarikat BNP), yang diasaskan oleh dua pelabur dan usahawan bervisi daripada India, Dr. Biswanath Patnaik dan Encik Arun Kar (Mantan Tentera), Finnest telah membuat pelaburan strategik sebelum ini merentasi pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh diperharui, automotif EV-Hidrogen, sukan & hiburan, bandar pintar, teknologi aeroangkasa, hotel dan hospitaliti. COO Finnest, Encik Arun Suraj telah menjadi Rakan Kongsi Utama dalam pusingan pelaburan ini dan pemangkin dalam penerokaan pertama mereka dalam industri Makanan dan Minuman yang sentiasa berubah.  

Two visionaries forging a path to redefine the future of dining and investment – Dr. Biswanath Patnaik and Junaiz Kizhakkayil
Two visionaries forging a path to redefine the future of dining and investment – Dr. Biswanath Patnaik and Junaiz Kizhakkayil

 

Dr. Biswanath Patnaik menyatakan keyakinannya dalam Kitchens@, mengatakan bahawa, " Kitchens@ telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap segmen dapur awan di India, muncul sebagai pemain uama dalam sektor Agregator Makanan dan Pembekalan. Keyakinan kami dalam masa hadapan usaha ini tidak akan goyah, berkat kebijaksanaan kepimpinan Pengasas dan CEO kami, Encik Junaiz Kizhakkayil. Menjangkakan pemulihan perniagaan yang ketara dalam tahun-tahun akan datang, terutamanya dengan perkongsian strategik yang sudah dibuat dengan entiti besar seperti Swiggy dan Beenext."

Junaiz Kizhakkayil (JK), Pengasas & CEO Kitchens@, merenung perjalanan syarikat, berkata, "Laluan kami dalam beberapa tahun yang lalu sememangnya mengagumkan. Kami telah menghadapi banyak cabaran tetapi tetap berdiri teguh berpegang kepada visi dan matlamat kami. Kami amat berbangga kerana telah mendapat kepercayaan pelabur tersohor seperti Finnest. Saya ingin merakam ucapan terima kasih kami yang tulus ikhlas kepada Dr. Biswanath Patnaik , Mr. Arun kar dan Mr. Arun Suraj kerana yakin dengan strategi pertumbuhan kami."

JK menghuraikan pelan pelancaran restoran mereka, menekankan kekayaan ekuiti jenama yang berada dalam pasaran India. Beliau berkata, "Usaha untuk memantapkan jenama ini telah menempuh perjalanan yang amat sukar, dengan individu berdedikasi yang melaburkan sumber hasil penat lelah mereka, masa dan komitmen yang tidak pernah goyah. Hari ini, kita menyaksikan beberapa jenama seperti itu dengan potensi untuk bukan sahaja mendominasikan pasaran India tetapi juga memberi impak yang besar di pentas global."

Berdasarkan pengalamannya selama tiga dekad dalam industri ini, JK menekankan kepentingan DNA dan kepercayaan pengasas dalam produk untuk kejayaan jenama. Tambah beliau, "Pelan pelancaran restoran kami diasaskan berlandaskan prinsip ini, dan saya berbangga untuk mengatakan bahawa kami telah membuat penjajaran yang mantap dengan semua jenama besar. Ini memberikan peluang besar untuk kami dan pelabur kami untuk mencipta sesuatu yang luar biasa."

Beliau terus memperkatakan tentang peruntukan dana yang dikumpulkan untuk mengembangkan model hibrid mereka, Dinerium. JK menggambarkan Dinerium sebagai pengalaman makan transformatif yang menggabungkan dengan sempurna unsur luar talian dan dalam talian, menawarkan pemilihan jenama tersohor di meja pengunjung. Beliau menekankan bagaimana mesyuarat korporat dan hubungan yang bermakna kini akan digalakkan sambil menikmati sajian makanan lazat, yang menandakan bahawa norma konvensional semakin kurang diamalkan.

Dalam perkembangan yang menakjubkan awal tahun ini, Kitchens@ telah mengambil alih Swiggy Access Kitchen, mengembangkan sayapnya ke enam bandar besar dan 45 lokasi, dengan rangkaian 700 dapur.

Masa hadapan sememangnya meyakinkan untuk Kitchens@ apabila mereka memulakan perjalanan mereka yang mengujakan dengan sokongan Finnest.

Perihal Finnest:

Finnest (Sebuah Syarikat Kumpulan BNP) ialah firma pelaburan pertumbuhan yang berpangkalan di UK dan mengkhusus dalam pelaburan peringkat awal, menyokong usaha permulaan teknologi dalam bidang seperti perbankan, penjagaan kesihatan, produk pengguna, teknologi kewangan (fintech), tenaga boleh diperbaharui, dan perusahaan yang komited kepada masa hadapan yang lebih cerah. Finnest diterajui oleh sepasukan rakan kongsi berpengalaman dengan kepakaran tinggi dalam domain dan rangkaian global. Finnest mengutamakan kebolehpilihan, menjadi rakan kongsi strategik yang memberi nilai yang bukan sekadar modal kewangan.

Finnest mengkhusus dalam pelaburan peringkat awal, menyokong usaha permulaan teknologi dalam bidang seperti perbankan, penjagaan kesihatan, produk pengguna, teknologi kewangan (fintech), tenaga boleh diperbaharui, dan perusahaan yang komited kepada masa hadapan yang lebih cerah. Mereka mengutamakan kebolehpilihan, menjadi rakan kongsi strategik yang memberi nilai yang bukan sekadar sandaran kewangan. Bidang tumpuan utama mereka merangkumi tenaga boleh diperbaharui, bandar pintar, EV, penjagaan kesihatan, teknologi mendalam, teknologi kewangan dan pasaran pengguna. Finnest berdedikasi untuk memacu inovasi dan kemajuan dalam landskap keusahawanan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2306540/Two_visionaries_future_of_dining_investment.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2014639/3911459/Kitchens_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Kitchens@
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Restaurants Retail Venture Capital Financial Technology Cloud Computing / Internet of Things